Semalam Aku membelek-belek kitab karangan Syeikh Mustafa Masyur,helaian demi helaian,page demi page mencari sesuatu yg amat bernilai seperti kilauan mutiara.Bila dipancar, hati nan tenteram, jiwa penuh kesenyuman merawat luka-luka hati yg berbolak balik.
Aku tahu,aku juga seperti kalian,memerlukan santapan dan hidangan untuk mengubat perut-perut yang kelaparan dan kehausan seteguk iman,Kadangkala ia pasang dan adakalanya ia surut,bersama deruan ombak,badai dan desiran angin yg melambai-lambai.Menyapa dan mencuit diriku,Ya Allah hanya kekuatan dan naungan mu jua yg bisa melempiaskannya jauh-jauh.
Tetiba Lamunan ku terhenti disatu noktah yg tertulis ungkapan kata "..Dakwah ke jalan Allah adalah suatu kemuliaan dan ibadah.." Seiras dan selari dengan firman Allah s.w.t " Siapakah yg lebih baik perkataanya daripada orang yg menyeru kepada allah,mengerjakan amalan yg soleh dan berkata,.."sesungguhnya aku termasuk orang-orang yg menyerah diri.."(fushilat :33)
Kata-kata yg amat ringkas tapi penuh dengan makna dan ibroh,malah ianya menjadi satu kekuatan kepada daie dan menjadi laungan kepada pergerak adik-adik di uk,menjadi azimat dan azam untuk terus menongkah arus dakwah.
Komentar demi komentar diluahkan oleh penulis tersebut sebagai bisikan dan peransang untuk berhikmah dalam berdakwah,Malah di QiaskanNya dengan perlaksanaan ibada,bila sebut ibadah,disitu ada fiqhnya.Begitu juga dalam uslub dakwah mesti ada usul fiqhnya yakni kaedah-kaedah yg perlu di laksanakan dan diikuti oleh para daie bagi menghasilkan natijah yg betul seperti yg dikhendaki oleh Allah s.w.t........
Wallahualam
KEWAFATAN NABI SAW DALAM AL-QURAN – SATU MUKJIZAT
-
Sedia maklum bahawa Nabi SAW wafat pada usia 63 tahun. Dan baginda
menjalani hidupnya dalam tiga fasa:
1. Sebelum diangkat menjadi rasul 40 tahun.
2. Be...
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment