Monday 25 October 2010

Perlu buka blog baru kah?


Assalamualaikum wr pembaca2 sekalian..

Nak minta pendapat sket... rasanya ingin buka blog baru utk di war warkan kepada student2 kat UIA ni...

Sebabnya blog ni banyak sangat perkara peribadi yg mungkin tak sesuai untk didedahkan kepada student2.. want to make it more professional yet santai...

Should I or shouldn't I?

Tuesday 19 October 2010

Asma' (3 months old)

Sunday 10 October 2010

Persaudaraan di Jalan Dakwah


Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Dalam kafilah dakwah ini, kita sememangnya memerlukan persaudaraan. Persaudaraan (mungkin lebih tepatnya ukhuwah) adalah nikmat yang sangat mahal bagi kita.

Jasad kita boleh tercedera manakala darah, air mata dan peluh boleh meluncur keluar tapi semuanya tidak boleh menghilangkan nikmat persahabatan, persaudaraan atau ukhuwah di jalanNya.

Kesulitan di sepanjang jalan ini tidak seberapa kalau nak dibandingkan dengan anugerah dan kurnia Allah yang sangat besar dan hanya dirasakan oleh mereka yang beriman yang saling memelihara persaudaraan atas nama Allah.

Namun, bagaimanakah kita boleh memiliki nikmat persaudaraan itu?

Di jalan ini, kita mesti mampu :

1. Memelihara sikap lemah lembut.
2. Berusaha menjaga hubungan baik dengan teman seperjalanan.

Sememangnya itu bukan suatu perkara yang mudah kerana kejayaan kita dalam menjaga persaudaraan di jalan ini boleh menjadi ukuran kadar keberhasilan kita memiliki hubungan sosial yang baik dengan masyarakat.

Mari kita dengarkan suatu ungkapan seorang ulama' dakwah Dr. Adil Abdullah al-Laili di dalam kitabnya "Musafir fi Qithari Dakwah" (Musafir di dalam kereta dakwah) :

"Siapa sahaja yang berhasil melakukan perjalanan dengan para pendakwah dalam kafilah ini, bererti ia akan mampu hidup dengan manusia yang lain dan ia juga akan berhasil menasihati dan mengarahkan mereka kerana ada seorang mukmin yang baik bagi dirinya namun ia kurang baik bila ia bergabung bersama orang lain dalam kafilah ini."

Sepertimana ketika kita melakukan perjalanan yang sebenarnya, seorang musafir mesti menolong saudara-saudaranya dalam perjalanan.

Persaudaraan yang tulus di jalan ini menjadi perhiasan di saat bahagia dan pelindung di saat kesulitan. Maka, tanpa ikatan persaudaraan yang kuat, seseorang akan sukar bertahan lebih-lebih lagi dalam menghadapi kesempitan.

Itu pula yang menjadi sebab kenapa para pendakwah di zaman ini menjadikan ukhuwah sebagai salah satu syarat dalam bai'ah (janji keanggotaan) mereka.

Dalam `Risalah Ta'lim' , Imam Hasan Al-Banna menyebutkan :

"Hendaknya hati dan jiwa mereka (para anggota) terikat dengan ikatan aqidah. Aqidah adalah ikatan paling kuat dan paling mulia. Ukhuwah adalah saudara keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kekufuran. Awal kekuatan adalah kekuatan persatuan. Tidak ada persatuan tanpa cinta. Paling minima cinta yang tumbuh di antara mereka adalah bersihnya hati dari perasaan yang tidak baik dengan sesama mereka. Dan cinta yang paling tinggi adalah `itsar' atau mendahulukan kepentingan saudaranya."

Persaudaraan yang dikehendaki juga tidak boleh berlebihan, ertinya, cinta tidak boleh mengabaikan asas keadilan dan tujuan hingga membawa kepada sikap fanatik buta dan `ta'ashub'.

Syariat Islam melarang kita terlalu :

a. Keras dalam mencaci.
b. Berlebihan dalam memuji.

Syariat juga melarang sikap berlebihan dalam segala perkara.

Berlebihan dalam cinta akan mendorong seseorang untuk meremehkan hak orang lain dan setiap sesuatu yang melewati batasnya ia akan memberi kesan kepada orang lain pada perkara yang bertentangan dengannya.

Neraca untuk mampu mencintai dengan adil adalah dengan melakukan `tawashi' atau saling mewasiatkan dalam kebenaran.

Seseorang mestilah mampu :

1. Menasihati saudaranya.
2. Mengingatkannya untuk kembali pada kebaikan.
3. Memerintahkannya untuk menghindari larangan Allah.

"Seorang mukmin dengan mukmin lainnya itu seperti dua tangan yang saling membersihkan dan menyucikan," begitulah kata-kata seorang ulama'.

Dalam kerangka itu, seorang pendakwah sebagaimana seorang musafir :

  1. Perlu berbicara dan bertukar fikiran dengan teman seperjalanannya.
  2. Semestinya mampu menyampaikan kritikan atau menolak pendapat.
  3. Berusaha untuk meluruskan penyimpangan yang berlaku.

Memang, ada sebahagian orang yang memandang bahwa :

a. Penolakan atau kritikan adalah sebahagian dari kebencian.
b. Dialog itu dapat membawa kepada perselisihan.

Tetapi, ini adalah satu cara berfikir yang agak keliru.

Seorang manusia akan tetap berbeza pendapat kerana mereka memang berbeza dalam hal :

1. Pemahaman dan akal.
2. Pengetahuan dan pengalaman.
3. Perasaan dan pandangan.

Ini adalah kerana dalam wilayah-wilayah tersebut pasti ada perbezaan dan perselisihan.

Namun, yang diperlukan adalah bagaimana seseorang boleh memandang pendapat yang dianggapnya tidak benar itu bagi diberi masukan (input) dengan baik.

Berdiskusi dan berhujah tetap diperlukan untuk menjelaskan kebenaran dan menjelaskan jalan.

Jika itu tujuan dan matlamatnya, maka segala :

a. Kritikan.
b. Pembetulan.
c. Hujahan.
d. Diskusi.
e. Penolakan.

tidak sepatutnya membawa kepada permusuhan atau rasa benci malah sebaliknya suasana kasih dan cinta yang semakin kuat seharusnya muncul.

Imam Ibnu Taimiyah menyebutkan dalam kitab Majmu' Al Fatawanya bahwa para sahabat Rasulullah saw juga berdebat dalam menyelesaikan suatu masaalah melalui musyawarah dan saling menasihati namun mereka tetap memelihara kedekatan, kebersihan niat dan persaudaraan dalam agama.

Maka dari sinilah para ulama' terdahulu pun biasa saling tidak sepakat dalam suatu masalah.

Diskusi di antara para pendakwah itu penting kerana ianya akan dapat :

1. Memperluaskan pemikiran.
2. Mempertajamkan pandangan.
3. Meluruskan kesalahan.
4. Memperbaiki kesilapan.
5. Saling tolong menolong dalam kebaikan.

Ilmu secara teorinya tidak akan mencapai tingkatan kesempurnaan selama mana tidak ditimbang dengan akal.

Imam Syafi'e pernah ditanya apakah kemampuan akal itu merupakan potensi yang dibawa sejak dari kelahiran?

Beliau menjawab :

"Tidak, tapi akal itu adalah hasil dari pergaulan dengan ramai orang dan berdiskusi dengan mereka."

Berkata Ibnu Abbas ra :

"Mengunyah garam dalam sebuah jamaah masih lebih baik daripada memakan manisan dalam perpecahan."

Ada persiapan yang mesti dilakukan agar seseorang dapat memiliki kesediaan untuk melontarkan pendapat dan menerima kritikan dengan baik.

Menurut Imam Al Mawardi dalam kitabnya `Adabu dunya wa din' :

"Yang paling utama adalah kesediaan meringankan beban saudara kita.

Kenapa?

Ini adalah kerana, bagaimana seseorang mahu mendengar dan menyahut dengan baik jika ia masih memiliki beban yang menghantui dirinya.

Oleh yang demikian, untuk menjalin persaudaraan yang tulus, seseorang mesti memiliki keyakinan dahulu akan kasih sayang sahabatnya.

Permulaan haknya adalah meyakini kasih sayangnya, kemudian :

a. Menjalin persaudaraan dengannya dengan memberi keluasan padanya pada selain yang haram.
b. Menasihatinya baik secara sembunyi atau terang terangan.
c. Meringankan bebannya.
d. Menolongnya dari apa yang menimpa dirinya.

Sesungguhnya menemaninya secara zahir semata-mata adalah kecurangan dan meninggalkannya dalam kesulitan dan kesusahan adalah penghinaan."

Demikianlah kedudukan nasihat dari orang yang menasihati.

Apabila hati bersih maka ia akan semakin bersedia menerima nasihat dan mendengarkan nasihat namun apabila hati ternoda dan terkesan dengan berbagai masaalah seperti :

  1. Kesibukan.
  2. Kesakitan.
  3. Keletihan.
  4. Kecintaan kepada dunia.
  5. Kepentingan diri.

maka semua itu akan menghalangi seseorang untuk mendengar dengan teliti.

TIGA RUKUN PERSAUDARAAN

Kemesraan persaudaraan di jalan Allah dibangunkan di atas tiga perkara :

  1. Ta’aruf (Saling kenal mengenal).
  2. Tafahum (Saling memahami).
  3. Takaful (Saling berkongsi beban).

Ketiga-tiganya merupakan tiang persaudaraan yang tidak boleh luput dari roda perjalanan dakwah.

`Ta'aruf' bermula dari :

  1. Pengenalan secara fizikal.
  2. Memahami ciri-ciri dan karakter.
  3. Mendalami kadar keseriusan dalam bertaqarrub kepada Allah dan perkara-perkara lahiriyah lainnya.

Rasulullah saw bersabda :

"Seorang mukmin itu makhluk yang cepat mesra, maka tidak ada kebaikan pada orang yang tidak cepat mesra dan tidak boleh dimesrai." (HR Ahmad dan Thabrani)

`Ta'aruf'`yang baik akan :

  1. Mengurangkan kekeringan dan keretakan hubungan sesama muslim.
  2. Membuatkan hati menjadi lembut.
  3. Mampu melenyapkan bibit perpecahan.

Apabila wilayah `ta'aruf' sudah terbentang, maka akan tumbuh pula sikap `tafahum'.

`Tafahum' akan menjaga kesegaran jamaah dakwah kerana dakwah dipikul oleh orang-orang yang :

a. Mempunyai keterpautan hati.
b. Saling bertoleransi.
c. Saling berkompromi untuk perkara-perkara yang mubah.

Kepentingan `tafahum' akan kian terasa ketika pendukung jamaah dakwah terdiri dari berbagai jenis orang baik suku, budaya mahupun bahasanya.

Semua karakter kesukuan mesti lebur dalam tradisi `tafahum' dalam persaudaraan walaupun kedekatan tradisi dan budaya juga bermanfaat bagi kejayaan dakwah.

Imam Malik pernah berkata :

"Lihatlah orang dengan kebenaran dan jangan sebaliknya, iaitu engkau lihat kebenaran dengan orang."

Puncak `tafahum' ada pada tahap "berbicara" pada satu bahasa di mana sebagai satu karakter khas yang mewarnai seluruh aktivis jamaah dakwah adalah :

  1. Mereka berfikir dengan pola pemikiran yang satu.
  2. Berbicara dengan bahasa yang satu.

Sesiapa yang tidak memahamkan dirinya dengan konsep `tafahum' ini akan gagal memasuki tahap persaudaraan berikutnya, iaitu `takaful'.

‘Takaful’ adalah intisari persaudaraan, di mana lahir darinya ‘itsar’(mendahulukan sesama saudara) iaitu puncak dari segala amal ukhuwah.

`Takaful' tidak semestinya bahu membahu dalam memberikan jaminan kebendaan.

Ia boleh dalam bentuk bahu membahu :

a. Menunaikan kerja.
b. Saling membela orang yang dizalimi.
c. Saling mengirim doa.

MEMELIHARA SEMANGAT PERSAUDARAAN

Bagi memastikan semangat persaudaraan akan tetap terpelihara dan berterusan di antara para pendakwah dalam kafilah dakwah ini, perkara-perkara berikut perlulah di ambil perhatian :

1. Bercita-cita dan bersemangat untuk mewujudkan persaudaraan yang benar dan sempurna di antara mereka.

2. Bersungguh-sungguh untuk tidak mengeruhkan kemurnian dan kesucian hubungan mereka sedikitpun.

3. Menyedari bahwa persaudaraan dalam agama adalah sebaik-baik wasilah yang dapat mendekatkan diri mereka kepada Allah.

4. Tetap memelihara kemuliaan darjat yang tinggi.

5. Bercita-cita untuk sentiasa memperhatikan hak-haknya sehingga mampu membersihkan perkara-perkara yang boleh mengeruhkan suasana dan dari bisikan-bisikan syaitan.


Ukhuwah Islamiyah atau persaudaraan Islam yang sejati akan panjang usianya bahkan hingga ke hari akhirat kelak bersesuaian dengan sebuah hadis Rasulullah saw :

"Di sekitar Arasy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada cemburu kepada mereka." Ketika ditanya para sahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling berkunjung kerana Allah." (HR Tirmizi)

Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang menjalinkan hubungan persaudaraan antara sesama kami semata-mata keranaMu. Sesungguhnya tiada tujuan lain kami berada di atas jalan dakwah ini melainkan untuk sama-sama menjadikan kalimahMu tinggi dan terpacak kuat di muka bumi ini. Jauhkanlah kami dari menuntut apa-apa kepentingan dari saudara-saudara kami dalam kami bersahabat dan bersaudara di jalanMu yang mulia ini.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS

IKRAM

Thursday 7 October 2010

Does my supplication make you happy

Does my supplication make you happy?

Does my supplication make you happy?

“Does my supplication make you happy?”

” Verily, there has come to you a Messenger from amongst yourselves. It grieves him that you should experience any injury or difficulty. He is anxious over you; for the believers, he is full of pity, kind, and merciful.“


[at-Tawbah; 128]

‘A’ishah narrated:

“Once, when I saw the Prophet in a good mood, I said to him: “O Messenger of Allah! Supplicate to Allah for me!”

So, he said: “O Allah! Forgive ‘A’ishah her past and future sins, what she has hidden, as well as what she has made apparent.“

So, I began smiling, to the point that my head fell into my lap out of joy.

The Messenger of Allah said to me: “Does my supplication make you happy?“

I replied: “And how can your supplication not make me happy?”

He then said: “By Allah, it is the supplication that I make for my Ummah in every prayer.“

Reported in ‘Sahih Mawarid adh-Dhaman’ (# 1875), and it is in ‘as-Silsilah as-Sahihah’ (# 2254)

Taken from http://qisas.com/articles/304/1/Does-my-supplication-make-you-happy/Page1.html

Menyumbang untuk dakwah


Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Dakwah adalah usaha manusia untuk mengubah diri dan lingkungannya melalui pelbagai wasilah yang ada.

Dakwah sebenarnya tidak bergantung kepada kekuatan di luar usaha manusia sebagai dasar kerjanya. Hanya sahaja seseorang yang beriman meyakini bahwa ada kekuatan-kekuatan di luar kemanusiaannya yang mampu mempengaruhi kekuatan dirinya.

Pertolongan Allah swt akan datang seiring dengan usaha-usaha kemanusiaan yang dilakukan oleh orang-orang yang beriman.

Oleh kerana itu ketika hijrah, Rasulullah saw meminta bantuan seorang pemandu jalan seraya mengharapkan kemudahan perjalanan dari Rabbnya.

Beliau melakukan perjalanan yang berliku seraya mengharapkan Allah swt menyesatkan usaha pengejaran orang-orang kafir Quraisy. Beliau bersembunyi di dalam gua sebelum Allah menutupinya dengan sarang labah-labah.

Ketika berperang, Rasulullah saw dan kaumnya mempersiapkan pedang dan perbekalan seraya mengharapkan bantuan malaikat dan hujan.

Sesuatu mesti diusahakan atau dikerahkan oleh orang-orang yang beriman dalam perjuangan dakwahnya agar kemudahan-kemudahan dakwah datang kepadanya.

Pertolongan Allah swt tidak boleh diertikan sebagai sebuah "keajaiban dari langit" yang datang dengan tiba-tiba dan begitu sahaja, meskipun perkara itu boleh sahaja berlaku menurut kehendak Allah swt jua.

Tetapi pertolongan Allah swt mesti difahami sebagai jawaban atau balasanNya terhadap usaha-usaha yang dilakukan oleh para hambaNya.

Firman Allah swt :

"Jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan langkah-langkah kamu." (QS Muhammad : 7)

SUMBANGAN DAN KEMUDAHAN

Orang-orang yang beriman, khususnya para pemikul dakwah tidak boleh bakhil terhadap apa sahaja yang dimilikinya kerana pada hakikatnya kemanfaatan itu hanya ada pada saat kehidupan di dunia ini.

Setelah mati, tidak ada sesuatu pun yang boleh diberikan oleh manusia untuk menambah timbangan kebaikannya di alam barzakh kelak.

Firman Allah swt :

"Adapun orang orang yang memberi (apa sahaja yang dimilikinya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (husna) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah, Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar. Dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila ia telah binasa." (QS Al Lail : 5 - 11)

Jadi, sebesar apa pun pemberian atau sumbangan dalam dakwah maka sebesar itu pula kemudahan yang akan diperolehi dari Allah dalam usaha meraih cita-cita dan tujuan-tujuan dakwah.

Keseimbangan antara sumbangan dan kemudahan adalah sunnatullah yang tidak boleh dibantah lagi dan perkara ini merupakan sebuah fenomena sejarah yang terang benderang bagi mereka yang mempelajari dan memahami Al-Qur'an.

Perhatikanlah keadaan perjuangan Rasulullah saw dan para sahabatnya yang di antara mereka saling berlumba-lumba memberikan sumbangannya dalam bentuk apapun di jalan dakwah yang mereka harungi.

Perhatikan pula keadaan kaum Nabi Musa as yang hanya ingin duduk-duduk sahaja sementara Nabi mereka menggadaikan badan dan nyawanya demi cita-cita dakwahnya.

Firman Allah swt :

"Maka apakah kamu melihat orang yang berpaling (dari Al Qur’an) serta memberi sedikit dan tidak mahu memberi lagi? Apakah dia mempunyai pengetahuan tentang yang ghaib sehingga dia mengetahui (apa yang dikatakan) ? Ataukah belum diberitakan kepadanya apa yang ada dalam lembaran-lembaran Musa ? dan lembaran lembaran Ibrahim yang selalu menyempurnakan janji ? (iaitu) bahwasanya seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain, dan bahwasanya seorang manusia tiada memperolehi selain apa yang telah diusahakannya dan bahwasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). Kemudian akan diberikan kepadanya balasan yang paling sempurna dan bahwasanya kepada Tuhanmulah kesudahan (segala sesuatu)" (QS An Najm : 33 - 42)

Pada hakikatnya, seseorang mesti memberikan sumbangannya dalam dakwah sekuat kemampuannya, kerana semuanya itu akan memberi kesan positif bagi kehidupan diri dan masyarakatnya.

"Barangsiapa yang berbuat sebesar zarrah dari kebaikan maka ia pasti akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang berbuat sebesar zarrah dari kejahatan maka ia pasti akan melihat (balasan)nya pula." (QS Al Zalzalah : 7 dan 8)

Pemberian yang ikhlas, hanya semata-mata mengharapkan rahmat serta balasan dari Allah swt semata-mata menjadi syarat yang mutlak bagi sumbangan dalam dakwah.

Berlakunya fenomena seseorang yang hanya dengan sumbangan yang sedikit tetapi mengharapkan hasil duniawi yang besar menunjukkan kefahamannya yang dangkal tentang nilai-nilai ajaran agama Allah ini.

Allah swt telah melarang Rasulullah saw berdakwah untuk memperolehi balasan-balasan duniawi yang nilainya sangat sempit.

Firman Allah swt :

"Dan janganlah engkau memberi (dengan maksud) memperolehi (balasan) yang lebih banyak." (QS Al Muddatsir : 6)

Hendaknya seseorang hanya mengharapkan balasan dari sisi Allah sebesar-besarnya berupa kemudahan hidup di dunia dan akhirat nanti.

Balasan atas sumbangan dakwah yang berbentuk material atau duniawi (anak, harta, kedudukan, kekuasaan, pengikut dan sebagainya) tetap sahaja akan menjadi ujian dan cobaaan yang mesti kita hadapi.

Balasan Allah swt kepada kaum muslimin dalam perang Badar berupa harta rampasan perang yang begitu banyak, akhirnya tidak dapat dikendalikan dengan baik oleh sebahagian kaum muslimin sehingga menjadi sumber fitnah pada perang Uhud.

SUMBANGAN : TANGGUNGJAWAB DAN PENGORBANAN

Seseorang lahir ke dunia tanpa ada peranan sedikitpun dari dirinya sendiri.

1. Ia bukanlah apa-apa sebelum kedua orang tuanya dengan izin Allah mempertemukan sperma dan sel telurnya.

2. Ia bukanlah apa-apa sebelum Allah swt meniupkan roh kepadanya dan memproses secara sempurna bentuk fizikalnya sehingga ia mempunyai kemampuan penghayatan, intelektual dan indera.

Allah swt juga telah membentangkan alam semesta untuk manusia sehingga dengan kreativitinya mampu memberikan berbagai rezeki kepadanya.

Sesungguhnya pemberian Allah swt kepada manusia adalah sesuatu yang tidak terhitung sebagaimana yang disebut dalam Al Qur'an :

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak." (QS Al Kautsar : 1)

Tetapi pada jiwa manusia memang terdapat unsur nafsu syahwat yang melahirkan "sense of belonging" atau rasa kepemilikan dan kecintaan atas segala sesuatu yang melekat pada dirinya yang masih berada dalam genggamannya atau bahkan yang berada dalam angan-angannya.

Oleh kerana itu, sumbangan adalah suatu bentuk tanggungjawab apabila dipandang dari segi bahwa yang diberikan oleh seseorang adalah sesuatu yang sesungguhnya pemberian Allah swt juga.

Manakala, sumbangan adalah suatu bentuk pengorbanan jika dilihat dari segi bahwa seseorang memang mempunyai rasa kepemilikan dan kecintaan atas apa-apa yang ada dalam genggamannya.

Semakin tinggi rasa tanggungjawab dan pengorbanan seseorang maka semakin besar pula sumbangannya terhadap dakwah Islam.

BERBAGAI BENTUK SUMBANGAN TERHADAP DAKWAH

Terdapat bermacam-macam bentuk sumbangan yang dapat dilakukan oleh seseorang di jalan dakwah ini di antaranya adalah :

1. Sumbangan Pemikiran

Sumbangan pemikiran merupakan jiwa dari perjuangan dakwah kerana nilai-nilai Islam hidup bersama hidupnya pemikiran Islam di kalangan ummat.

Ajaran Islam mampu menembusi segala ruang dan waktu yang berubah-ubah dan mampu berhadapan dengan zaman dan peradaban yang dikembangkan oleh manusia. Ia juga sentiasa siap dalam menyediakan berbagai wasilah bagi setiap sistem yang diperlukan dalam kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial dan budaya.

Ummat Islam akan mampu menjawab semua cabaran itu dengan satu senjata yang telah ditunjukkan oleh Allah swt iaitu ijtihad. Oleh kerananya, Rasulullah saw sangat menghargai proses ijtihad yang dilakukan oleh para pemikir ummat Islam sebagaimana pesanan yang disampaikannya kepada Muaz bin Jabal ketika akan membuka wilayah Yaman.

Dr Yusuf Al Qardhawi menyatakan dalam kitab `Fiqh Aulawiyyaat' :

"Yang ternampak oleh saya bahwa krisis kita yang utama adalah "krisis pemikiran". Di sana terdapat pencemaran kefahaman ramai orang tentang Islam. Kedangkalan yang nyata dalam menyedari ajaran-ajarannya serta urutan-urutannya.

Mana yang paling penting, mana yang penting dan mana yang kurang penting. Ada pula yang lemah dalam memahami keadaan masa kini dan kenyataan sekarang (fiqh al waqi').

Ada yang tidak mengetahui tentang "orang lain" sehingga kita jatuh pada penilaian yang terlalu "berlebihan" (over estimation) atau sebaliknya bersikap "bermudah-mudah" (under estimation), sementara orang lain mengerti benar siapa kita bahkan mereka dapat menyingkap kita sampai ke tulang sumsum kita.

Sehingga ke hari ini kita belum mengetahui faktor-faktor kekuatan yang kita miliki dan titik-titik kelemahan yang ada pada kita. Kita sering membesar-besarkan sesuatu yang kecil dan meremehkan sesuatu yang besar, baik dalam kemampuan mahupun dalam keaiban kita."

Sumbangan kaum muslimin dalam bidang pemikiran akan melahirkan sebuah wawasan intelektual dan peradaban Islam sebagaimana yang pernah ditunjukkan dalam sejarah peradaban manusia sejak masa Rasulullah saw hingga ke zaman khilafah-khilafah Islamiyah sesudahnya.

Oleh yang demikian, sumbangan dalam bidang pemikiran ini akan menghasilkan :

a. Buah dalam bidang keilmuan dengan berkembangnya berbagai cabang ilmu.

b. Buah dalam bidang keterampilan dengan berkembangnya berbagai keahlian budaya yang menunjang peradaban kaum muslimin.

2. Sumbangan Material (Harta Benda)

Sumbangan material merupakan kekuatan fizikal dari dakwah kerana ia akan menggerakkan perjalanan perjuangan ini.

Berbagai wasilah perjuangan diperlukan dan mesti diperolehi melalui penyediaan material dan kewangan. Oleh karena itu, berbagai persiapan dalam perkara ini telah diperintahkan oleh Allah swt sebagaimana firmanNya :

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)." (QS Al Anfal : 60)

Para sahabat telah menunjukkan betapa perjuangan dakwah mesti diikuti oleh perjuangan mengorbankan harta, bahkan kadangkala dalam jumlah yang tiada taranya.

Abu Bakar As Shiddiq ra adalah sahabat yang rela mengorbankan seluruh harta miliknya di jalan Allah.

Manakala Utsman bin Affan yang kaya raya itu juga sangat luar biasa, tanggungjawabnya dalam persoalan sumbangan material ini. Pada zaman Khalifah Umar bin Al Khattab ra, berlaku musim kemarau di mana Utsman menyumbangkan gandum yang dibawa oleh seribu ekor unta.

Sebahagian sahabat ada yang masih hidup dalam zaman kekhalifahan yang memiliki harta kekayaan negara yang sangat banyak sehingga mereka sempat hidup dalam keadaan makmur sebagai hasil perjuangan mereka namun tidak sedikit juga yang sudah lebih dulu meninggal dunia dalam keadaan penuh kekurangan.

Perjuangan yang dihidupkan tidak hanya dengan semangat dan pemikiran, tetapi dengan dukungan material yang kuat akan mampu mengimbangi kekuatan musuh-musuh yang seringkali memiliki kemudahan yang lengkap dan hebat.

Perhatian dalam perkara ini adalah sebuah kewajiban yang asasi kerana ini merupakan tuntutan sunatullah. Inilah yang ditunaikan oleh Umar bin Al Khattab ra ketika menghasilkan senjata-senjata perang atau Utsman bin Affan ra ketika membangun angkatan laut yang kuat di bawah pimpinan Muawiyah.

3. Sumbangan Jiwa

Sumbangan jiwa boleh berbentuk pengorbanan untuk menundukkan dorongan-dorongan nafsunya yang memerintahkan kepada keburukan dan menyerahkannya kepada ketaqwaan. Sesungguhnya ini adalah sumbangan yang mendasari seluruh sumbangan lainnya.

Seseorang mesti mengatasi keinginan-keinginan untuk membesarkan dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum mahu berkorban bagi pihak lain. Ia mesti membebaskan dirinya dari sifat bakhil yang mengongkong jiwanya samada dalam aspek material ataupun bukan material.

Sumbangan terbesar yang diberikan oleh seseorang kepada dakwah apabila ia rela bukan sahaja menundukkan jiwa kebakhilannya, tetapi bahkan melepaskan jiwanya itu sendiri dari badannya demi perjuangan dakwah.

Inilah cita cita terbesar dari seorang pejuang dakwah yang diikrarkannya tatkala ia mulai melangkahkan kakinya di jalan dakwah.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka, Mereka berperang pada jalan Allah lalu mereka membunuh atau terbunuh, (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."(QS At Taubah : 111)

Termasuk dalam sumbangan jiwa ini adalah sumbangan atau pengorbanan :

a. Waktu.

b. Kesempatan.

yang dimiliki seseorang dalam perjalanan kehidupannya.

Waktunya tidak akan dibelanjakan kepada perkara-perkara yang tidak memiliki aspek dakwah.

Ia juga tidak akan menciptakan atau mengambil kesempatan-kesempatan dalam kehidupannya kecuali yang bernilai akhirat.

Ini adalah kerana, hanya dengan cara itulah ia mampu mengisi perjalanan jiwanya dengan tenang sehingga nanti, Allah swt memanggil jiwanya dan menyatakan selamat tinggal kepada jasadnya yang fana dan akan menjadi tanah.

"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhaiNya, Maka masuklah ke dalam jamaah hamba hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu." (QS Al Fajr : 27-30)

Ya Allah, kami memahami bahwa semua nikmat-nikmat yang kami perolehi adalah bersumber dariMu. Maka berilah kekuatan kepada kami supaya kami tidak bakhil dan merasa mudah pula untuk mengorbankannya dan menyumbang kepada penegakan agamaMu di muka bumi ini kerana sesungguhnya kami memahami bahwa pertolonganMu akan datang apabila kami juga berusaha untuk menolong dan memperkuatkan DeenMu serta berjuang supaya kalimahMu akan tetap tinggi.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS

by IKRAM SELANGOR