Showing posts with label Fikrah. Show all posts
Showing posts with label Fikrah. Show all posts

Sunday, 10 October 2010

Persaudaraan di Jalan Dakwah


Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Dalam kafilah dakwah ini, kita sememangnya memerlukan persaudaraan. Persaudaraan (mungkin lebih tepatnya ukhuwah) adalah nikmat yang sangat mahal bagi kita.

Jasad kita boleh tercedera manakala darah, air mata dan peluh boleh meluncur keluar tapi semuanya tidak boleh menghilangkan nikmat persahabatan, persaudaraan atau ukhuwah di jalanNya.

Kesulitan di sepanjang jalan ini tidak seberapa kalau nak dibandingkan dengan anugerah dan kurnia Allah yang sangat besar dan hanya dirasakan oleh mereka yang beriman yang saling memelihara persaudaraan atas nama Allah.

Namun, bagaimanakah kita boleh memiliki nikmat persaudaraan itu?

Di jalan ini, kita mesti mampu :

1. Memelihara sikap lemah lembut.
2. Berusaha menjaga hubungan baik dengan teman seperjalanan.

Sememangnya itu bukan suatu perkara yang mudah kerana kejayaan kita dalam menjaga persaudaraan di jalan ini boleh menjadi ukuran kadar keberhasilan kita memiliki hubungan sosial yang baik dengan masyarakat.

Mari kita dengarkan suatu ungkapan seorang ulama' dakwah Dr. Adil Abdullah al-Laili di dalam kitabnya "Musafir fi Qithari Dakwah" (Musafir di dalam kereta dakwah) :

"Siapa sahaja yang berhasil melakukan perjalanan dengan para pendakwah dalam kafilah ini, bererti ia akan mampu hidup dengan manusia yang lain dan ia juga akan berhasil menasihati dan mengarahkan mereka kerana ada seorang mukmin yang baik bagi dirinya namun ia kurang baik bila ia bergabung bersama orang lain dalam kafilah ini."

Sepertimana ketika kita melakukan perjalanan yang sebenarnya, seorang musafir mesti menolong saudara-saudaranya dalam perjalanan.

Persaudaraan yang tulus di jalan ini menjadi perhiasan di saat bahagia dan pelindung di saat kesulitan. Maka, tanpa ikatan persaudaraan yang kuat, seseorang akan sukar bertahan lebih-lebih lagi dalam menghadapi kesempitan.

Itu pula yang menjadi sebab kenapa para pendakwah di zaman ini menjadikan ukhuwah sebagai salah satu syarat dalam bai'ah (janji keanggotaan) mereka.

Dalam `Risalah Ta'lim' , Imam Hasan Al-Banna menyebutkan :

"Hendaknya hati dan jiwa mereka (para anggota) terikat dengan ikatan aqidah. Aqidah adalah ikatan paling kuat dan paling mulia. Ukhuwah adalah saudara keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kekufuran. Awal kekuatan adalah kekuatan persatuan. Tidak ada persatuan tanpa cinta. Paling minima cinta yang tumbuh di antara mereka adalah bersihnya hati dari perasaan yang tidak baik dengan sesama mereka. Dan cinta yang paling tinggi adalah `itsar' atau mendahulukan kepentingan saudaranya."

Persaudaraan yang dikehendaki juga tidak boleh berlebihan, ertinya, cinta tidak boleh mengabaikan asas keadilan dan tujuan hingga membawa kepada sikap fanatik buta dan `ta'ashub'.

Syariat Islam melarang kita terlalu :

a. Keras dalam mencaci.
b. Berlebihan dalam memuji.

Syariat juga melarang sikap berlebihan dalam segala perkara.

Berlebihan dalam cinta akan mendorong seseorang untuk meremehkan hak orang lain dan setiap sesuatu yang melewati batasnya ia akan memberi kesan kepada orang lain pada perkara yang bertentangan dengannya.

Neraca untuk mampu mencintai dengan adil adalah dengan melakukan `tawashi' atau saling mewasiatkan dalam kebenaran.

Seseorang mestilah mampu :

1. Menasihati saudaranya.
2. Mengingatkannya untuk kembali pada kebaikan.
3. Memerintahkannya untuk menghindari larangan Allah.

"Seorang mukmin dengan mukmin lainnya itu seperti dua tangan yang saling membersihkan dan menyucikan," begitulah kata-kata seorang ulama'.

Dalam kerangka itu, seorang pendakwah sebagaimana seorang musafir :

  1. Perlu berbicara dan bertukar fikiran dengan teman seperjalanannya.
  2. Semestinya mampu menyampaikan kritikan atau menolak pendapat.
  3. Berusaha untuk meluruskan penyimpangan yang berlaku.

Memang, ada sebahagian orang yang memandang bahwa :

a. Penolakan atau kritikan adalah sebahagian dari kebencian.
b. Dialog itu dapat membawa kepada perselisihan.

Tetapi, ini adalah satu cara berfikir yang agak keliru.

Seorang manusia akan tetap berbeza pendapat kerana mereka memang berbeza dalam hal :

1. Pemahaman dan akal.
2. Pengetahuan dan pengalaman.
3. Perasaan dan pandangan.

Ini adalah kerana dalam wilayah-wilayah tersebut pasti ada perbezaan dan perselisihan.

Namun, yang diperlukan adalah bagaimana seseorang boleh memandang pendapat yang dianggapnya tidak benar itu bagi diberi masukan (input) dengan baik.

Berdiskusi dan berhujah tetap diperlukan untuk menjelaskan kebenaran dan menjelaskan jalan.

Jika itu tujuan dan matlamatnya, maka segala :

a. Kritikan.
b. Pembetulan.
c. Hujahan.
d. Diskusi.
e. Penolakan.

tidak sepatutnya membawa kepada permusuhan atau rasa benci malah sebaliknya suasana kasih dan cinta yang semakin kuat seharusnya muncul.

Imam Ibnu Taimiyah menyebutkan dalam kitab Majmu' Al Fatawanya bahwa para sahabat Rasulullah saw juga berdebat dalam menyelesaikan suatu masaalah melalui musyawarah dan saling menasihati namun mereka tetap memelihara kedekatan, kebersihan niat dan persaudaraan dalam agama.

Maka dari sinilah para ulama' terdahulu pun biasa saling tidak sepakat dalam suatu masalah.

Diskusi di antara para pendakwah itu penting kerana ianya akan dapat :

1. Memperluaskan pemikiran.
2. Mempertajamkan pandangan.
3. Meluruskan kesalahan.
4. Memperbaiki kesilapan.
5. Saling tolong menolong dalam kebaikan.

Ilmu secara teorinya tidak akan mencapai tingkatan kesempurnaan selama mana tidak ditimbang dengan akal.

Imam Syafi'e pernah ditanya apakah kemampuan akal itu merupakan potensi yang dibawa sejak dari kelahiran?

Beliau menjawab :

"Tidak, tapi akal itu adalah hasil dari pergaulan dengan ramai orang dan berdiskusi dengan mereka."

Berkata Ibnu Abbas ra :

"Mengunyah garam dalam sebuah jamaah masih lebih baik daripada memakan manisan dalam perpecahan."

Ada persiapan yang mesti dilakukan agar seseorang dapat memiliki kesediaan untuk melontarkan pendapat dan menerima kritikan dengan baik.

Menurut Imam Al Mawardi dalam kitabnya `Adabu dunya wa din' :

"Yang paling utama adalah kesediaan meringankan beban saudara kita.

Kenapa?

Ini adalah kerana, bagaimana seseorang mahu mendengar dan menyahut dengan baik jika ia masih memiliki beban yang menghantui dirinya.

Oleh yang demikian, untuk menjalin persaudaraan yang tulus, seseorang mesti memiliki keyakinan dahulu akan kasih sayang sahabatnya.

Permulaan haknya adalah meyakini kasih sayangnya, kemudian :

a. Menjalin persaudaraan dengannya dengan memberi keluasan padanya pada selain yang haram.
b. Menasihatinya baik secara sembunyi atau terang terangan.
c. Meringankan bebannya.
d. Menolongnya dari apa yang menimpa dirinya.

Sesungguhnya menemaninya secara zahir semata-mata adalah kecurangan dan meninggalkannya dalam kesulitan dan kesusahan adalah penghinaan."

Demikianlah kedudukan nasihat dari orang yang menasihati.

Apabila hati bersih maka ia akan semakin bersedia menerima nasihat dan mendengarkan nasihat namun apabila hati ternoda dan terkesan dengan berbagai masaalah seperti :

  1. Kesibukan.
  2. Kesakitan.
  3. Keletihan.
  4. Kecintaan kepada dunia.
  5. Kepentingan diri.

maka semua itu akan menghalangi seseorang untuk mendengar dengan teliti.

TIGA RUKUN PERSAUDARAAN

Kemesraan persaudaraan di jalan Allah dibangunkan di atas tiga perkara :

  1. Ta’aruf (Saling kenal mengenal).
  2. Tafahum (Saling memahami).
  3. Takaful (Saling berkongsi beban).

Ketiga-tiganya merupakan tiang persaudaraan yang tidak boleh luput dari roda perjalanan dakwah.

`Ta'aruf' bermula dari :

  1. Pengenalan secara fizikal.
  2. Memahami ciri-ciri dan karakter.
  3. Mendalami kadar keseriusan dalam bertaqarrub kepada Allah dan perkara-perkara lahiriyah lainnya.

Rasulullah saw bersabda :

"Seorang mukmin itu makhluk yang cepat mesra, maka tidak ada kebaikan pada orang yang tidak cepat mesra dan tidak boleh dimesrai." (HR Ahmad dan Thabrani)

`Ta'aruf'`yang baik akan :

  1. Mengurangkan kekeringan dan keretakan hubungan sesama muslim.
  2. Membuatkan hati menjadi lembut.
  3. Mampu melenyapkan bibit perpecahan.

Apabila wilayah `ta'aruf' sudah terbentang, maka akan tumbuh pula sikap `tafahum'.

`Tafahum' akan menjaga kesegaran jamaah dakwah kerana dakwah dipikul oleh orang-orang yang :

a. Mempunyai keterpautan hati.
b. Saling bertoleransi.
c. Saling berkompromi untuk perkara-perkara yang mubah.

Kepentingan `tafahum' akan kian terasa ketika pendukung jamaah dakwah terdiri dari berbagai jenis orang baik suku, budaya mahupun bahasanya.

Semua karakter kesukuan mesti lebur dalam tradisi `tafahum' dalam persaudaraan walaupun kedekatan tradisi dan budaya juga bermanfaat bagi kejayaan dakwah.

Imam Malik pernah berkata :

"Lihatlah orang dengan kebenaran dan jangan sebaliknya, iaitu engkau lihat kebenaran dengan orang."

Puncak `tafahum' ada pada tahap "berbicara" pada satu bahasa di mana sebagai satu karakter khas yang mewarnai seluruh aktivis jamaah dakwah adalah :

  1. Mereka berfikir dengan pola pemikiran yang satu.
  2. Berbicara dengan bahasa yang satu.

Sesiapa yang tidak memahamkan dirinya dengan konsep `tafahum' ini akan gagal memasuki tahap persaudaraan berikutnya, iaitu `takaful'.

‘Takaful’ adalah intisari persaudaraan, di mana lahir darinya ‘itsar’(mendahulukan sesama saudara) iaitu puncak dari segala amal ukhuwah.

`Takaful' tidak semestinya bahu membahu dalam memberikan jaminan kebendaan.

Ia boleh dalam bentuk bahu membahu :

a. Menunaikan kerja.
b. Saling membela orang yang dizalimi.
c. Saling mengirim doa.

MEMELIHARA SEMANGAT PERSAUDARAAN

Bagi memastikan semangat persaudaraan akan tetap terpelihara dan berterusan di antara para pendakwah dalam kafilah dakwah ini, perkara-perkara berikut perlulah di ambil perhatian :

1. Bercita-cita dan bersemangat untuk mewujudkan persaudaraan yang benar dan sempurna di antara mereka.

2. Bersungguh-sungguh untuk tidak mengeruhkan kemurnian dan kesucian hubungan mereka sedikitpun.

3. Menyedari bahwa persaudaraan dalam agama adalah sebaik-baik wasilah yang dapat mendekatkan diri mereka kepada Allah.

4. Tetap memelihara kemuliaan darjat yang tinggi.

5. Bercita-cita untuk sentiasa memperhatikan hak-haknya sehingga mampu membersihkan perkara-perkara yang boleh mengeruhkan suasana dan dari bisikan-bisikan syaitan.


Ukhuwah Islamiyah atau persaudaraan Islam yang sejati akan panjang usianya bahkan hingga ke hari akhirat kelak bersesuaian dengan sebuah hadis Rasulullah saw :

"Di sekitar Arasy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada cemburu kepada mereka." Ketika ditanya para sahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling berkunjung kerana Allah." (HR Tirmizi)

Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang menjalinkan hubungan persaudaraan antara sesama kami semata-mata keranaMu. Sesungguhnya tiada tujuan lain kami berada di atas jalan dakwah ini melainkan untuk sama-sama menjadikan kalimahMu tinggi dan terpacak kuat di muka bumi ini. Jauhkanlah kami dari menuntut apa-apa kepentingan dari saudara-saudara kami dalam kami bersahabat dan bersaudara di jalanMu yang mulia ini.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS

IKRAM

Monday, 6 September 2010

Dua perkara dalam berdakwah

Taken from http://www.dakwatuna.com/2010/dua-perkara-niat-dan-persatuan/

Dua Perkara: Niat Dan Persatuan

26/6/2010 | 14 Rajab 1431 H | Hits: 2.189
Oleh: Mochamad Bugi
Kirim Print

dakwatuna.com - Ada dua perkara yang harus selalu ditegakkan para dai dalam berdakwah: meluruskan niat dan merapatkan barisan.

Niat adalah hal yang sangat mendasar dalam ajaran Islam. Seluruh amal perbuatan kita tanpa niat tidak akan diterima Allah swt. Bahkan, niatlah yang menjadi pembeda mana amal yang bersifat ibadah dan mana yang bukan. Mandi pagi bisa bernilai ibadah, bisa juga hanya rutinitas sehari-hari, itu tergantung apa yang kita niatkan saat melakukannya.

Karena itu, meluruskan niat merupakan perkara yang mendasar. Apakah niat kita dalam berdakwah? Sudahkan Lillahi Ta’ala. Ikhlas hanya mengharapkan mardhatillah, keridhaan Allah. Bukan karena mengincar jabatan, kekayaan, popularitas, atau mengejar wanita yang ingin diperistri, seperti yang diilustrasikan Rasulullah saw. dalam hadits tentang niat.

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا
أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Semua perbuatan tergantung niatnya, dan (balasan) bagi tiap-tiap orang (tergantung) apa yang diniatkan; barangsiapa niat hijrahnya karena dunia yang ingin digapainya atau karena seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa dia diniatkan. (Bukhari)

Jika niat kita ikhlas Lillahi Ta’ala, maka itulah perjanjian kita di hadapan Allah swt. Lantas, sudahkan kita teguh dengan al-ahd (perjanjian) itu? Allah swt. mengabarkan kepada kita tentang para dai sebelum kita. Mereka memiliki keteguhan dalam memegang janjinya. “Diantara orang-orang mukmin itu ada golongan yang membenarkan janjinya kepada Allah, sebagian diantaranya telah menunaikan janjinya (dengan menemui kesyahidan) dan sebagian lagi masih menanti, tanpa mengubah janji itu sedikitpun”. (Al Ahzab: 23)

Karena itu, tak salah jika kita selalu mengulang-ulang ikrar keikhlasan janji kita di setiap kali menunaikan shalat, “Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku untuk Allah Pencipta alam semesta.” (Al-An’am: 162). Secara sadar kita meluruskan niat kita dalam sehari setidaknya lima kali.

Benarkah seluruh kehidupan kita akankah kita korbankan untuk kehidupan tak ada batasnya di akhirat nanti? Atau, hanya untuk mengejar kedudukan di dunia? Orang yang cerdas pasti tidak mau. Sebab, kita tahu nilai dunia itu tidak seberapa. Kata Nabi saw.,

لَوْ كَانَتْ الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ اللَّهِ جَنَاحَ بَعُوضَةٍ مَا سَقَى كَافِرًا مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ

“Seandainya dunia ini ditimbang, maka nilainya di sisi Allah sama seperti salah satu sayap nyamuk. Allah tidak akan memberikan di dunia ini, walaupun seteguk air saja, untuk orang-orang yang ingkar.” (H.R. Tirmidzi, no. 2242, shahih gharib)

Selain itu, dari ayat 23 surat Al-Ahzab, kita juga mengambil pelajaran bahwa al-istimroriyah, kontinuitas di jalan dakwah, adalah termasuk dalam salah satu perjanjian kita di hadapan Allah. Dan memang begitulah yang dicontohkan oleh para dai generasi awal Islam yang dibimbing oleh Rasulullah saw. Mereka tidak kenal lelah dan putus asa. Sahabat-sahabat Nabi saw. menjalani setiap fase dakwah berikut cobaan demi cobaan berat yang harus mereka lalui.

Kepada mereka, Rasulullah saw. menceritakan pengalaman dai generasi sebelumnya. Mereka ada yang digergaji, tetapi mereka tetap sabar. Itu bukan untuk menganggap kecil cobaan yang dihadapi oleh para sahabat. Fitnah yang mereka terima bukan hanya berupa intimidasi kata-kata, tetapi sudah berlumuran darah.

Apa yang membuat para sahabat bisa demikian teguh di medan dakwah? Husnu tsiqah dan bersandar terus kepada Allah Ta’ala lah yang memberikan ketenangan kepada mereka semua untuk terus langkah. Dengan begitu mereka bisa tenang dan tegar, meski zaman ini cepat sekali berubah tanpa terasa. Seorang tabi’in (generasi setelah sahabat Nabi) berkata, “Ayahku bercerita kepadaku: ‘Aku melihat Romawi menjatuhkan Persia, kemudian aku melihat pula Persia menjatuhkan Romawi. Dan, akhirnya aku melihat Islam meruntuhkan kedua-duanya hanya dalam waktu 15 tahun saja”. Tumbangnya Persia dan Romawi oleh kekuatan Islam hanya memakan waktu tak lebih dari 15 tahun. Begitulah capaian dakwah yang diasung oleh dai-dai yang ikhlas, teguh dalam memegang perjanjiannya dengan Allah, dan beramal secara kontinu tiada henti. Itulah buah dari kekuatan iman.

Namun bila hasil dakwah yang ditargetkan tidak seperti yang diharapkan, seorang dai masih bisa berharap mudah-mudahan kecapaian dan kelelahannya dalam berdakwah semuanya dihitung di sisi Allah Ta’ala, sekurang-kurangnya sebagai kaffaratun li adz dzunub (menghapus dosa). Begitulah yang disabdakan Rasulullah saw. dalam hadits nomor 5210 yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan keletihan, kekhawatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus dosa-dosanya.”

Bukankah penghapusan dosa itu sudah lebih bagus daripada sekadar mendapat jabatan dunia. Khairun min ad-dunya wa maa fiiha (lebih baik dari dunia dan seisinya). Setiap hari berapa dosa yang kita pikul? Jika Allah mengampuninya, itu lebih baik dari segala-galanya.

*****

Perkara yang kedua yang harus selalu dilakukan oleh para dai adalah merapatkan barisan. Hal ini harus menjadi visi para dai bahwa mereka punya peran sebagai perekat umat. Karena itu, setiap dai harus punya spirit “kita bergabung dan bertemu menjadi kokoh dalam satu barisan tanpa merasa diri paling benar (‘ala ghairil ashwab), itu jauh lebih baik daripada kita terpisah-pisah dalam posisi merasa diri paling benar (ashwab)”. Begitulah perintah Allah swt. kepada kita.

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. (Ali Imran: 103)

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh. (Ash-Shaf: 4)

Suatu ketika beberapa orang sahabat datang kepada Rasulullah Saw, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Majah. “Kami semua makan, ya Rasulullah, tapi tidak pernah merasa kenyang,” kata sahabat. Coba perhatikan, bagaimana Rasulullah mengajarkan kepada kita suatu adab dan akhlak yang baik. Apa jawab Rasulullah atas pertanyaan sahabat tadi?

“Boleh jadi kamu makan sendiri-sendiri?” Beliau bertanya lebih lanjut. Maka, sahabat kemudian menjawab, “Benar, ya Rasulullah.” Maka Rasulullah bersabda: “Kullu (kalian diharuskan untuk makan) mujtami’in (bersama-sama) fa inna al barakah ma’al jama’ah (karena keberkahan selalu beserta mereka yang berjamaah).” Istilah al-jamaah yang dimaksudn adalah jama’atul muslimin. Untuk makan saja Rasulullah saw. menyuruh kita untuk berjama’ah, apalagi untuk berdakwah. Karena itu, para dai harus berperan sebagai penggalang persatuan umat. Apapun kekurangan yang terdapat dalam tubuh umat, itulah kondisi faktual yang harus kita perbaiki dalam kebersamaan. Para dai harus mengajak semua komponen umat untuk bersatu memperbaiki segenap kekurangan yang ada di tubuh umat ini.

Memang sulit menyatukan umat dalam satu barisan yang kokoh. Tapi, apa pun yang bisa kita capai dan itu belum termasuk kategori menggembirakan hasilnya, itu bukan sebuah kegagalan. Kita semua menyadari dalam kamus seorang dai tidak ada ada entri kata “kekalahan”. Para dai selalu “menang”, bila tidak di dunia, maka kemenangan di akhirat. Orang boleh menilai agenda penyatuan umat yang kita dakwahkan tidak membuahkan hasil yang signifikan, tetapi kita melihat kenyataan itu sebagai perkara yang paling baik buat kita semua saat ini.

Bisa jadi itu juga cara Allah swt. menguji keteguhan kita dalam berdakwah. Tujuannya adalah untuk memberi motivasi dan dorongan kita agar semakin gigih dalam berdakwah. Sa’id Hawwa dalam bukunya “Al Madkhal” bercerita tentang berbagai ujian. Ia mengatakan, ”Man lam yakun lahu bidayah muhriqah laisa lahu nihayah musyriqah.” Barangsiapa tidak memulai dengan muhriqah (sesuatu yang membuat terbakar, penuh semangat dan kesusahan), maka tidak akan mendapat akhir yang musyriqah (cemerlang).”

Semoga kita bisa menegakkan dua perkara ini dalam keseharian aktivitas dakwah kita. Amin.

Wednesday, 1 September 2010

Apa itu IKRAM?

Majlis Pelancaran IKRAM

Date:
Sunday, 20 June 2010
Time:
09:00 - 14:00
Location:
Dewan Konvension Malaysia International Exhibtion and Convention Centre Jalan Dulang Mines Resort City 43300 Seri Kembangan

Description

apa itu IKRAM?

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

MISI dan VISI?

IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:

1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

source: www.ikram.org.my

Tuesday, 27 July 2010

Ikhwah akhawat jangan cengeng!


Ada sahabat yg forward kan sajak ini....walaupun tak faham sepenuhnya, tapi boleh dapat isipatinya...sangat memuhasabahkan diri... di share disini moga2 membuka hati2 pembaca sekalian...

cengeng menurut maid bermaksud nakal...

****************************************************************************

Jadi ikhwan jangan cengeng Ya ikhwah sekalian...

____________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ _

jadi Ikhwan jangan cengeng..
Dikasih amanah pura-pura batuk..
Nyebutin satu persatu kerjaan biar dikira sibuk..
Afwan ane sakit.. Afwan PR ane numpuk..
Afwan ane banyak kerjaan, kalo nggak selesai bisa dituntut..
Afwan ane ngurus anu ngurus itu jadinya suntuk..
Terus dakwah gimana? digebuk?

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Dikit-dikit dengerin lagunya edcoustic..
udah gitu yang nantikanku di batas waktu, bikin nyelekit..
Ke-GR-an tuh kalo ente melilit..
Kesehariannya malah jadi genit..
Jauh dari kaca jadi hal yang sulit..
Hati-hati kalo ditolak, bisa sakiiiittt…
Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Dikit-dikit SMSan sama akhwat pake Paketan SMS biar murah..
Rencana awal cuma kirim Tausyiah..
Lama-lama nanya kabar ruhiyah.. sampe kabar orang rumah..
Terselip mikir rencana walimah?
Tapi nggak berani karena terlalu wah!
Akhirnya hubungan tanpa status aja dah!

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Abis nonton film palestina semangat membara..
Eh pas disuruh jadi mentor pergi entah kemana..
Semangat jadi penontonnya luar biasa..
Tapi nggak siap jadi pemainnya.. yang diartikan sama dengan hidup sengsara..
Enak ya bisa milih-milih yang enaknya aja..

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Ngumpet-ngumpet buat pacaran..
Ketemuan di mol yang banyak taman..
Emang sih nggak pegangan tangan..
Cuma lirik-lirikkan dan makan bakso berduaan..
Oh romantisnya, dunia pun heran..
Kalo ketemu Murabbi atau binaan..
Mau taruh di mana tuh muka yang jerawatan?
Oh malunya sama Murabbi atau binaan?
Sama Allah? Nggak kepikiran..
Yang penting nyes nyes romantis semriwing asoy-asoy-yaannn. .

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Disuruh infaq cengar-cengir. .
Buat beli tabloid bola nggak pake mikir..
Dibilang kikir marah-marah dah tuh bibir..
Suruh tenang dan berdzikir..
Malah tangan yang ketar-ketir. .
Leher saudaranya mau dipelintir!

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Semangat dakwah ternyata bukan untuk amanah..
Malah nyari Aminah..
Aminah dapet, terus Walimah..
Dakwah pun hilang di hutan antah berantah..
Dakwah yang dulu kemanakah?
Dakwah kawin lari.. lari sama Aminah..
Duh duh… Amanah Aminah..
Dakwah.. dakwah..
Kalah sama Aminah..

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Buka facebook liatin foto akhwat..
Dicari yang mengkilat..
Kalo udah dapet ya tinggal sikat..
Jurus maut Ikhwan padahal gak jago silat..
“Assalammu’alaykum Ukhti, salam ukhuwah.. udah kuliah? Suka coklat?”
Disambut baik sama ukhti, mulai berpikir untuk traktir Es Krim Coklat ..
Akhwatnya terpikat..
Mau juga ditraktir secara cepat..
Asik, akhirnya bisa jg ikhtilat…
yaudah.. langsung TEMBAK CEPAT!
Akhwatnya mau-mau tapi malu bikin penat..
badan goyang-goyang kayak ulat..
Ikhwannya nyamperin dengan kata-kata yang memikat..
Kasusnya sih kebanyakan yang ‘gulat’..
Zina pun menjadi hal yang nikmat..
Udah pasti dapet laknat..
Duh.. maksiat.. maksiat…

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Ilmu nggak seberapa hebat..
Udah mengatai Ustadz..
Nyadar diri woi lu tuh lulusan pesantren kilat..
Baca qur’an tajwid masih perlu banyak ralat..
Lho kok udah berani nuduh ustadz..
Semoga tuh otaknya dikasih sehat..

