Tuesday, 6 February 2007

TARBIAH MELAHIRKAN MUKMIN MUJAHID

Assalamualaikum....

Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorangitu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwaseorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkanmukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepadaIslam dan berjihad pada jalan Allah SWT. Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehinggamenjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasabersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalanAllah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah,maka tampillah para da'i yang jujur, berani dan sabarmenyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contohyang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan hartabenda, maka tampillah sahabat yang mempunyai hartakekayaan menyerahkan harta benda mereka kepadaRasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil,seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, OsmanIbn Affan dan Abdul Rahman al-'Auf. Semua ini adalah peribadi yang lahir hasil daripadatarbiyah imaniyah yang berjalan di dalam madrasahRasulullah SAW. Didikan Rasulullah SAW bukan untukmelahirkan ahli falsafah atau kumpulan sufi yang asyikdengan riadah ruhiyah semata-mata tanpa menghiraukantipudaya musuh yang ingin menghancurkan Islam.Rasulullah SAW pernah menegur seorang lelaki yangingin mengasingkan diri untuk beribadah danmeninggalkan jihad. Kata Rasulullah SAW kepada lelakiitu; "Jangan kamu lakukan demikian. Sesungguhnya tegakseseorang kamu di jalan Allah (berjihad) adalah lebihutama daripada ia sembahyang dirumahnya selama 70tahun. Apakah kamu tidak suka Allah mengamponkan kamuserta memasukkan kamu ke dalam syurga? Berjihadlahpada jalan Allah. Sesiapa yang berperang pada jalanAllah di atas belakang unta , maka wajiblah baginyasyurga" (Hadis riwayat At-Tarmizi). Hasan al-Banna pernah menyebutkan: 'Jihad adalab fardu yang berjalan terus sampai harikiamat." Sabda Rasuluilah SAW: "Barangsiapa mati padahal dia tidak berjihad dan tidakpernah berniat berjihad, maka matinya seperti matijahiliyah.' Serendah-rendah tingkat iihad itu ialah dengan caramembantah di dalam hati, dan setinggi-tingginya ialahperang fi sabilillah kerana kebenaran. Di antarakedua-dua tingkatan itu terdapat cara-cara jihad yanglain seperti berjihad dengan lidah, berjihad denganpena, berjihad dengan tangan dan bejihad dengan caraberani bercakap benar di hadapan raja yang zalim. Semua sifat dan tingkatan jihad tersebut akan lahirmelalui proses Tarbiyah lmaniyah, lnsyaallah.

3 comments:

Anonymous said...

Tarbiyyah tu apa?

dakwah_ilahi said...
This comment has been removed by the author.
dakwah_ilahi said...

Assalamualaikum....Dalam kitab :Wasa’il at-Tarbiyyah ‘inda al-Ikhwaan Muslimin: Diraasah Tahleeliyyah Taareekhiyyah pergertian Tarbiyyah bermakna ....::Al-Uslub yang terbaik di dalam proses berinteraksi dengan fitrah kemanusiaan dalam bentuk pengucapan langsung dengan perkataan atau secara tidak langsung dengan qudwah, berdasarkan manhaj dan wasilah-wasilah yang khas, ke arah menghasilkan perubahan di dalam diri insan kepada yang lebih baik.....yakni perubahaan keatas diri kita.....