Salam....
Semalam ana menulis dalam satu mailist persatuan di uk ini
untuk membuka minda dan berbincang bab batal wudhu antara
mazhab syafei dan hanafi,ianya menimbulkan perdebatan
sedangkan perdebatan dilarang dlm islam,berbagai olahan
dan sendiran serta kecaman yg tak mematangkan seorang dlm
berfikir dan juga disiplin ilmu itu sendiri,Oleh itu
ana yg dhaif mengambil bersikap
berdiam diri dari menjawab persoalan tersebut hingga
mencelarukan minda orang awam,sedangkan tulisan
ana bukan mengecam pendapat mazhab tetapi menyentuh bab
perpindahaan mazhab yang dibolehkan dalam islam.
Maka dengan itu,ana menjawab persoalan yg dilontarkan
dengan akal yg waras
dan berlemah lembut dibawah ini untuk sama-sama kita
ulas dan berbincang.
jawapan ...
Kepelbagaian pendapat di antara ulama memberi
kemudahaan ,ianya merupakan kekayaan perundangan islam
yg menjadi kebanggan umah.Perbezaan pendapat adalah
dalam masalah furu" dan perkara ijtihad dan qiyas.Maka
disitu perlu kepada perbahasan secara detail memlalui
kaedah usul fiqh,ijtihad dan qias,percanggahan dan
tarjih antara dalil.
Mengabungkan dengan erti kata lain mengkaji setiap
pendapat yg paling rojih(kuat).Kajian ini dinamakan
fiqh muqarin(fiqh perbandingan).Fiqh ini wujud dan
merupakan salah subjeck di universiti al-AZhar
mesir.Ia merupakan satu jalan utk kita perolehi
pendapat yg terkuat tanpa mengira pendapat mazhab
manapun selagi mana ia menepati Al-Quran dan
As-sunah.Tembok yg terbina di sekeliling minda kita
haruslah dirobohkan utk menerima fiqh ini,Apatah lagi
ada antara kita yg masih taksub dengan mazhab.
Perselisihan satu pendapat adalah suatu hikmah yg
terkandung didalamnya rukhsah2 yg banyak,sesuai dengan
perinsip islam itu sendiri sebagai satu agama yg mudah
Buktinya dalam firman Allah s.w.t di surah al-baqarah
ayat 185 dan surah al-maidah ayat 6.....buka buku tafsir
dan taddabur makna....ambik ibrah disebalik nas..
Sebagai satu khilaf...bab perkara Quru" dalam quran
dan bab sentuh perempuan dalam khalimah[laamastum nisa']
..." (surah An-nisa': ayat 43).tentu dan semestinya
mengundang khilaf kerana masing2 mempunyai kefahaman
yg berbeza dlm memahami maksud ayat berdasarkan kepada
qarinah yg ada pada mereka.
Dalam situasi sebegini,kita seharusnya berlapang dada
dan menghormati pendapat diri mazhab lain dan tidak
mencerca,kerana nabi sendiri telah menunjukkan kepada
kita satu uswah yg baik seperrti dalam 2 orang sahabt
yg bertayamum kerana tiada air,maka setelah selesai
sholat mereka telah menjumpai air,maka salah seorang
dari mereka berwudhu dan mengulangi
sholatnya,sedangkan seorang lagi tidak mengulanginya
,lalu apabila diberitahu kepada nabi s.a.w perkara
tersebut,baginda berkata kepada sahabat yg tidak
mengulangi sholat "dan bagimu 2 pahala.
Para sahabat dan ulama yg berkhilaf
pendapat,masing-masing tidak mencerca dan mencela
antara satu sama lain.
Contohnya lagi para imam yg empat.Masing-masing tidak
menyuruh pengikut2 mereka akan berpegang teguh dng
pendapat bahkan mereka menasihati kanpengikutnyaa
membandingkan qaul mereka dengan kitab dan sunah dan
masing menghormati pendapat yg lain..
seperti yg kita katakan betapa cermat dan telitinya
imam syafei,sampai suatu ketika mengimamkan sholat
subuh bersama pengikut imam ahmad,ia tidak membaca
doa qunut kerana menghormati imam mereka.
Oleh itu kita sewajarnya mengkaji dan mendalami
masaalah dan meluaskan perbincangan melalui kitab
al-fiqh a"la al-mazahib al-arbaah,kitab al-fiqh
al-islami wa adilatuhu,kitab mazhab syafei al-fiqh
manhaji a"la al mazhab as-syafeii.
Mengenai maksud mazhab dari khalimah "Zahaba" ertinya
pergi.Dalam pergertian umum bermakna
pendapat,fatwa,cara pengambilan hukum dan
seumpamanya,Apabila sebut mazhab maliki bererti
pendapat maliki dan Apabila kita sebut mazhab syafei
bererti pendapat syafei.
Manakala mengikut al-quran dan as-sunah adalah
berdasarkan kefahaman seorang ulama yg muktabar.
Umat islam yg bermazhab syafei yg mengikut al-quran
dan as-sunah sebagaimana yg kita fahami,sudah tentu
bukan seorang maksum yakni trpelihara dari
dosa.Mungkin ada pendapat dan kefahaman,fatwa dan
huraian imam syafei kurang tepat,oleh itu sebagai umat
yg sedarakan hakikat ini ,kita sepatutnya meninggalkan
pendapat imam syafei yg kurang tepat or kurang sesuai
untuk di amalkan
Contohnya....Dalam bab bayar zakat..Imam syafei tidak
mengharuskan penggunaan wang sebaliknya menekankan
soal makanan asasi,maka kurang sesuai diamalkan kita
berpindah kepada pendapat hanafi dengan penggunaan
duit
Kenapa umat perlu bermazhab ...secara loqiknya ia
diibaratkan sebagai menghormati kepakaran
seseorang,sudah tentu tidak ada seorang manusia pun yg
mampu menguasai ilmu pengetahuan,Malah umat islam
meletakkan al-quran dan as-sunah sebagai sumber
tertinggi bukan mazhab,sebagai kita maklumi mazhab
adalah tafsira terhadap kedua-duanuya.
contoh...jika sakit...jumpa doktor...lalu bagi apa
sahaja ubat yg diberikan oleh doktor,biasanya kita akn
terima dan mengambilnya ,apakah kita perlu
mempersoalkannya...begitulah mazhab..
Namun satu penyakit bagi kita masalah dlm mazhab iaitu
fanatik dan taksub...ini akan menyebabkan masalah dan
musibah,malah kemungkinan melahirkan perpecahaan
umat,sekadar bermazhab tanpa fanatik merupakan satu
rahmat kepada umat islam...
Oleh itu perbezaan ini akan terhapus jika kita kembali
kepada roh islam itu sendiri,Apa salahnya jika kita
bertakliq(mengikut mazhab yg lain selain berpegang
teguh kepada Al-quran dan sunah.Kesedaran perlu dan
mazhab adalah sebagai syarat memudahkan kita
beramal.Jauhkan perdebatan yg tak membawa kebaikan dan
islam melarangnya....
Wallahualam
wassalam
KEWAFATAN NABI SAW DALAM AL-QURAN – SATU MUKJIZAT
-
Sedia maklum bahawa Nabi SAW wafat pada usia 63 tahun. Dan baginda
menjalani hidupnya dalam tiga fasa:
1. Sebelum diangkat menjadi rasul 40 tahun.
2. Be...
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment