Monday 31 December 2007

MeMori seMalaM


Semalam Aku membelek-belek kitab karangan Syeikh Mustafa Masyur,helaian demi helaian,page demi page mencari sesuatu yg amat bernilai seperti kilauan mutiara.Bila dipancar, hati nan tenteram, jiwa penuh kesenyuman merawat luka-luka hati yg berbolak balik.

Aku tahu,aku juga seperti kalian,memerlukan santapan dan hidangan untuk mengubat perut-perut yang kelaparan dan kehausan seteguk iman,Kadangkala ia pasang dan adakalanya ia surut,bersama deruan ombak,badai dan desiran angin yg melambai-lambai.Menyapa dan mencuit diriku,Ya Allah hanya kekuatan dan naungan mu jua yg bisa melempiaskannya jauh-jauh.

Tetiba Lamunan ku terhenti disatu noktah yg tertulis ungkapan kata "..Dakwah ke jalan Allah adalah suatu kemuliaan dan ibadah.." Seiras dan selari dengan firman Allah s.w.t " Siapakah yg lebih baik perkataanya daripada orang yg menyeru kepada allah,mengerjakan amalan yg soleh dan berkata,.."sesungguhnya aku termasuk orang-orang yg menyerah diri.."(fushilat :33)

Kata-kata yg amat ringkas tapi penuh dengan makna dan ibroh,malah ianya menjadi satu kekuatan kepada daie dan menjadi laungan kepada pergerak adik-adik di uk,menjadi azimat dan azam untuk terus menongkah arus dakwah.

Komentar demi komentar diluahkan oleh penulis tersebut sebagai bisikan dan peransang untuk berhikmah dalam berdakwah,Malah di QiaskanNya dengan perlaksanaan ibada,bila sebut ibadah,disitu ada fiqhnya.Begitu juga dalam uslub dakwah mesti ada usul fiqhnya yakni kaedah-kaedah yg perlu di laksanakan dan diikuti oleh para daie bagi menghasilkan natijah yg betul seperti yg dikhendaki oleh Allah s.w.t........

Wallahualam

Sunday 30 December 2007

SeLingKar HidaYah




Ketika aku bersama adik-adik baru di PMS...SuasanaNya berlainan dari tahun-tahun lepas,dari segi tempat dan jumlah penyertaanNya,Alhamdulillah tahun ini ku lihat wajah-wajah yang inginkan perubahaan untuk memperbaharui diri,tekad dan azam dalam meniti arus-arus kehidupan,bukan hanya sekadar di PMs sahaja tetapi yang penting hasilnya hingga ke teratak idaman masing-masing,menyulami dan memperkasakan ilmu yang ada untuk dikongsi dengan teman-teman dan sahabat handai yang tak hadir sama...

Biarpun aku dapat berlari dan bersenda gurau bersama,pemikiran dan renunganku tak lari dari memikirkan permasalahaan dakwah...subhanallah...Ku tahu jalan dakwah itu penuh onak dan duri,taufan,ribut dan gelombang dan bermacam-macam lagi untuk membina dan meraih tangan-tangan manusia yg berhajat ke jalan Allah.

Sinonimnya Gaya dan tari manusia itu berbagai-bagai sejak zaman-berzaman,Begitu juga didaerah baruku...kalau dulu hanya satu tiga kerat-kerat ikhwah yang ada,namun sejak akhir-akhir ini ianya bertambah disampingi adik-adik baru...Alhamdulillah...

Ku berharaf Adik-adik di PMS dan didaerah baru ku agar hidayah dan cahaya sentiasa menemani mereka,tanpa tali dan cahaya allah ,maka manusia itu alias adik-adik baru akan sentiasa dalam dunia kesamaran dan mengejar bayang-bayang hidup yang tak terarah,Malah teori-teori jahiliyyah akan terus menodai dan meniduri mereka.Ini terbukti dalam singkapan memori islam bagaimana pergorbanan Rasulullah s.a.w menyeru kaumnya supaya meninggalkan acuan budaya jahiliyyah yang melekat dijiwa,yang sekian lama di tinggalkan oleh nabi-nabi sebelumnya.

Wahai adik-adiku bangun lah dari tidur lena...kita berada diakhir zaman .Rebut lah hidayah Allah.....Ya Allah hidayahmu... HIDAYAH.....Betapa mahalnya kalau dibicarakan dalam renca-renca kehidupan manusia,tanpa ada rencana dan proses,Ianya tidak diberikan kepada kita berdasarkan kedudukan,keluarga,pangkat dan harta.Melainkan ia diberikan kepada orang yang dikhendakinya dan berhak untuk menerimanya,Malah hidayah itu dikerahkan bagi orang-orang yang memang mencarinya dan gemar untuk mendapatkannya.

((Sesungguhnya Islam tidak berhajat kepada kita tetapi kitalah yang berhajat kepada Islam dan hajat ini tidak akan dapat dipenuhi kalau keindahan dan kesyumulan Islam itu hanya kita teorikan dan tidak dicernakan dalam amalan dan perbuatan kita))


Wallahualam.

Saturday 8 December 2007

Kata-Kata Ulama tentang bab mazhab

Dr. Qaradhawi: "Apa yg diwajibkan ialah mengikut Al-Quran
& As-Sunah. Adapun mazhab2 ini, ia lahir selepas agama telah
sempurna & wahyu telah terputus... Para ulama secara
keseluruhannya telah mentarjihkan bahawa orang awam
tiada mazhab baginya. Mazhabnya ialah mazhab ulama yg
memfatwakan untuknya... Dia (orang awam) boleh
bertanya sesiapa sahaja dari kalangan ulama yg dia
mahu. Wajib ditulis untuk mereka (orang awam) buku2
fekah yg memudahkan tanpa terikat dgn mazhab
tertentu."

Keluar Mazhab Bukan Bererti Menghina Mazhab
- dakwaan seperti ini adalah lambang ketaksuban yg
dibenci syarak
- tokoh2 mazhab sendiri membebaskan diri dalam
sebahagian masalah dgn mengambil pendapat di luar
mazhab sama sekali
- namun, ini tidak bermaksud boleh mencerca mazhab2
atau para imam, kerana tiada seorang pun dari mereka
yang sengaja menyanggahi Rasulullah SAW, dan ini juga
tidak bermaksud kita tidak perlu lagi fekah & mazhab2
itu
- mentarjih pendapat berdasarkan maqasid al-Syarak &
kemaslahatan manusia lebih melapangkan & memudahkan
- bebas mazhab bukanlah suatu kesalahan selagi tidak
bermaksud menjadikan agama sebagai mainan

KhilaF aDaLah Satu Rahmat BaGi UmaT


Salam....

Semalam ana menulis dalam satu mailist persatuan di uk ini
untuk membuka minda dan berbincang bab batal wudhu antara
mazhab syafei dan hanafi,ianya menimbulkan perdebatan
sedangkan perdebatan dilarang dlm islam,berbagai olahan
dan sendiran serta kecaman yg tak mematangkan seorang dlm
berfikir dan juga disiplin ilmu itu sendiri,Oleh itu
ana yg dhaif mengambil bersikap
berdiam diri dari menjawab persoalan tersebut hingga
mencelarukan minda orang awam,sedangkan tulisan
ana bukan mengecam pendapat mazhab tetapi menyentuh bab
perpindahaan mazhab yang dibolehkan dalam islam.

Maka dengan itu,ana menjawab persoalan yg dilontarkan
dengan akal yg waras
dan berlemah lembut dibawah ini untuk sama-sama kita
ulas dan berbincang.

jawapan ...

Kepelbagaian pendapat di antara ulama memberi
kemudahaan ,ianya merupakan kekayaan perundangan islam
yg menjadi kebanggan umah.Perbezaan pendapat adalah
dalam masalah furu" dan perkara ijtihad dan qiyas.Maka
disitu perlu kepada perbahasan secara detail memlalui
kaedah usul fiqh,ijtihad dan qias,percanggahan dan
tarjih antara dalil.