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Status facebook tiap menit ganti..
Isinya tentang isi hati..
Buka-bukaan ngincer si wati..
Nunjukkin diri kalau lagi patah hati..
Minta komen buat dikuatin biar gak mati bunuh diri..
Duh duh.. status kok bikin ruhiyah mati..
Dikemanakan materi yang ustadz sampaikan tadi?

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Ngeliat ikhwan-ikhwan yang lain deket banget sama akhwat mau ikutan..
Hidup jadi kayak sendirian di tengah hutan rambutan..
Mau ikutan tapi udah tau kayak gitu nggak boleh.. tau dari pengajian..
Kepala cenat-cenut kebingungan. .
Oh kasihan.. Mendingan cacingan..

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Ngeliat pendakwah akhlaknya kayak preman..
Makin bingung nyari teladan..
Teladannya bukan lagi idaman..
Hidup jadi abu-abu kayak mendungnya awan..
Mau jadi putih nggak kuat nahan..
Ah biarlah kutumpahkan semua dengan cacian makian..
Akhirnya aku ikut-ikutan jadi preman..
Teladan pun sekarang ini susah ditemukan..

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Diajakain dauroh alasannya segudang..
Semangat cuma pas diajak ke warung padang..
Atau maen game bola sampe begadang..
Mata tidur pas ada lantunan tilawah yang mengundang..
Tapi mata kebuka lebar waktu nyicipin lauk rendang..
Duh.. berdendang…

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Bangga disebut ikhwan.. hati jadi wah..
Tapi jarang banget yang namanya tilawah..
Yang ada sering baca komik naruto di depan sawah..
Hidup sekarang jadinya agak mewah..
Hidup mewah emang sah..
Tapi.. kesederhanaan yang dulu berakhir sudah?

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Dulunya di dakwah banyak amanah..
Sekarang katanya berhenti sejenak untuk menyiapkan langkah..
Tapi entah kenapa berdiamnya jadi hilang arah..
Akhirnya timbul perasaan sudah pernah berdakwah..
Merasa lebih senior dan lebih mengerti tentang dakwah..
Anak baru dipandang dengan mata sebelah..
Akhirnya diam dalam singgasana kenangan dakwah..
Dari situ bilang.. Dadaaahhh.. Saya dulu lebih berat dalam dakwah..
Lanjutin perjuangan saya yah…

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Nggak punya duit jadinya nggak dateng Liqo..
Nggak ada motor yaa halaqoh boro-boro..
Murabbi ikhlas dibikin melongo..
Binaan nggak ada satupun yang ngasih info..
Ngeliat binaan malah pada nonton tv liat presenter homo..
Adapula yang tidur sambil meluk bantal guling bentuk si komo..

Oh noo…

Jadi Ikhwan jangan cengeng…
Jadi Ikhwan jangan cengeng…
Jadi Ikhwan jangan cengeng…
Jadi Ikhwan jangan cengeng…
Jadi Ikhwan jangan cengeng…

Akhi… banyak sekali sebenarnya masalah Ikhwan..
Dimanapun harokahnya…

Akhi.. Di saat engkau tak mengambil bagian dari dakwah ini..
Maka akan makin banyak Ikhwan lain yang selalu menangis di saat mereka mengendarai motor.. Ia berani menangis karena wajahnya tertutup helm… Ia menangis karena tak kuat menahan beban amanah dakwah..

Akhi.. Di saat engkau kecewa oleh orang yang dulunya engkau percaya.. Ikhwan-ikhwan lain sebenarnya lebih kecewa dari mu.. mereka menahan dua kekecewaan.. kecewa karena orang yang mereka percaya.. dan kecewa karena tidak diperhatikan lagi olehmu.. tapi mereka tetap bertahan.. menahan dua kekecewaan… karena mereka sadar.. kekecewaan adalah hal yang manusiawi.. tapi dakwah harus selalu terukir dalam hati..

Akhi.. disaat engkau menjauh dari amanah.. dengan berbagai alasan.. sebenarnya, banyak ikhwan di luar sana yang alasannya lebih kuat dan masuk akal berkali-kali lipat dari mu.. tapi mereka sadar akan tujuan hidup.. mereka memang punya alasan.. tapi mereka tidak beralasan dalam jalan dakwah.. untuk Allah.. demi Allah.. mereka.. di saat lelah yang sangat.. masih menyempatkan diri untuk bangun dari tidurnya untuk tahajjud.. bukan untuk meminta sesuatu.. tapi mereka menangis.. curhat ke Allah.. berharap Allah meringankan amanah mereka.. mengisi perut mereka yang sering kosong karena uang habis untuk membiayai dakwah…

Akhi.. Sungguh.. dakwah ini jalan yang berat.. jalan yang terjal.. Rasul berdakwah hingga giginya patah.. dilempari batu.. dilempari kotoran.. diteror.. ancaman pembunuhan….. dakwah ini berat akhi.. dakwah ini bukan sebatas teori.. tapi pengalaman dan pengamalan… tak ada kata-kata ‘Jadilah..!’ maka hal itu akan terjadi.. yang ada ‘jadilah!’ lalu kau bergerak untuk menjadikannya. . maka hal itu akan terjadi.. itulah dakwah… ilmu yang kau jadikan ia menjadi…

Akhi.. jika saudaramu selalu menangis tiap hari..
Bolehkah mereka meminta sedikit bantuanmu..? meminjam bahumu..? berkumpul dan berjuang bersama-sama…?
Agar mereka dapat menyimpan beberapa butir tangisnya.. untuk berterima kasih padamu..
Juga untuk tangis haru saat mereka bermunajat kepada Allah dalam sepertiga malamnya..
“Yaa Allah.. Terimakasih sudah memberi saudara seperjuangan kepadaku.. demi tegaknya Perintah dan laranganMu… Kuatkanlah ikatan kami…”

“Yaa Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta kepada-Mu, bertemu dalam taat kepada-Mu, bersatu dalam da’wah kepada-Mu, berpadu dalam membela syariat-Mu.”