Mengabungkan dengan erti kata lain mengkaji setiap
pendapat yg paling rojih(kuat).Kajian ini dinamakan
fiqh muqarin(fiqh perbandingan).Fiqh ini wujud dan
merupakan salah subjeck di universiti al-AZhar
mesir.Ia merupakan satu jalan utk kita perolehi
pendapat yg terkuat tanpa mengira pendapat mazhab
manapun selagi mana ia menepati Al-Quran dan
As-sunah.Tembok yg terbina di sekeliling minda kita
haruslah dirobohkan utk menerima fiqh ini,Apatah lagi
ada antara kita yg masih taksub dengan mazhab.

Perselisihan satu pendapat adalah suatu hikmah yg
terkandung didalamnya rukhsah2 yg banyak,sesuai dengan
perinsip islam itu sendiri sebagai satu agama yg mudah

Buktinya dalam firman Allah s.w.t di surah al-baqarah
ayat 185 dan surah al-maidah ayat 6.....buka buku tafsir
dan taddabur makna....ambik ibrah disebalik nas..

Sebagai satu khilaf...bab perkara Quru" dalam quran
dan bab sentuh perempuan
dalam khalimah[laamastum nisa']
..." (surah An-nisa': ayat 43)
.tentu dan semestinya
mengundang khilaf kerana masing2 mempunyai kefahaman
yg berbeza dlm memahami maksud ayat berdasarkan kepada
qarinah yg ada pada mereka.

Dalam situasi sebegini,kita seharusnya berlapang dada
dan menghormati pendapat diri mazhab lain dan tidak
mencerca,kerana nabi sendiri telah menunjukkan kepada
kita satu uswah yg baik seperrti dalam 2 orang sahabt
yg bertayamum kerana tiada air,maka setelah selesai
sholat mereka telah menjumpai air,maka salah seorang
dari mereka berwudhu dan mengulangi
sholatnya,sedangkan seorang lagi tidak mengulanginya
,lalu apabila diberitahu kepada nabi s.a.w perkara
tersebut,baginda berkata kepada sahabat yg tidak
mengulangi sholat "dan bagimu 2 pahala.

Para sahabat dan ulama yg berkhilaf
pendapat,masing-masing tidak mencerca dan mencela
antara satu sama lain.

Contohnya lagi para imam yg empat.Masing-masing tidak
menyuruh pengikut2 mereka akan berpegang teguh dng
pendapat bahkan mereka menasihati kanpengikutnyaa
membandingkan qaul mereka dengan kitab dan sunah dan
masing menghormati pendapat yg lain..

seperti yg kita katakan betapa cermat dan telitinya
imam syafei,sampai suatu ketika mengimamkan sholat
subuh bersama pengikut imam ahmad,ia tidak membaca
doa qunut kerana menghormati imam mereka.

Oleh itu kita sewajarnya mengkaji dan mendalami
masaalah dan meluaskan perbincangan melalui kitab
al-fiqh a"la al-mazahib al-arbaah,kitab al-fiqh
al-islami wa adilatuhu,kitab mazhab syafei al-fiqh
manhaji a"la al mazhab as-syafeii.

Mengenai maksud mazhab dari khalimah "Zahaba" ertinya
pergi.Dalam pergertian umum bermakna
pendapat,fatwa,cara pengambilan hukum dan
seumpamanya,Apabila sebut mazhab maliki bererti
pendapat maliki dan Apabila kita sebut mazhab syafei
bererti pendapat syafei.

Manakala mengikut al-quran dan as-sunah adalah
berdasarkan kefahaman seorang ulama yg muktabar.

Umat islam yg bermazhab syafei yg mengikut al-quran
dan as-sunah sebagaimana yg kita fahami,sudah tentu
bukan seorang maksum yakni trpelihara dari
dosa.Mungkin ada pendapat dan kefahaman,fatwa dan
huraian imam syafei kurang tepat,oleh itu sebagai umat
yg sedarakan hakikat ini ,kita sepatutnya meninggalkan
pendapat imam syafei yg kurang tepat or kurang sesuai
untuk di amalkan

Contohnya....Dalam bab bayar zakat..Imam syafei tidak
mengharuskan penggunaan wang sebaliknya menekankan
soal makanan asasi,maka kurang sesuai diamalkan kita
berpindah kepada pendapat hanafi dengan penggunaan
duit

Kenapa umat perlu bermazhab ...secara loqiknya ia
diibaratkan sebagai menghormati kepakaran
seseorang,sudah tentu tidak ada seorang manusia pun yg
mampu menguasai ilmu pengetahuan,Malah umat islam
meletakkan al-quran dan as-sunah sebagai sumber
tertinggi bukan mazhab,sebagai kita maklumi mazhab
adalah tafsira terhadap kedua-duanuya.

contoh...jika sakit...jumpa doktor...lalu bagi apa
sahaja ubat yg diberikan oleh doktor,biasanya kita akn
terima dan mengambilnya ,apakah kita perlu
mempersoalkannya...begitulah mazhab..

Namun satu penyakit bagi kita masalah dlm mazhab iaitu
fanatik dan taksub...ini akan menyebabkan masalah dan
musibah,malah kemungkinan melahirkan perpecahaan
umat,sekadar bermazhab tanpa fanatik merupakan satu
rahmat kepada umat islam...

Oleh itu perbezaan ini akan terhapus jika kita kembali
kepada roh islam itu sendiri,Apa salahnya jika kita
bertakliq(mengikut mazhab yg lain selain berpegang
teguh kepada Al-quran dan sunah.Kesedaran perlu dan
mazhab adalah sebagai syarat memudahkan kita
beramal.Jauhkan perdebatan yg tak membawa kebaikan dan
islam melarangnya....

Wallahualam


wassalam

Perdebatan oh Perdebatan

Soalan dari seorang hamba allah?

Assalamualaikum,

Terasa rajin sikit untuk mencelah. Sesiapa yang
selalu mengikut pendapat dari laman web di Al-Ahkam
ni, pelik sikit amalannya. Sentuh isteri tanpa nafsu shahwat
tak batal. Saya pernah tak ikut seorang jadi
imam gara-gara dia beramal dengan ini. Nampak dia
pass anak kepada isterinya, sambil pegang tangan
isterinya dan terus jadi imam. Kan kacau tu.

Jawapan ana dlm bab ni

salam...

Untuk mengetahui satu permasalahaan perlu mengetahui
dalil dan sebab musababnya dalam beramal...Dalam islam
ke empat-empat mazhab di terima pakai dalam islam,tak
kiranya mazhab mana pun,bukan mengikut secara takliq
buta.Malah islam itu mudah dan tidak menyusahkan.

Dalam bab menyentuh isteri tanpa syahwat adalah tak
batal wudhu mengikut mazhab hanafi.Secara
contoh...Dalam bab haji ketika tawaf di depan
mekah....kita guna mazhab hanafi,tk batal wudhu
bersentuah lelaki dan perempuan,klu mazhab
syafei...setiap bersentuhan akan membatalkan
wudhu...

suatu ketika imam syafei pernah berkata.... sekiranya
kamu dapati ada pendapat lain yang lebih bagus dari
pendapatku,, maka abaikanlah pendapatku.

Berkata Imam as-Syafie: Setiap apa yang telah aku
katakan, kemudian apa yang dari Rasulullah sallallahu
'alaihi wa-sallam bertentangan dengan perkataanku
sekalipun (perkataanku itu dianggap) betul, maka
hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam mesti
diutamakan, oleh itu janganlah kamu bertaqlid dengan
qaulku (kata-kataku) ".

Perkara khilaf adalah satu rahmat bagi orang
islam,kalau tidak,sudah tentu umat islam tak akan
menyelidik dan mencari sesuatu untuk menyelesaikan
permasalahaan, ini pernah ditekankan oleh saidina umar.

Wallahu"alam