“Yaa Allah, kokohkanlah ikatannya, kekalkanlah cintanya, tunjukillah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan cahaya-Mu yang tidak pernah pudar.”

“Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal kepada-Mu. Hidupkanlah hati kami dengan ma’rifat kepada-Mu. Matikanlah kami dalam keadaan syahid di jalan-Mu.”

“Sesungguhnya Engkaulah Sebaik-baik Pelindung dan Sebaik-baik Penolong. Yaa Allah, kabulkanlah. Yaa Allah, dan sampaikanlah salam sejahtera kepada junjungan kami, Muhammad SAW, kepada para keluarganya, dan kepada para sahabatnya, limpahkanlah keselamatan untuk mereka.”

Sunday, 5 July 2009

Biography of Syed Qutb


The author of the tafseer Fi zilalil Quran...( a superb tafseer)
A mujahid of Islam,
A syahid in the path of Allah...

May Allah bless his soul and place him with the beloved prophets and his sahabah...

Please listen to the biography below...subhanallah...what a life, and what a struggle for Islam!

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA



Puisi di akhir hayat beliau...

Sahabat
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakaniah obor untuk umat ini Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

Sayyid Qutub-1966

Thursday, 18 June 2009

Hakikat Keterikatan Hati



Kali ini saya paste tulisan Ustaz Wan Ahmad... sangat best...moga sama2 kita manfaatkan, inshaAllah... -------------------------------------------------------------

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekelian,

"Ruh-ruh itu adalah tentera-tentera yang selalu siap siaga, yang telah saling mengenal maka ia (bertemu dan) menyatu, sedang yang tidak maka akan saling berselisih (dan saling mengingkari) ". (HR. Muslim)


Inilah karakter ruh dan jiwa manusia, ia adalah tentera-tentera yang selalu siap siaga, kesatuannya adalah kunci kekuatan, sedang perselisihannya adalah sumber bencana dan kelemahan.

Jiwa adalah tentera Allah yang sangat setia, ia hanya akan dapat diikat dengan kemuliaan Yang Menciptakanya, . Allah swt berfirman yang ertinya:
"Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". (QS Al Anfaal:63)
Tiada satupun ikatan yang paling kukuh untuk mempertemukannya selain ikatan akidah dan keimanan. Imam Syahid Hasan Al Banna berkata:"Yang saya maksud dengan ukhuwwah adalah terikatnya hati dan ruhani dengan ikatan aqidah. Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan dan semulia-mulianya. Ukhuwwah adalah saudaranya keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kembarnya kekufuran". (Risalah Ta'lim)

Oleh sebab itu :

a. Hanya dengan kasih mengasihi kerana Allah, hati akan bertemu
b. Hanya dengan membangun jalan ketaatan, hati akan menyatu
c. Hanya dengan meniti di jalan dakwah, ia akan berpadu
d. Hanya dengan berjanji menegakkan kalimat Allah dalam panji-panji jihad fi sabilillah, ia akan saling erat bersatu.

Maka siramilah Taman Persaudaraan ini dengan sumber mata air kehidupan sebagai berikut:

1. Sirami dengan mata air Cinta dan Kasih sayang

Kasih sayang adalah fitrah dalaman dalam jiwa setiap manusia, siapapun memilikinya sungguh memiliki segenap kebaikan dan siapapun yang kehilangannya sungguh akan ditimpa kerugian. Ia akan menghiasi kepada sesiapa yang mengenakannya dan ia mencelakakan kepada sesiapa yang menanggalkannya. Demikianlah pesanan-pesanan manusia yang agung akhlaknya.

Bagaimanakah Taman Persaudaraan ini mampu dibangunkan ?

a. Ia hanya akan subur oleh ketulusan cinta, bukan sikap sambil lewa dan kemunafikan.

b. Taman ini hanya akan hidup oleh kejujuran dan bukan sikap selalu membenarkan.

c. Ia akan tumbuh berkembang oleh suasana nasihat menasihati dan bukan sikap tidak peduli.

d. Ia akan bersemi oleh sikap saling menghargai bukan sikap saling menjatuhkan.

e. Ia hanya akan mekar dengan bunga-bunga di tamannya oleh budaya menutup aib diri dan bukan saling membuka pekung.

Hanya ketulusan cinta yang sanggup mengalirkan mata air kehidupan ini, maka saringlah mata airnya agar tidak bercampur dengan irihati dan dengki, tidak keruh oleh hawa nafsu, ego dan emosi, suburkan nasihatnya dengan bahasa simpati dan tumbuhkan penghargaannya dengan kejujuran dan keikhlasan diri.

Ini bersesuaian dengan firman Allah swt, "Maka niscaya ia akan menyejukkan pandangan mata orang yang menanam dan menjengkelkan hati orang-orang kafir". (QS Al Fath : 29)

2. Sinari dengan cahaya dan petunjuk jalan

Bunga-bunga tamannya hanya akan mekar merekah oleh sinar mentari petunjuk-Nya dan akan layu dek kerana tertutup oleh cahaya-Nya. Maka bukalah pintu hatimu agar tidak tertutup oleh sifat kesombongan, rasa kagum diri dan penyakit merasa cukup kerana ini adalah penyakit umat-umat yang telah Allah binasakan.

Dekatkan hatimu dengan sumber segala cahaya (Al Quran) niscaya ia akan menyedarkan hati yang terlena, mengajarkan hati yang bodoh, menyembuhkan hati yang sedang sakit dan mengalirkan tenaga hati yang sedang letih dan lemah.

Hanya dengan cahaya, kegelapan akan menghilang dan kepekatan akan memudar sehingga nampak jelas :

a. Kebenaran dari kesalahan
b. Keikhlasan dari nafsu
c. Nasihat dari membuka pekung
d. Memberi kefahaman dari memaksakan agenda
e. Matlamat dari tujuan sampingan
f. Ilmu dari kebodohan
g. Petunjuk dari kesesatan.

Sekali lagi hanya dengan sinar cahaya-Nya, jendela hati ini akan terbuka.

"Maka apakah mereka tidak merenungkan Al Quran ataukah hati mereka telah terkunci". (QS Muhammad : 24)

3. Bersihkan dengan sikap lapang dada

Secara minima cinta dan kasih sayang adalah kelapangan dada dan maksimanya adalah "itsar" ( mengutamakan orang lain dari diri sendiri) demikian tegas Hasan Al Banna.

Kelapangan dada adalah modal kita dalam menyuburkan taman ini kerana kita akan berhadapan dengan berbagai jenis dan karakter manusia.

"Siapapun yang mencari saudara tanpa salah dan cacat cela maka ia tidak akan menemui saudaranya itu" . Inilah pengalaman hidup para ulama kita yang terungkap dalam bahasa yang indah untuk menjadi pedoman dalam kehidupan.

Kelapangan dada akan melahirkan sikap :

a. Sentiasa memahami dan bukan minta difahami
b. Sentiasa mendengar dan bukan minta didengar
c. Sentiasa memperhatikan dan bukan minta perhatian

Kita belum lagi memiliki sikap kelapangan dada yang sebenarnya jika :

a. Kita masih belum dapat menempatkan orang lain seperti keadaan kita
b. Menyelami perasaan orang lain dengan sentuhan perasaan kita
c. Menyelami logik orang lain dengan logik kita

Oleh kerana itu, kelapangan dada menuntut kita :

a. Untuk lebih banyak mendengar dari berbicara
b. Lebih banyak beramal dari sekadar berkata-kata

"Tidak sempurna keimanan seorang mukmin hingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya". ( HR. Bukhari Muslim)

4. Hidupkan dengan Ma'rifat

Hidupkan bunga-bunga di taman ini dengan berma'rifat kepada Allah dengan sebenar-benar ma'rifat.

Ma'rifat bukanlah sekadar mengenal atau mengetahui secara teori, namun ia adalah pemahaman yang telah mengakar dalam hati kerana telah diasah oleh :

a. Banyaknya renungan dan tadabbur
b. Ketajaman banyaknya zikir dan fikir
c. Kesibukan terhadap aib dan kelemahan diri hingga tidak ada sedikitpun waktu yang tersisa untuk menanggapi ucapan orang-orang yang jahil dan lebih-lebih lagi mengintai kesalahan dan aib saudaranya sendiri

Sebenarnya, bagi seorang mu'min, tiada masa sedikitpun untuk menyebarkan informasi dan berita yang tidak akan menambahkan amal atau menyelesaikan sesuatu masalah apalagi untuk menfitnah atau membuka pekung orang lain.

Hanya hati-hati yang disibukkan dengan Allah swt yang tidak akan dilenakan oleh "Qiila Wa Qaala" (banyak bercerita lagi berbicara) dan inilah ciri kedunguan seorang hamba sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah saw apabila ia lebih banyak berbicara dari berbuat sesuatu, lebih banyak bercerita dari beramal, lebih banyak berangan-angan dan bermimpi dari beraksi dan berkorban.

"Diantara ciri kebaikan Keislaman seseorang adalah meninggalkan yang sia-sia". ( HR. At Tirmidzi).

5. Tajamkan dengan cita-cita Kesyahidan

"Pasukan yang tidak mempunyai tugas, sangat berpotensi untuk menimbulkan pergaduhan". Inilah pengalaman medan para pendahulu kita untuk menjadi sendi-sendi dalam kehidupan berjamaah.

Kerinduan untuk syahid akan lebih banyak menyedut tenaga kita :

a. Untuk beramal dari berpangku tangan
b. Lebih bersaing dari menyerah diri
c. Menyibukkan diri untuk banyak memberi dari menimbulkan masalah
d. Untuk banyak berfikir perkara-perkara yang pokok dari perkara-perkara yang cabang.

"Dan barang siapa yang meminta kesyahidan dengan penuh kejujuran, maka Allah akan menyampaikanya walaun ia meninggal di atas tempat tidurnya". ( HR. Muslim)
"Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahwa hati-hati ini telah bersatu berkumpul untuk mencurahkan mahabbah hanya kepadaMu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam rangka menyeru (dijalan)-Mu, dan berjanji setia untuk membela syariat-Mu, maka kuatkanlah ikatan pertaliannya, ya Allah, abadikanlah kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidupkanlah dengan ma'rifat-mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong".

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS