Showing posts with label Tarbiyyah. Show all posts
Showing posts with label Tarbiyyah. Show all posts

Sunday, 10 October 2010

Persaudaraan di Jalan Dakwah


Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Dalam kafilah dakwah ini, kita sememangnya memerlukan persaudaraan. Persaudaraan (mungkin lebih tepatnya ukhuwah) adalah nikmat yang sangat mahal bagi kita.

Jasad kita boleh tercedera manakala darah, air mata dan peluh boleh meluncur keluar tapi semuanya tidak boleh menghilangkan nikmat persahabatan, persaudaraan atau ukhuwah di jalanNya.

Kesulitan di sepanjang jalan ini tidak seberapa kalau nak dibandingkan dengan anugerah dan kurnia Allah yang sangat besar dan hanya dirasakan oleh mereka yang beriman yang saling memelihara persaudaraan atas nama Allah.

Namun, bagaimanakah kita boleh memiliki nikmat persaudaraan itu?

Di jalan ini, kita mesti mampu :

1. Memelihara sikap lemah lembut.
2. Berusaha menjaga hubungan baik dengan teman seperjalanan.

Sememangnya itu bukan suatu perkara yang mudah kerana kejayaan kita dalam menjaga persaudaraan di jalan ini boleh menjadi ukuran kadar keberhasilan kita memiliki hubungan sosial yang baik dengan masyarakat.

Mari kita dengarkan suatu ungkapan seorang ulama' dakwah Dr. Adil Abdullah al-Laili di dalam kitabnya "Musafir fi Qithari Dakwah" (Musafir di dalam kereta dakwah) :

"Siapa sahaja yang berhasil melakukan perjalanan dengan para pendakwah dalam kafilah ini, bererti ia akan mampu hidup dengan manusia yang lain dan ia juga akan berhasil menasihati dan mengarahkan mereka kerana ada seorang mukmin yang baik bagi dirinya namun ia kurang baik bila ia bergabung bersama orang lain dalam kafilah ini."

Sepertimana ketika kita melakukan perjalanan yang sebenarnya, seorang musafir mesti menolong saudara-saudaranya dalam perjalanan.

Persaudaraan yang tulus di jalan ini menjadi perhiasan di saat bahagia dan pelindung di saat kesulitan. Maka, tanpa ikatan persaudaraan yang kuat, seseorang akan sukar bertahan lebih-lebih lagi dalam menghadapi kesempitan.

Itu pula yang menjadi sebab kenapa para pendakwah di zaman ini menjadikan ukhuwah sebagai salah satu syarat dalam bai'ah (janji keanggotaan) mereka.

Dalam `Risalah Ta'lim' , Imam Hasan Al-Banna menyebutkan :

"Hendaknya hati dan jiwa mereka (para anggota) terikat dengan ikatan aqidah. Aqidah adalah ikatan paling kuat dan paling mulia. Ukhuwah adalah saudara keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kekufuran. Awal kekuatan adalah kekuatan persatuan. Tidak ada persatuan tanpa cinta. Paling minima cinta yang tumbuh di antara mereka adalah bersihnya hati dari perasaan yang tidak baik dengan sesama mereka. Dan cinta yang paling tinggi adalah `itsar' atau mendahulukan kepentingan saudaranya."

Persaudaraan yang dikehendaki juga tidak boleh berlebihan, ertinya, cinta tidak boleh mengabaikan asas keadilan dan tujuan hingga membawa kepada sikap fanatik buta dan `ta'ashub'.

Syariat Islam melarang kita terlalu :

a. Keras dalam mencaci.
b. Berlebihan dalam memuji.

Syariat juga melarang sikap berlebihan dalam segala perkara.

Berlebihan dalam cinta akan mendorong seseorang untuk meremehkan hak orang lain dan setiap sesuatu yang melewati batasnya ia akan memberi kesan kepada orang lain pada perkara yang bertentangan dengannya.

Neraca untuk mampu mencintai dengan adil adalah dengan melakukan `tawashi' atau saling mewasiatkan dalam kebenaran.

Seseorang mestilah mampu :

1. Menasihati saudaranya.
2. Mengingatkannya untuk kembali pada kebaikan.
3. Memerintahkannya untuk menghindari larangan Allah.

"Seorang mukmin dengan mukmin lainnya itu seperti dua tangan yang saling membersihkan dan menyucikan," begitulah kata-kata seorang ulama'.

Dalam kerangka itu, seorang pendakwah sebagaimana seorang musafir :

  1. Perlu berbicara dan bertukar fikiran dengan teman seperjalanannya.
  2. Semestinya mampu menyampaikan kritikan atau menolak pendapat.
  3. Berusaha untuk meluruskan penyimpangan yang berlaku.

Memang, ada sebahagian orang yang memandang bahwa :

a. Penolakan atau kritikan adalah sebahagian dari kebencian.
b. Dialog itu dapat membawa kepada perselisihan.

Tetapi, ini adalah satu cara berfikir yang agak keliru.

Seorang manusia akan tetap berbeza pendapat kerana mereka memang berbeza dalam hal :

1. Pemahaman dan akal.
2. Pengetahuan dan pengalaman.
3. Perasaan dan pandangan.

Ini adalah kerana dalam wilayah-wilayah tersebut pasti ada perbezaan dan perselisihan.

Namun, yang diperlukan adalah bagaimana seseorang boleh memandang pendapat yang dianggapnya tidak benar itu bagi diberi masukan (input) dengan baik.

Berdiskusi dan berhujah tetap diperlukan untuk menjelaskan kebenaran dan menjelaskan jalan.

Jika itu tujuan dan matlamatnya, maka segala :

a. Kritikan.
b. Pembetulan.
c. Hujahan.
d. Diskusi.
e. Penolakan.

tidak sepatutnya membawa kepada permusuhan atau rasa benci malah sebaliknya suasana kasih dan cinta yang semakin kuat seharusnya muncul.

Imam Ibnu Taimiyah menyebutkan dalam kitab Majmu' Al Fatawanya bahwa para sahabat Rasulullah saw juga berdebat dalam menyelesaikan suatu masaalah melalui musyawarah dan saling menasihati namun mereka tetap memelihara kedekatan, kebersihan niat dan persaudaraan dalam agama.

Maka dari sinilah para ulama' terdahulu pun biasa saling tidak sepakat dalam suatu masalah.

Diskusi di antara para pendakwah itu penting kerana ianya akan dapat :

1. Memperluaskan pemikiran.
2. Mempertajamkan pandangan.
3. Meluruskan kesalahan.
4. Memperbaiki kesilapan.
5. Saling tolong menolong dalam kebaikan.

Ilmu secara teorinya tidak akan mencapai tingkatan kesempurnaan selama mana tidak ditimbang dengan akal.

Imam Syafi'e pernah ditanya apakah kemampuan akal itu merupakan potensi yang dibawa sejak dari kelahiran?

Beliau menjawab :

"Tidak, tapi akal itu adalah hasil dari pergaulan dengan ramai orang dan berdiskusi dengan mereka."

Berkata Ibnu Abbas ra :

"Mengunyah garam dalam sebuah jamaah masih lebih baik daripada memakan manisan dalam perpecahan."

Ada persiapan yang mesti dilakukan agar seseorang dapat memiliki kesediaan untuk melontarkan pendapat dan menerima kritikan dengan baik.

Menurut Imam Al Mawardi dalam kitabnya `Adabu dunya wa din' :

"Yang paling utama adalah kesediaan meringankan beban saudara kita.

Kenapa?

Ini adalah kerana, bagaimana seseorang mahu mendengar dan menyahut dengan baik jika ia masih memiliki beban yang menghantui dirinya.

Oleh yang demikian, untuk menjalin persaudaraan yang tulus, seseorang mesti memiliki keyakinan dahulu akan kasih sayang sahabatnya.

Permulaan haknya adalah meyakini kasih sayangnya, kemudian :

a. Menjalin persaudaraan dengannya dengan memberi keluasan padanya pada selain yang haram.
b. Menasihatinya baik secara sembunyi atau terang terangan.
c. Meringankan bebannya.
d. Menolongnya dari apa yang menimpa dirinya.

Sesungguhnya menemaninya secara zahir semata-mata adalah kecurangan dan meninggalkannya dalam kesulitan dan kesusahan adalah penghinaan."

Demikianlah kedudukan nasihat dari orang yang menasihati.

Apabila hati bersih maka ia akan semakin bersedia menerima nasihat dan mendengarkan nasihat namun apabila hati ternoda dan terkesan dengan berbagai masaalah seperti :

  1. Kesibukan.
  2. Kesakitan.
  3. Keletihan.
  4. Kecintaan kepada dunia.
  5. Kepentingan diri.

maka semua itu akan menghalangi seseorang untuk mendengar dengan teliti.

TIGA RUKUN PERSAUDARAAN

Kemesraan persaudaraan di jalan Allah dibangunkan di atas tiga perkara :

  1. Ta’aruf (Saling kenal mengenal).
  2. Tafahum (Saling memahami).
  3. Takaful (Saling berkongsi beban).

Ketiga-tiganya merupakan tiang persaudaraan yang tidak boleh luput dari roda perjalanan dakwah.

`Ta'aruf' bermula dari :

  1. Pengenalan secara fizikal.
  2. Memahami ciri-ciri dan karakter.
  3. Mendalami kadar keseriusan dalam bertaqarrub kepada Allah dan perkara-perkara lahiriyah lainnya.

Rasulullah saw bersabda :

"Seorang mukmin itu makhluk yang cepat mesra, maka tidak ada kebaikan pada orang yang tidak cepat mesra dan tidak boleh dimesrai." (HR Ahmad dan Thabrani)

`Ta'aruf'`yang baik akan :

  1. Mengurangkan kekeringan dan keretakan hubungan sesama muslim.
  2. Membuatkan hati menjadi lembut.
  3. Mampu melenyapkan bibit perpecahan.

Apabila wilayah `ta'aruf' sudah terbentang, maka akan tumbuh pula sikap `tafahum'.

`Tafahum' akan menjaga kesegaran jamaah dakwah kerana dakwah dipikul oleh orang-orang yang :

a. Mempunyai keterpautan hati.
b. Saling bertoleransi.
c. Saling berkompromi untuk perkara-perkara yang mubah.

Kepentingan `tafahum' akan kian terasa ketika pendukung jamaah dakwah terdiri dari berbagai jenis orang baik suku, budaya mahupun bahasanya.

Semua karakter kesukuan mesti lebur dalam tradisi `tafahum' dalam persaudaraan walaupun kedekatan tradisi dan budaya juga bermanfaat bagi kejayaan dakwah.

Imam Malik pernah berkata :

"Lihatlah orang dengan kebenaran dan jangan sebaliknya, iaitu engkau lihat kebenaran dengan orang."

Puncak `tafahum' ada pada tahap "berbicara" pada satu bahasa di mana sebagai satu karakter khas yang mewarnai seluruh aktivis jamaah dakwah adalah :

  1. Mereka berfikir dengan pola pemikiran yang satu.
  2. Berbicara dengan bahasa yang satu.

Sesiapa yang tidak memahamkan dirinya dengan konsep `tafahum' ini akan gagal memasuki tahap persaudaraan berikutnya, iaitu `takaful'.

‘Takaful’ adalah intisari persaudaraan, di mana lahir darinya ‘itsar’(mendahulukan sesama saudara) iaitu puncak dari segala amal ukhuwah.

`Takaful' tidak semestinya bahu membahu dalam memberikan jaminan kebendaan.

Ia boleh dalam bentuk bahu membahu :

a. Menunaikan kerja.
b. Saling membela orang yang dizalimi.
c. Saling mengirim doa.

MEMELIHARA SEMANGAT PERSAUDARAAN

Bagi memastikan semangat persaudaraan akan tetap terpelihara dan berterusan di antara para pendakwah dalam kafilah dakwah ini, perkara-perkara berikut perlulah di ambil perhatian :

1. Bercita-cita dan bersemangat untuk mewujudkan persaudaraan yang benar dan sempurna di antara mereka.

2. Bersungguh-sungguh untuk tidak mengeruhkan kemurnian dan kesucian hubungan mereka sedikitpun.

3. Menyedari bahwa persaudaraan dalam agama adalah sebaik-baik wasilah yang dapat mendekatkan diri mereka kepada Allah.

4. Tetap memelihara kemuliaan darjat yang tinggi.

5. Bercita-cita untuk sentiasa memperhatikan hak-haknya sehingga mampu membersihkan perkara-perkara yang boleh mengeruhkan suasana dan dari bisikan-bisikan syaitan.


Ukhuwah Islamiyah atau persaudaraan Islam yang sejati akan panjang usianya bahkan hingga ke hari akhirat kelak bersesuaian dengan sebuah hadis Rasulullah saw :

"Di sekitar Arasy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada cemburu kepada mereka." Ketika ditanya para sahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling berkunjung kerana Allah." (HR Tirmizi)

Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang menjalinkan hubungan persaudaraan antara sesama kami semata-mata keranaMu. Sesungguhnya tiada tujuan lain kami berada di atas jalan dakwah ini melainkan untuk sama-sama menjadikan kalimahMu tinggi dan terpacak kuat di muka bumi ini. Jauhkanlah kami dari menuntut apa-apa kepentingan dari saudara-saudara kami dalam kami bersahabat dan bersaudara di jalanMu yang mulia ini.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS

IKRAM

Thursday, 7 October 2010

Menyumbang untuk dakwah


Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Dakwah adalah usaha manusia untuk mengubah diri dan lingkungannya melalui pelbagai wasilah yang ada.

Dakwah sebenarnya tidak bergantung kepada kekuatan di luar usaha manusia sebagai dasar kerjanya. Hanya sahaja seseorang yang beriman meyakini bahwa ada kekuatan-kekuatan di luar kemanusiaannya yang mampu mempengaruhi kekuatan dirinya.

Pertolongan Allah swt akan datang seiring dengan usaha-usaha kemanusiaan yang dilakukan oleh orang-orang yang beriman.

Oleh kerana itu ketika hijrah, Rasulullah saw meminta bantuan seorang pemandu jalan seraya mengharapkan kemudahan perjalanan dari Rabbnya.

Beliau melakukan perjalanan yang berliku seraya mengharapkan Allah swt menyesatkan usaha pengejaran orang-orang kafir Quraisy. Beliau bersembunyi di dalam gua sebelum Allah menutupinya dengan sarang labah-labah.

Ketika berperang, Rasulullah saw dan kaumnya mempersiapkan pedang dan perbekalan seraya mengharapkan bantuan malaikat dan hujan.

Sesuatu mesti diusahakan atau dikerahkan oleh orang-orang yang beriman dalam perjuangan dakwahnya agar kemudahan-kemudahan dakwah datang kepadanya.

Pertolongan Allah swt tidak boleh diertikan sebagai sebuah "keajaiban dari langit" yang datang dengan tiba-tiba dan begitu sahaja, meskipun perkara itu boleh sahaja berlaku menurut kehendak Allah swt jua.

Tetapi pertolongan Allah swt mesti difahami sebagai jawaban atau balasanNya terhadap usaha-usaha yang dilakukan oleh para hambaNya.

Firman Allah swt :

"Jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan langkah-langkah kamu." (QS Muhammad : 7)

SUMBANGAN DAN KEMUDAHAN

Orang-orang yang beriman, khususnya para pemikul dakwah tidak boleh bakhil terhadap apa sahaja yang dimilikinya kerana pada hakikatnya kemanfaatan itu hanya ada pada saat kehidupan di dunia ini.

Setelah mati, tidak ada sesuatu pun yang boleh diberikan oleh manusia untuk menambah timbangan kebaikannya di alam barzakh kelak.

Firman Allah swt :

"Adapun orang orang yang memberi (apa sahaja yang dimilikinya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (husna) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah, Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar. Dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila ia telah binasa." (QS Al Lail : 5 - 11)

Jadi, sebesar apa pun pemberian atau sumbangan dalam dakwah maka sebesar itu pula kemudahan yang akan diperolehi dari Allah dalam usaha meraih cita-cita dan tujuan-tujuan dakwah.

Keseimbangan antara sumbangan dan kemudahan adalah sunnatullah yang tidak boleh dibantah lagi dan perkara ini merupakan sebuah fenomena sejarah yang terang benderang bagi mereka yang mempelajari dan memahami Al-Qur'an.

Perhatikanlah keadaan perjuangan Rasulullah saw dan para sahabatnya yang di antara mereka saling berlumba-lumba memberikan sumbangannya dalam bentuk apapun di jalan dakwah yang mereka harungi.

Perhatikan pula keadaan kaum Nabi Musa as yang hanya ingin duduk-duduk sahaja sementara Nabi mereka menggadaikan badan dan nyawanya demi cita-cita dakwahnya.

Firman Allah swt :

"Maka apakah kamu melihat orang yang berpaling (dari Al Qur’an) serta memberi sedikit dan tidak mahu memberi lagi? Apakah dia mempunyai pengetahuan tentang yang ghaib sehingga dia mengetahui (apa yang dikatakan) ? Ataukah belum diberitakan kepadanya apa yang ada dalam lembaran-lembaran Musa ? dan lembaran lembaran Ibrahim yang selalu menyempurnakan janji ? (iaitu) bahwasanya seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain, dan bahwasanya seorang manusia tiada memperolehi selain apa yang telah diusahakannya dan bahwasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). Kemudian akan diberikan kepadanya balasan yang paling sempurna dan bahwasanya kepada Tuhanmulah kesudahan (segala sesuatu)" (QS An Najm : 33 - 42)

Pada hakikatnya, seseorang mesti memberikan sumbangannya dalam dakwah sekuat kemampuannya, kerana semuanya itu akan memberi kesan positif bagi kehidupan diri dan masyarakatnya.

"Barangsiapa yang berbuat sebesar zarrah dari kebaikan maka ia pasti akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang berbuat sebesar zarrah dari kejahatan maka ia pasti akan melihat (balasan)nya pula." (QS Al Zalzalah : 7 dan 8)

Pemberian yang ikhlas, hanya semata-mata mengharapkan rahmat serta balasan dari Allah swt semata-mata menjadi syarat yang mutlak bagi sumbangan dalam dakwah.

Berlakunya fenomena seseorang yang hanya dengan sumbangan yang sedikit tetapi mengharapkan hasil duniawi yang besar menunjukkan kefahamannya yang dangkal tentang nilai-nilai ajaran agama Allah ini.

Allah swt telah melarang Rasulullah saw berdakwah untuk memperolehi balasan-balasan duniawi yang nilainya sangat sempit.

Firman Allah swt :

"Dan janganlah engkau memberi (dengan maksud) memperolehi (balasan) yang lebih banyak." (QS Al Muddatsir : 6)

Hendaknya seseorang hanya mengharapkan balasan dari sisi Allah sebesar-besarnya berupa kemudahan hidup di dunia dan akhirat nanti.

Balasan atas sumbangan dakwah yang berbentuk material atau duniawi (anak, harta, kedudukan, kekuasaan, pengikut dan sebagainya) tetap sahaja akan menjadi ujian dan cobaaan yang mesti kita hadapi.

Balasan Allah swt kepada kaum muslimin dalam perang Badar berupa harta rampasan perang yang begitu banyak, akhirnya tidak dapat dikendalikan dengan baik oleh sebahagian kaum muslimin sehingga menjadi sumber fitnah pada perang Uhud.

SUMBANGAN : TANGGUNGJAWAB DAN PENGORBANAN

Seseorang lahir ke dunia tanpa ada peranan sedikitpun dari dirinya sendiri.

1. Ia bukanlah apa-apa sebelum kedua orang tuanya dengan izin Allah mempertemukan sperma dan sel telurnya.

2. Ia bukanlah apa-apa sebelum Allah swt meniupkan roh kepadanya dan memproses secara sempurna bentuk fizikalnya sehingga ia mempunyai kemampuan penghayatan, intelektual dan indera.

Allah swt juga telah membentangkan alam semesta untuk manusia sehingga dengan kreativitinya mampu memberikan berbagai rezeki kepadanya.

Sesungguhnya pemberian Allah swt kepada manusia adalah sesuatu yang tidak terhitung sebagaimana yang disebut dalam Al Qur'an :

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak." (QS Al Kautsar : 1)

Tetapi pada jiwa manusia memang terdapat unsur nafsu syahwat yang melahirkan "sense of belonging" atau rasa kepemilikan dan kecintaan atas segala sesuatu yang melekat pada dirinya yang masih berada dalam genggamannya atau bahkan yang berada dalam angan-angannya.

Oleh kerana itu, sumbangan adalah suatu bentuk tanggungjawab apabila dipandang dari segi bahwa yang diberikan oleh seseorang adalah sesuatu yang sesungguhnya pemberian Allah swt juga.

Manakala, sumbangan adalah suatu bentuk pengorbanan jika dilihat dari segi bahwa seseorang memang mempunyai rasa kepemilikan dan kecintaan atas apa-apa yang ada dalam genggamannya.

Semakin tinggi rasa tanggungjawab dan pengorbanan seseorang maka semakin besar pula sumbangannya terhadap dakwah Islam.

BERBAGAI BENTUK SUMBANGAN TERHADAP DAKWAH

Terdapat bermacam-macam bentuk sumbangan yang dapat dilakukan oleh seseorang di jalan dakwah ini di antaranya adalah :

1. Sumbangan Pemikiran

Sumbangan pemikiran merupakan jiwa dari perjuangan dakwah kerana nilai-nilai Islam hidup bersama hidupnya pemikiran Islam di kalangan ummat.

Ajaran Islam mampu menembusi segala ruang dan waktu yang berubah-ubah dan mampu berhadapan dengan zaman dan peradaban yang dikembangkan oleh manusia. Ia juga sentiasa siap dalam menyediakan berbagai wasilah bagi setiap sistem yang diperlukan dalam kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial dan budaya.

Ummat Islam akan mampu menjawab semua cabaran itu dengan satu senjata yang telah ditunjukkan oleh Allah swt iaitu ijtihad. Oleh kerananya, Rasulullah saw sangat menghargai proses ijtihad yang dilakukan oleh para pemikir ummat Islam sebagaimana pesanan yang disampaikannya kepada Muaz bin Jabal ketika akan membuka wilayah Yaman.

Dr Yusuf Al Qardhawi menyatakan dalam kitab `Fiqh Aulawiyyaat' :

"Yang ternampak oleh saya bahwa krisis kita yang utama adalah "krisis pemikiran". Di sana terdapat pencemaran kefahaman ramai orang tentang Islam. Kedangkalan yang nyata dalam menyedari ajaran-ajarannya serta urutan-urutannya.

Mana yang paling penting, mana yang penting dan mana yang kurang penting. Ada pula yang lemah dalam memahami keadaan masa kini dan kenyataan sekarang (fiqh al waqi').

Ada yang tidak mengetahui tentang "orang lain" sehingga kita jatuh pada penilaian yang terlalu "berlebihan" (over estimation) atau sebaliknya bersikap "bermudah-mudah" (under estimation), sementara orang lain mengerti benar siapa kita bahkan mereka dapat menyingkap kita sampai ke tulang sumsum kita.

Sehingga ke hari ini kita belum mengetahui faktor-faktor kekuatan yang kita miliki dan titik-titik kelemahan yang ada pada kita. Kita sering membesar-besarkan sesuatu yang kecil dan meremehkan sesuatu yang besar, baik dalam kemampuan mahupun dalam keaiban kita."

Sumbangan kaum muslimin dalam bidang pemikiran akan melahirkan sebuah wawasan intelektual dan peradaban Islam sebagaimana yang pernah ditunjukkan dalam sejarah peradaban manusia sejak masa Rasulullah saw hingga ke zaman khilafah-khilafah Islamiyah sesudahnya.

Oleh yang demikian, sumbangan dalam bidang pemikiran ini akan menghasilkan :

a. Buah dalam bidang keilmuan dengan berkembangnya berbagai cabang ilmu.

b. Buah dalam bidang keterampilan dengan berkembangnya berbagai keahlian budaya yang menunjang peradaban kaum muslimin.

2. Sumbangan Material (Harta Benda)

Sumbangan material merupakan kekuatan fizikal dari dakwah kerana ia akan menggerakkan perjalanan perjuangan ini.

Berbagai wasilah perjuangan diperlukan dan mesti diperolehi melalui penyediaan material dan kewangan. Oleh karena itu, berbagai persiapan dalam perkara ini telah diperintahkan oleh Allah swt sebagaimana firmanNya :

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)." (QS Al Anfal : 60)

Para sahabat telah menunjukkan betapa perjuangan dakwah mesti diikuti oleh perjuangan mengorbankan harta, bahkan kadangkala dalam jumlah yang tiada taranya.

Abu Bakar As Shiddiq ra adalah sahabat yang rela mengorbankan seluruh harta miliknya di jalan Allah.

Manakala Utsman bin Affan yang kaya raya itu juga sangat luar biasa, tanggungjawabnya dalam persoalan sumbangan material ini. Pada zaman Khalifah Umar bin Al Khattab ra, berlaku musim kemarau di mana Utsman menyumbangkan gandum yang dibawa oleh seribu ekor unta.

Sebahagian sahabat ada yang masih hidup dalam zaman kekhalifahan yang memiliki harta kekayaan negara yang sangat banyak sehingga mereka sempat hidup dalam keadaan makmur sebagai hasil perjuangan mereka namun tidak sedikit juga yang sudah lebih dulu meninggal dunia dalam keadaan penuh kekurangan.

Perjuangan yang dihidupkan tidak hanya dengan semangat dan pemikiran, tetapi dengan dukungan material yang kuat akan mampu mengimbangi kekuatan musuh-musuh yang seringkali memiliki kemudahan yang lengkap dan hebat.

Perhatian dalam perkara ini adalah sebuah kewajiban yang asasi kerana ini merupakan tuntutan sunatullah. Inilah yang ditunaikan oleh Umar bin Al Khattab ra ketika menghasilkan senjata-senjata perang atau Utsman bin Affan ra ketika membangun angkatan laut yang kuat di bawah pimpinan Muawiyah.

3. Sumbangan Jiwa

Sumbangan jiwa boleh berbentuk pengorbanan untuk menundukkan dorongan-dorongan nafsunya yang memerintahkan kepada keburukan dan menyerahkannya kepada ketaqwaan. Sesungguhnya ini adalah sumbangan yang mendasari seluruh sumbangan lainnya.

Seseorang mesti mengatasi keinginan-keinginan untuk membesarkan dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum mahu berkorban bagi pihak lain. Ia mesti membebaskan dirinya dari sifat bakhil yang mengongkong jiwanya samada dalam aspek material ataupun bukan material.

Sumbangan terbesar yang diberikan oleh seseorang kepada dakwah apabila ia rela bukan sahaja menundukkan jiwa kebakhilannya, tetapi bahkan melepaskan jiwanya itu sendiri dari badannya demi perjuangan dakwah.

Inilah cita cita terbesar dari seorang pejuang dakwah yang diikrarkannya tatkala ia mulai melangkahkan kakinya di jalan dakwah.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka, Mereka berperang pada jalan Allah lalu mereka membunuh atau terbunuh, (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."(QS At Taubah : 111)

Termasuk dalam sumbangan jiwa ini adalah sumbangan atau pengorbanan :

a. Waktu.

b. Kesempatan.

yang dimiliki seseorang dalam perjalanan kehidupannya.

Waktunya tidak akan dibelanjakan kepada perkara-perkara yang tidak memiliki aspek dakwah.

Ia juga tidak akan menciptakan atau mengambil kesempatan-kesempatan dalam kehidupannya kecuali yang bernilai akhirat.

Ini adalah kerana, hanya dengan cara itulah ia mampu mengisi perjalanan jiwanya dengan tenang sehingga nanti, Allah swt memanggil jiwanya dan menyatakan selamat tinggal kepada jasadnya yang fana dan akan menjadi tanah.

"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhaiNya, Maka masuklah ke dalam jamaah hamba hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu." (QS Al Fajr : 27-30)

Ya Allah, kami memahami bahwa semua nikmat-nikmat yang kami perolehi adalah bersumber dariMu. Maka berilah kekuatan kepada kami supaya kami tidak bakhil dan merasa mudah pula untuk mengorbankannya dan menyumbang kepada penegakan agamaMu di muka bumi ini kerana sesungguhnya kami memahami bahwa pertolonganMu akan datang apabila kami juga berusaha untuk menolong dan memperkuatkan DeenMu serta berjuang supaya kalimahMu akan tetap tinggi.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS

by IKRAM SELANGOR

Monday, 27 September 2010

Siapa ikon kita?

Monday, 6 September 2010

Dua perkara dalam berdakwah

Taken from http://www.dakwatuna.com/2010/dua-perkara-niat-dan-persatuan/

Dua Perkara: Niat Dan Persatuan

26/6/2010 | 14 Rajab 1431 H | Hits: 2.189
Oleh: Mochamad Bugi
Kirim Print

dakwatuna.com - Ada dua perkara yang harus selalu ditegakkan para dai dalam berdakwah: meluruskan niat dan merapatkan barisan.

Niat adalah hal yang sangat mendasar dalam ajaran Islam. Seluruh amal perbuatan kita tanpa niat tidak akan diterima Allah swt. Bahkan, niatlah yang menjadi pembeda mana amal yang bersifat ibadah dan mana yang bukan. Mandi pagi bisa bernilai ibadah, bisa juga hanya rutinitas sehari-hari, itu tergantung apa yang kita niatkan saat melakukannya.

Karena itu, meluruskan niat merupakan perkara yang mendasar. Apakah niat kita dalam berdakwah? Sudahkan Lillahi Ta’ala. Ikhlas hanya mengharapkan mardhatillah, keridhaan Allah. Bukan karena mengincar jabatan, kekayaan, popularitas, atau mengejar wanita yang ingin diperistri, seperti yang diilustrasikan Rasulullah saw. dalam hadits tentang niat.

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا
أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Semua perbuatan tergantung niatnya, dan (balasan) bagi tiap-tiap orang (tergantung) apa yang diniatkan; barangsiapa niat hijrahnya karena dunia yang ingin digapainya atau karena seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa dia diniatkan. (Bukhari)

Jika niat kita ikhlas Lillahi Ta’ala, maka itulah perjanjian kita di hadapan Allah swt. Lantas, sudahkan kita teguh dengan al-ahd (perjanjian) itu? Allah swt. mengabarkan kepada kita tentang para dai sebelum kita. Mereka memiliki keteguhan dalam memegang janjinya. “Diantara orang-orang mukmin itu ada golongan yang membenarkan janjinya kepada Allah, sebagian diantaranya telah menunaikan janjinya (dengan menemui kesyahidan) dan sebagian lagi masih menanti, tanpa mengubah janji itu sedikitpun”. (Al Ahzab: 23)

Karena itu, tak salah jika kita selalu mengulang-ulang ikrar keikhlasan janji kita di setiap kali menunaikan shalat, “Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku untuk Allah Pencipta alam semesta.” (Al-An’am: 162). Secara sadar kita meluruskan niat kita dalam sehari setidaknya lima kali.

Benarkah seluruh kehidupan kita akankah kita korbankan untuk kehidupan tak ada batasnya di akhirat nanti? Atau, hanya untuk mengejar kedudukan di dunia? Orang yang cerdas pasti tidak mau. Sebab, kita tahu nilai dunia itu tidak seberapa. Kata Nabi saw.,

لَوْ كَانَتْ الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ اللَّهِ جَنَاحَ بَعُوضَةٍ مَا سَقَى كَافِرًا مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ

“Seandainya dunia ini ditimbang, maka nilainya di sisi Allah sama seperti salah satu sayap nyamuk. Allah tidak akan memberikan di dunia ini, walaupun seteguk air saja, untuk orang-orang yang ingkar.” (H.R. Tirmidzi, no. 2242, shahih gharib)

Selain itu, dari ayat 23 surat Al-Ahzab, kita juga mengambil pelajaran bahwa al-istimroriyah, kontinuitas di jalan dakwah, adalah termasuk dalam salah satu perjanjian kita di hadapan Allah. Dan memang begitulah yang dicontohkan oleh para dai generasi awal Islam yang dibimbing oleh Rasulullah saw. Mereka tidak kenal lelah dan putus asa. Sahabat-sahabat Nabi saw. menjalani setiap fase dakwah berikut cobaan demi cobaan berat yang harus mereka lalui.

Kepada mereka, Rasulullah saw. menceritakan pengalaman dai generasi sebelumnya. Mereka ada yang digergaji, tetapi mereka tetap sabar. Itu bukan untuk menganggap kecil cobaan yang dihadapi oleh para sahabat. Fitnah yang mereka terima bukan hanya berupa intimidasi kata-kata, tetapi sudah berlumuran darah.

Apa yang membuat para sahabat bisa demikian teguh di medan dakwah? Husnu tsiqah dan bersandar terus kepada Allah Ta’ala lah yang memberikan ketenangan kepada mereka semua untuk terus langkah. Dengan begitu mereka bisa tenang dan tegar, meski zaman ini cepat sekali berubah tanpa terasa. Seorang tabi’in (generasi setelah sahabat Nabi) berkata, “Ayahku bercerita kepadaku: ‘Aku melihat Romawi menjatuhkan Persia, kemudian aku melihat pula Persia menjatuhkan Romawi. Dan, akhirnya aku melihat Islam meruntuhkan kedua-duanya hanya dalam waktu 15 tahun saja”. Tumbangnya Persia dan Romawi oleh kekuatan Islam hanya memakan waktu tak lebih dari 15 tahun. Begitulah capaian dakwah yang diasung oleh dai-dai yang ikhlas, teguh dalam memegang perjanjiannya dengan Allah, dan beramal secara kontinu tiada henti. Itulah buah dari kekuatan iman.

Namun bila hasil dakwah yang ditargetkan tidak seperti yang diharapkan, seorang dai masih bisa berharap mudah-mudahan kecapaian dan kelelahannya dalam berdakwah semuanya dihitung di sisi Allah Ta’ala, sekurang-kurangnya sebagai kaffaratun li adz dzunub (menghapus dosa). Begitulah yang disabdakan Rasulullah saw. dalam hadits nomor 5210 yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan keletihan, kekhawatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus dosa-dosanya.”

Bukankah penghapusan dosa itu sudah lebih bagus daripada sekadar mendapat jabatan dunia. Khairun min ad-dunya wa maa fiiha (lebih baik dari dunia dan seisinya). Setiap hari berapa dosa yang kita pikul? Jika Allah mengampuninya, itu lebih baik dari segala-galanya.

*****

Perkara yang kedua yang harus selalu dilakukan oleh para dai adalah merapatkan barisan. Hal ini harus menjadi visi para dai bahwa mereka punya peran sebagai perekat umat. Karena itu, setiap dai harus punya spirit “kita bergabung dan bertemu menjadi kokoh dalam satu barisan tanpa merasa diri paling benar (‘ala ghairil ashwab), itu jauh lebih baik daripada kita terpisah-pisah dalam posisi merasa diri paling benar (ashwab)”. Begitulah perintah Allah swt. kepada kita.

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. (Ali Imran: 103)

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh. (Ash-Shaf: 4)

Suatu ketika beberapa orang sahabat datang kepada Rasulullah Saw, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Majah. “Kami semua makan, ya Rasulullah, tapi tidak pernah merasa kenyang,” kata sahabat. Coba perhatikan, bagaimana Rasulullah mengajarkan kepada kita suatu adab dan akhlak yang baik. Apa jawab Rasulullah atas pertanyaan sahabat tadi?

“Boleh jadi kamu makan sendiri-sendiri?” Beliau bertanya lebih lanjut. Maka, sahabat kemudian menjawab, “Benar, ya Rasulullah.” Maka Rasulullah bersabda: “Kullu (kalian diharuskan untuk makan) mujtami’in (bersama-sama) fa inna al barakah ma’al jama’ah (karena keberkahan selalu beserta mereka yang berjamaah).” Istilah al-jamaah yang dimaksudn adalah jama’atul muslimin. Untuk makan saja Rasulullah saw. menyuruh kita untuk berjama’ah, apalagi untuk berdakwah. Karena itu, para dai harus berperan sebagai penggalang persatuan umat. Apapun kekurangan yang terdapat dalam tubuh umat, itulah kondisi faktual yang harus kita perbaiki dalam kebersamaan. Para dai harus mengajak semua komponen umat untuk bersatu memperbaiki segenap kekurangan yang ada di tubuh umat ini.

Memang sulit menyatukan umat dalam satu barisan yang kokoh. Tapi, apa pun yang bisa kita capai dan itu belum termasuk kategori menggembirakan hasilnya, itu bukan sebuah kegagalan. Kita semua menyadari dalam kamus seorang dai tidak ada ada entri kata “kekalahan”. Para dai selalu “menang”, bila tidak di dunia, maka kemenangan di akhirat. Orang boleh menilai agenda penyatuan umat yang kita dakwahkan tidak membuahkan hasil yang signifikan, tetapi kita melihat kenyataan itu sebagai perkara yang paling baik buat kita semua saat ini.

Bisa jadi itu juga cara Allah swt. menguji keteguhan kita dalam berdakwah. Tujuannya adalah untuk memberi motivasi dan dorongan kita agar semakin gigih dalam berdakwah. Sa’id Hawwa dalam bukunya “Al Madkhal” bercerita tentang berbagai ujian. Ia mengatakan, ”Man lam yakun lahu bidayah muhriqah laisa lahu nihayah musyriqah.” Barangsiapa tidak memulai dengan muhriqah (sesuatu yang membuat terbakar, penuh semangat dan kesusahan), maka tidak akan mendapat akhir yang musyriqah (cemerlang).”

Semoga kita bisa menegakkan dua perkara ini dalam keseharian aktivitas dakwah kita. Amin.

Wednesday, 1 September 2010

Apa itu IKRAM?

Majlis Pelancaran IKRAM

Date:
Sunday, 20 June 2010
Time:
09:00 - 14:00
Location:
Dewan Konvension Malaysia International Exhibtion and Convention Centre Jalan Dulang Mines Resort City 43300 Seri Kembangan

Description

apa itu IKRAM?

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

MISI dan VISI?

IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:

1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

source: www.ikram.org.my

Tuesday, 27 July 2010

Ikhwah akhawat jangan cengeng!


Ada sahabat yg forward kan sajak ini....walaupun tak faham sepenuhnya, tapi boleh dapat isipatinya...sangat memuhasabahkan diri... di share disini moga2 membuka hati2 pembaca sekalian...

cengeng menurut maid bermaksud nakal...

****************************************************************************

Jadi ikhwan jangan cengeng Ya ikhwah sekalian...

____________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ _

jadi Ikhwan jangan cengeng..
Dikasih amanah pura-pura batuk..
Nyebutin satu persatu kerjaan biar dikira sibuk..
Afwan ane sakit.. Afwan PR ane numpuk..
Afwan ane banyak kerjaan, kalo nggak selesai bisa dituntut..
Afwan ane ngurus anu ngurus itu jadinya suntuk..
Terus dakwah gimana? digebuk?

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Dikit-dikit dengerin lagunya edcoustic..
udah gitu yang nantikanku di batas waktu, bikin nyelekit..
Ke-GR-an tuh kalo ente melilit..
Kesehariannya malah jadi genit..
Jauh dari kaca jadi hal yang sulit..
Hati-hati kalo ditolak, bisa sakiiiittt…
Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Dikit-dikit SMSan sama akhwat pake Paketan SMS biar murah..
Rencana awal cuma kirim Tausyiah..
Lama-lama nanya kabar ruhiyah.. sampe kabar orang rumah..
Terselip mikir rencana walimah?
Tapi nggak berani karena terlalu wah!
Akhirnya hubungan tanpa status aja dah!

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Abis nonton film palestina semangat membara..
Eh pas disuruh jadi mentor pergi entah kemana..
Semangat jadi penontonnya luar biasa..
Tapi nggak siap jadi pemainnya.. yang diartikan sama dengan hidup sengsara..
Enak ya bisa milih-milih yang enaknya aja..

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Ngumpet-ngumpet buat pacaran..
Ketemuan di mol yang banyak taman..
Emang sih nggak pegangan tangan..
Cuma lirik-lirikkan dan makan bakso berduaan..
Oh romantisnya, dunia pun heran..
Kalo ketemu Murabbi atau binaan..
Mau taruh di mana tuh muka yang jerawatan?
Oh malunya sama Murabbi atau binaan?
Sama Allah? Nggak kepikiran..
Yang penting nyes nyes romantis semriwing asoy-asoy-yaannn. .

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Disuruh infaq cengar-cengir. .
Buat beli tabloid bola nggak pake mikir..
Dibilang kikir marah-marah dah tuh bibir..
Suruh tenang dan berdzikir..
Malah tangan yang ketar-ketir. .
Leher saudaranya mau dipelintir!

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Semangat dakwah ternyata bukan untuk amanah..
Malah nyari Aminah..
Aminah dapet, terus Walimah..
Dakwah pun hilang di hutan antah berantah..
Dakwah yang dulu kemanakah?
Dakwah kawin lari.. lari sama Aminah..
Duh duh… Amanah Aminah..
Dakwah.. dakwah..
Kalah sama Aminah..

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Buka facebook liatin foto akhwat..
Dicari yang mengkilat..
Kalo udah dapet ya tinggal sikat..
Jurus maut Ikhwan padahal gak jago silat..
“Assalammu’alaykum Ukhti, salam ukhuwah.. udah kuliah? Suka coklat?”
Disambut baik sama ukhti, mulai berpikir untuk traktir Es Krim Coklat ..
Akhwatnya terpikat..
Mau juga ditraktir secara cepat..
Asik, akhirnya bisa jg ikhtilat…
yaudah.. langsung TEMBAK CEPAT!
Akhwatnya mau-mau tapi malu bikin penat..
badan goyang-goyang kayak ulat..
Ikhwannya nyamperin dengan kata-kata yang memikat..
Kasusnya sih kebanyakan yang ‘gulat’..
Zina pun menjadi hal yang nikmat..
Udah pasti dapet laknat..
Duh.. maksiat.. maksiat…

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Ilmu nggak seberapa hebat..
Udah mengatai Ustadz..
Nyadar diri woi lu tuh lulusan pesantren kilat..
Baca qur’an tajwid masih perlu banyak ralat..
Lho kok udah berani nuduh ustadz..
Semoga tuh otaknya dikasih sehat..

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Status facebook tiap menit ganti..
Isinya tentang isi hati..
Buka-bukaan ngincer si wati..
Nunjukkin diri kalau lagi patah hati..
Minta komen buat dikuatin biar gak mati bunuh diri..
Duh duh.. status kok bikin ruhiyah mati..
Dikemanakan materi yang ustadz sampaikan tadi?

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Ngeliat ikhwan-ikhwan yang lain deket banget sama akhwat mau ikutan..
Hidup jadi kayak sendirian di tengah hutan rambutan..
Mau ikutan tapi udah tau kayak gitu nggak boleh.. tau dari pengajian..
Kepala cenat-cenut kebingungan. .
Oh kasihan.. Mendingan cacingan..

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Ngeliat pendakwah akhlaknya kayak preman..
Makin bingung nyari teladan..
Teladannya bukan lagi idaman..
Hidup jadi abu-abu kayak mendungnya awan..
Mau jadi putih nggak kuat nahan..
Ah biarlah kutumpahkan semua dengan cacian makian..
Akhirnya aku ikut-ikutan jadi preman..
Teladan pun sekarang ini susah ditemukan..

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Diajakain dauroh alasannya segudang..
Semangat cuma pas diajak ke warung padang..
Atau maen game bola sampe begadang..
Mata tidur pas ada lantunan tilawah yang mengundang..
Tapi mata kebuka lebar waktu nyicipin lauk rendang..
Duh.. berdendang…

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Bangga disebut ikhwan.. hati jadi wah..
Tapi jarang banget yang namanya tilawah..
Yang ada sering baca komik naruto di depan sawah..
Hidup sekarang jadinya agak mewah..
Hidup mewah emang sah..
Tapi.. kesederhanaan yang dulu berakhir sudah?

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Dulunya di dakwah banyak amanah..
Sekarang katanya berhenti sejenak untuk menyiapkan langkah..
Tapi entah kenapa berdiamnya jadi hilang arah..
Akhirnya timbul perasaan sudah pernah berdakwah..
Merasa lebih senior dan lebih mengerti tentang dakwah..
Anak baru dipandang dengan mata sebelah..
Akhirnya diam dalam singgasana kenangan dakwah..
Dari situ bilang.. Dadaaahhh.. Saya dulu lebih berat dalam dakwah..
Lanjutin perjuangan saya yah…

Jadi Ikhwan jangan cengeng..
Nggak punya duit jadinya nggak dateng Liqo..
Nggak ada motor yaa halaqoh boro-boro..
Murabbi ikhlas dibikin melongo..
Binaan nggak ada satupun yang ngasih info..
Ngeliat binaan malah pada nonton tv liat presenter homo..
Adapula yang tidur sambil meluk bantal guling bentuk si komo..

Oh noo…

Jadi Ikhwan jangan cengeng…
Jadi Ikhwan jangan cengeng…
Jadi Ikhwan jangan cengeng…
Jadi Ikhwan jangan cengeng…
Jadi Ikhwan jangan cengeng…

Akhi… banyak sekali sebenarnya masalah Ikhwan..
Dimanapun harokahnya…

Akhi.. Di saat engkau tak mengambil bagian dari dakwah ini..
Maka akan makin banyak Ikhwan lain yang selalu menangis di saat mereka mengendarai motor.. Ia berani menangis karena wajahnya tertutup helm… Ia menangis karena tak kuat menahan beban amanah dakwah..

Akhi.. Di saat engkau kecewa oleh orang yang dulunya engkau percaya.. Ikhwan-ikhwan lain sebenarnya lebih kecewa dari mu.. mereka menahan dua kekecewaan.. kecewa karena orang yang mereka percaya.. dan kecewa karena tidak diperhatikan lagi olehmu.. tapi mereka tetap bertahan.. menahan dua kekecewaan… karena mereka sadar.. kekecewaan adalah hal yang manusiawi.. tapi dakwah harus selalu terukir dalam hati..

Akhi.. disaat engkau menjauh dari amanah.. dengan berbagai alasan.. sebenarnya, banyak ikhwan di luar sana yang alasannya lebih kuat dan masuk akal berkali-kali lipat dari mu.. tapi mereka sadar akan tujuan hidup.. mereka memang punya alasan.. tapi mereka tidak beralasan dalam jalan dakwah.. untuk Allah.. demi Allah.. mereka.. di saat lelah yang sangat.. masih menyempatkan diri untuk bangun dari tidurnya untuk tahajjud.. bukan untuk meminta sesuatu.. tapi mereka menangis.. curhat ke Allah.. berharap Allah meringankan amanah mereka.. mengisi perut mereka yang sering kosong karena uang habis untuk membiayai dakwah…

Akhi.. Sungguh.. dakwah ini jalan yang berat.. jalan yang terjal.. Rasul berdakwah hingga giginya patah.. dilempari batu.. dilempari kotoran.. diteror.. ancaman pembunuhan….. dakwah ini berat akhi.. dakwah ini bukan sebatas teori.. tapi pengalaman dan pengamalan… tak ada kata-kata ‘Jadilah..!’ maka hal itu akan terjadi.. yang ada ‘jadilah!’ lalu kau bergerak untuk menjadikannya. . maka hal itu akan terjadi.. itulah dakwah… ilmu yang kau jadikan ia menjadi…

Akhi.. jika saudaramu selalu menangis tiap hari..
Bolehkah mereka meminta sedikit bantuanmu..? meminjam bahumu..? berkumpul dan berjuang bersama-sama…?
Agar mereka dapat menyimpan beberapa butir tangisnya.. untuk berterima kasih padamu..
Juga untuk tangis haru saat mereka bermunajat kepada Allah dalam sepertiga malamnya..
“Yaa Allah.. Terimakasih sudah memberi saudara seperjuangan kepadaku.. demi tegaknya Perintah dan laranganMu… Kuatkanlah ikatan kami…”

“Yaa Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta kepada-Mu, bertemu dalam taat kepada-Mu, bersatu dalam da’wah kepada-Mu, berpadu dalam membela syariat-Mu.”

“Yaa Allah, kokohkanlah ikatannya, kekalkanlah cintanya, tunjukillah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan cahaya-Mu yang tidak pernah pudar.”

“Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal kepada-Mu. Hidupkanlah hati kami dengan ma’rifat kepada-Mu. Matikanlah kami dalam keadaan syahid di jalan-Mu.”

“Sesungguhnya Engkaulah Sebaik-baik Pelindung dan Sebaik-baik Penolong. Yaa Allah, kabulkanlah. Yaa Allah, dan sampaikanlah salam sejahtera kepada junjungan kami, Muhammad SAW, kepada para keluarganya, dan kepada para sahabatnya, limpahkanlah keselamatan untuk mereka.”

Friday, 23 October 2009

Dr. Reda Bedeir

Semalam pegi dgr ceramah tentang ' A muslim who weight a nation" by Dr. Reda Bedeir...best sgt,

kat bawah ni jumpa ceramah dia, selamat mendengar



Lecture delivered on 17 May 2008. Dr. Reda Bedeir is an Instructor and the Muslim Chaplain at both the University of Calgary and Mount Royal College in Calgary, Alberta, Canada. He teaches Islamic and Arabic courses. He is the Imam of Calgary Islamic Centre. He delivers lectures, sermons, and public speeches and participates in dialogues at mosques, churches and temples. He concludes marriage and offers counseling for the Muslim community in Calgary. He obtained a B.A. degree in English and a M.A. degree in Simultaneous Translation between Arabic and English and vice versa from the Faculty of Tongues, Ain Shams University, Egypt. Dr. Bedeir obtained his Ph.D. degree in Applied Linguistics & Islamic Studies from Al-Azhar University, Egypt where he has worked as an Associate Professor of Linguistics and Islamic Studies and the chairman of the English Department, Faculty of Humanities. He is a Fulbright senior scholar who taught Islamic courses and started an Arabic Program at Wake Forest University in North Carolina in USA in 2004. He is also an Associate Professor with the Sharia Academy of America where he teaches Islamic studies online. He has written and published a number of papers on Linguistics and Islam. Moreover, he is also an interpreter with the WHO. He translated a number of books from Arabic into English and vice versa.«

Thursday, 8 October 2009

Salamatussodr


Firman Allah s.w.t :

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri ” (Al Fath: 29)


Telah termaktub dalam Al Quran sifat2 org mukmin ...dengan org kafir yg memusuhi Islam mrk bersikap keras dan org yg sama apabila berjumpa sesama muslim berbeda pula wataknya, mereka bertukar menjadi bersikap kasih sayang dan belas kasihan sesama saudara seaqidah..

Kadang-kadang kita dalam kehidupan sehari mungkin terlepas pandang konsep dan akhlaq ini...kita boleh memberi senyuman yg manis kepada kafir yg memusuhi Islam (dgn niat nak potrait yg muslim ni friendly) walhal sesama muslim kita tiada sikap kasih sayang dan mercy tersebut...

Dalam konteks kita berdakwah pun begitu juga...kita semua sgt berkobar2 untuk menggapai redha Allah, menyampaikan Islam kepada umat manusia, tapi dalam kita berusaha menyampaikan dakwah kita, jangan lupa juga kriteria sifat mukmin yg perlu ada pada kita, belas kasihan dan kasih sayang sesama kita....

Another reminder drp rasul junjungan kita Muhammad s.a.w:

Rasulullah SAW bersabda “Janganlah kalian saling dengki mendengki, dan janganlah kalian saling bersaing dalam penawaran, dan janganlah kalian membenci, dan janganlah kalian saling belakang-membelakangi, dan janganlah sebagian kalian menjual atas penjualan sebagian yang lain.

Dan jadilah kalian hamba Allah yang saling bersaudara. Seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain, tidak boleh mendzaliminya, tidak boleh menelantarkannya (tidak memberi pertolongan kepadanya) dan tidak boleh merendahkannya,

takwa itu disini (sambil menunjuk ke dadanya, beliau ucapkan kata-kata itu tiga kali). Cukuplah sebagai kejahatan seseorang, kalau ia menghina saudaranya sesama muslim. Setiap orang muslim haram darahnya, hartanya dan kehormatannya atas orang muslim yang lain.”
(shahih Muslim 16/120)

Jelas drp hadith diatas tentang bagaimana akhlaq org2 Islam sesama Islam...antara yg sy nak tekankan kat sini ialah, tidak merendahkan sesama saudara seaqidah...biarpun mereka berlainan drp kita, berlainan gerak kerja dan cara namun hakikatnya cita2 mrk satu masih satu, mendamba redha Allah yg Satu... kita masih lagi seaqidah...ingin juga saya quote ayat drp surah Al Hujurat :

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka

dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka

dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.... (Al Hujurat : 11)

Ayat diatas ini juga menyatakan firman Allah taala yg melarang kita umat Islam drp mencemuh dan merendah-rendahkan pihak yg lain...beratnya saranan Allah taala ini, hingga mengulangnya pula khas buat kaum wanita, janganlah kamu mencemuh dan merendah2kan sekumpulan perempuan yg lain...sudah jelas lagi bersuluh...sama-sama kita muhasabah diri kita drp termasuk golongan2 ini...

Besar hati saya utk quote kan kata2 Imam Hasan Al Banna :

"Terikatnya hati-hati dengan ruh-ruh ini dgn ikatan akidah, kerana akidah itu adalah ikatan paling kuat dan mahal. Ukhuwah itu saudara iman, perpecahan itu saudara kekufuran. Kekuatan yg pertama adalah kekuatan kesatuan dan tidak wujud tanpa kasih sayang. Serendah-rendah ukhuwah itu adalah berlapang dada, dan setinggi-tingginya adalah 'ithar' (melebihkan kepentingan saudara lain)-ISHAB

Moga kita semua sekoman komannya la ada paling rendah tingkatan ukhuwwah, iaitu berlapang dada (salamatussodr) dan kita berusaha utk capai setinggi2 ukhuwwah iaitu Ithar, inshaAllah..

Jangan sampai yg paling koman pun kita takde, walhal kita mendabik dada kononnya kita lah yg meneruskan perjuangan Islam, nauzubillahi min zalik...

Monday, 7 September 2009

Menyelusuri seerah Abu Ayyub Al Ansori dan jejak Istanbul


Mari kita mengenali Abu Ayyub Al Ansori...inshaAllah kami berdua akan ke istanbul tidak lama lagi...di situ terdapat kubur sahabat Rasulullah s.a.w yg tercinta...Moga bertambah iman kami dengan ziarah tersebut...

Di ambil drp : http://www.ustazamin.com/2009/07/sirah-7-kenangan-abu-ayub-al-ansari.html

---------------------------------------------------------------------------------------

Tak kenal maka tak cinta, begitulah pepetah Melayu memberi kiasan. Saya banyak kali menyebut mengenai Saidina Abu Ayub al-Ansari ini tetapi belum pernah menulis mengenainya lagi. Kesempatan kali ini, mari kita kongsikan sedikit sirah mengenai Abu Ayub al-Ansari

Nama sebenar beliau ialah Khalid bin Zaid bin Kulaib dari Banu Najjar. Beliau merupakan salah seorang sahabat yang utama dan paling rapat kepada Nabi SAW.


Ketika Rasulullah SAW sampai di Madinah di dalam peristiwa hijrah, baginda disambut dengan gembira oleh orang-orang Ansar di Madinah. Hati mereka berada bersama-sama baginda dan mata mereka sentiasa mengikuti pererakan baginda dengan rasa penuh cinta dan kebaktian. Mereka ingin memberi baginda sambutan yang amat baik sekali pernah diberikan oleh seseorang.

Pada mulanya, Rasulullah SAW berhenti di Quba yang terletak dekat pinggir kota Madinah dan tinggal di sana selama beberapa hari. Perkara pertama yang dilakukannya ialah membina sebuah masjid sebagaimana dijelaskan dalam al-Qur’an:

“Masjid yang didirikan atas dasar taqwa.” (At-Taubah: 108)

Nabi SAW memasuki kota Madinah dengan menunggang untanya. Para pemimpin Madinah berdiri di sepanjang jalan, setiap orang berharap untuk mendapatkan penghormatan dari Nabi SAW agar baginda ingin singgah dan bermalam di rumahnya. Seorang demi seorang berdiri di jalan yang dilalui oleh unta baginda. Mereka semua berkata:

“Tinggallah bersama kami, hai Rasulullah.”

Rasulullah SAW akan menjawab:

“Biarkanlah unta ini berjalan semahunya.”

Unta itu terus berjalan, diikuti dengan rapat para penduduk Madinah. Setiap kali ia melewati sebuah rumah, tuan rumah tersebut merasa sedih dan kecewa manakala orang-orang yang rumahnya menunggu giliran untuk dilalui oleh unta itu sentiasa mengharap-harap agar ia berhenti di depan pintu mereka. Unta itu meneruskan perjalanannya dengan diikuti oleh orang ramai sehingga ia berhenti di atas sebidang tanah di depan rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Namun, Rasulullah SAW tidak turun dari untanya itu.

Selepas beberapa ketika, unta itu berjalan semula, Rasulullah SAW membiarkan tali kekangnya terlepas. Walau bagaimana pun, tidak lama kemudian ia berpusing semula dan berhenti di atas tanah tadi. Hati Abu Ayyub dipenuhi dengan kegembiraan. Beliau keluar mendapatkan Nabi SAW dan menyambutnya dengan ghairah sekali. Beliau mengangkat barang-barang Nabi sambil merasakan bahawa beliau sedang membawa harta yang paling berharga sekali di dunia ini.

Rumah Abu Ayyub memiliki dua tingkat. Beliau telah mengosongkan tingkat atas dan semua milik keluarganya supaya Nabi SAW boleh tinggal di situ. Namun Nabi SAW lebih suka tinggal di tingkat bawah. Malam pun sampai dan Nabi SAW berehat. Tetapi apabila mereka telah menutup pintu, Abu Ayyub menoleh ke arah isterinya lalu berkata:

“Celakalah kita! Apa yang telah kita lakukan? Rasulullah SAW berada di bawah dan kita ada di atasnya! Adakah kita berjalan di atas Rasulullah SAW! Adakah kita menghalang wahyu?! Jika benar, maka binasalah kita!”

Pasangan suami isteri itu menjadi bertambah bimbang tidak tahu apa yang harus dilakukan. Mereka hanya dapat sedikit akal bila mereka bergerak ke tepi rumah supaya tidak betul-betul berada di atas Nabi. Mereka juga berhati-hati supaya berjalan di tepi-tepi sudut lantai dan tidak di tengah-tengahnya. Pada keesokan paginya, Abu Ayyub menemui Rasulullah SAW lalu berkata:

“Demi Allah, kami tidak dapat melelapkan mata sedikit pun malam tadi, begitu juga dengan Ummu Ayyub.”

“Mengapa hai Abu Ayyub?” Tanya Rasulullah, hairan.

Abu Ayyub pun menerangkan kebimbangan mereka kerana berada di atas manakala baginda pula berada di bawah, dan mungkin mereka juga boleh menghalang wahyu.

“Janganlah bimbang, hai Abu Ayyub,” kata Nabi SAW, “Kami lebih suka tinggal di tingkat bawah kerana ramai orang yang akan menziarahi kita.”

“Kami akur dengan kehendak Rasul,” jawab Abu Ayyub.

Abu Ayub ada menceritakan satu kisah:-

“Pada suatu malam yang sejuk, sebuah kendi kami telah pecah dan air mengalir di atas lantai atas. Ummu Ayyub dan aku memandang air tersebut. Kami hanya memiliki sehelai kain baldu yang kami gunakan sebagai selimut. Kami pun menggunakannya untuk mengelap air itu kerana bimbang ia menyerap ke bawah dan terkena pada Nabi SAW. Pada waktu pagi, aku mendapatkan baginda lalu berkata:

`Aku tidak senang berada di atasmu.’

Dan memberitahunya apa yang telah terjadi. Baginda menerima keinginanku dan kami pun berpindah tempat.”

Rasulullah SAW tinggal di rumah Abu Ayyub selama hampir tujuh bulan sehingga masjid yang dibinanya telah siap di atas tanah tempat unta baginda berhenti. Baginda berpindah ke bilik yang dibina di sekeliling masjid tersebut untuk diri dan keluarganya. Dengan demikian, baginda menjadi jiran Abu Ayyub. Alangkah beruntungnya kerana mendapat jiran semulia itu!


Abu Ayyub sangat mencintai Nabi SAW dengan seluruh hati dan nabi SAW juga amat mencintainya. Tidak ada peraturan rasmi di antara mereka. Nabi SAW terus menganggap rumah Abu Ayyub seperti rumahnya sendiri.

Pada suatu hari, Abu Bakar keluar dari rumahnya di waktu tengahari yang terik lalu pergi ke masjid. Umar terlihatnya lalu bertanya:

“Hai Abu Bakar, apa yang membuat engkau keluar pada waktu begini?”

Abu Bakar mengatakan bahawa dia terlalu lapar, lalu Umar pun turut mengakui dirinya juga kelaparan. Rasulullah SAW terserempak dengan mereka lalu bertanya:

“Apa yang membuat kamu berdua keluar dari rumah pada waktu begini?”

Mereka memberitahu baginda lalu baginda berkata:

“Demi Tuhan yang jiwaku di tanganNya, hanya laparlah yang membuat aku keluar juga. Marilah bersamaku.”

Mereka pun pergi ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Kebetulan, Abu Ayyub sedang bekerja di kebun kurma berdekatan. Beliau mendengar suara Nabi SAW lalu segera datang.

“Selamat datang kepada Rasul dan siapa saja yang bersamanya,” katanya lalu meneruskan, “hai Rasulullah, biasanya engkau tidak datang pada waktu begini.”

Abu Ayyub selalu menyimpan sedikit makanan untuk Nabi setiap hari. Jika Nabi tidak datang, maka Abu Ayyub memberikan makanan tersebut kepada keluarganya.


Abu Ayyub keluar dan memotong setandan kurma yang di dalamnya ada kurma masak dan ada kurma yang setengah masak.

“Aku tidak mahu engkau memotong yang ini,” kata Nabi, “Mengapa engkau tidak bawakan kurma yang masak saja?”

Abu Ayyub berkata:

“wahai Rasulullah, silakanlah makan kurma yang telah masak dan yang setengah masak ini. Aku akan menyembelih seekor kambing untukmu.”

“Kalau begitu, jangan sembelih kambing yang ada susu,” pesan baginda.

Abu Ayyub menyembelih seekor anak kambing, memasaknya separuh dan memanggang yang separuh lagi. Beliau juga meminta isterinya supaya membuat roti kerana isterinya pandai dalam hal itu.

Bila makanan telah siap, ia dihidangkan di depan Nabi SAW dan kedua-dua orang sahabatnya itu. Nabi mengambil sekeping daging, meletakkannya ke atas roti lalu berkata:

“Wahai Abu Ayyub, bawakanlah ini kepada Fatimah, dia tidak makan seperti ini selama beberapa hari.”

Apabila mereka selesai makan dan merasa puas, Nabi SAW berkata:

“Roti dengan daging, busr dengan rutb!”

Kemudian air mata mengalir dari kelopak matanya. Baginda berkata lagi:

“Ini adalah nikmat yang akan ditanyakan kepada kamu pada hari kiamat kelak. Maka jika kamu makan nikmat itu, ucapkanlah bismillah dan bila selesai katakanlah Alhamdulillahillazi huwa ashba’na wa an’ama a laina (Segala puji bagi Allah yang telah mencukupkan kami dan menganugerahkan nikmat ke atas kami). Ini adalah baik.”

Itulah imbasan terhadap kehidupan Abu Ayyub sehari-harian. Beliau juga mempunyai karier ketenteraan yang tersendiri. Banyak dari masanya dihabiskan sebagai seorang pahlawan sehingga dikatakan mengenainya:

“Beliau tidak terlepas dari semua pertempuran yang disertai oleh kaum Muslimin sejak dari zaman Nabi SAW sehinggalah zaman Muawiyah melainkan beliau terlibat semuanya.”


Misi ketenteraan terakhir yang disertainya ialah yang disediakan oleh Muawiyah dan dipimpin oleh anaknya, Yazid untuk menentang Konstantinopel. Pada waktu itu, Abu Ayyub sudah sangat tua, hampir berusia lapan puluh tahun. Tubuhnya kurus kering kerana diserang sakit malaria. Tetapi hal itu tidak menghalangnya daripada menyertai pasukan tentera dan menyeberangi lautan untuk berjihad di jalan Allah. Tidak lama selepas terlibat dalam peperangan itu, Abu Ayyub jatuh sakit dan terpaksa berundur dari berjihad. Namun begitu, beliau tetap berada di atas kudanya dalam keadaan seperti melekat.

Yazid datang mendapatkannya lalu bertanya:

“Wahai Ayahanda Abu Ayyub, adakah ayahanda memerlukan sesuatu?”

“Hai Yazid, sampaikanlah salamku kepada tentera Muslimin dan katakan kepada mereka bahawa Abu Ayyub menyuruh kamu supaya menyerbu masuk ke dalam kawasan musuh sejauh yang boleh, bawalah dia dan kebumikan dia di bawah dinding kota Konstantinopel, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa seorang lelaki yang soleh akan syahid dan dikebumikan di bawah dinding tersebut.”

Kemudian beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Tentera Muslimin melaksanakan keinginan sahabat Nabi yang agung itu. Mereka berjaya mengundurkan tentera musuh dalam serangan demi serangan sehingga mereka sampai ke dinding kota Konstantinopel. Di sana, mereka mengebumikan jasad beliau.

Kaum Muslimin mengepung kota tersebut selama empat tahun tetapi akhirnya berundur.

Rupanya, janji Nabi mengenai kemenangan ke atas kota Konstantinople ini benar. Ia disempurnakan oleh Sultan Muhamad al-Fateh.

--------------------------------------------------------------------------------------

From wikipedia :

Beliau terlibat dalam peperangan menentang kerajaan Rom Byzantine sejak mula perjuangan hinggalah ke zaman pemerintahan Muawiyah. Beliaulah yang diisyaratkan oleh baginda dalam hadisnya yang bermaksud:

"Seorang lelaki yang soleh akan syahid dan akan dikuburkan di bawah kubu kota Konstantinopel"[1]

Turki Uthmaniyyah mengangkat beliau sebagai idola dalam usaha pembebasan kota Konstantinopel ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih.

Tuesday, 14 July 2009

Doa solat istikharah

Doa solat istikharah:


“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepadaMu dengan ilmu pengetahuanMu dan aku mohon kekuasaanMu (untuk mengatasi persoalanku) dengan kemahakuasaanMu.

Aku mohon kepadaMu sesuatu daripada anugerahMu Yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa sedang aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak mengetahui dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal yang ghaib.

Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa urusan ini (di sini, orang yang mempunyai hajat hendaknya menyebutkan persoalannya) adalah baik untuk agamaku, kehidupanku, dan akibatnya terhadap diriku, di dunia atau akhirat, maka takdirkanlah untukku, mudahkan jalannya, kemudian berikanlah keberkatan.

Akan tetapi apabila Engkau mengetahui bahwa persoalan ini berbahaya bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan akibatnya terhadap diriku, maka jauhkanlah persoalan tersebut dariku dan jauhkanlah aku darinya, takdirkan kebaikan untukku di mana pun ia berada, kemudian berilah kerelaanMu kepadaku”

(HR. al-Bukhari)

Tuesday, 7 July 2009

Pabila hidayah menyapa ku


Di sini saya nak mengambil kesempatan untuk berkongsikan pengalaman saya ketika hidayah mula menyerap di dalam hati ini....

Sedikit latar belakang kehidupan saya....

Saya alhamdulillah lahir dan dibesarkan dalam keluarga yg amat menitik beratkan agama...daripada kecil lagi kami adik beradik di ajar membaca quran, solat puasa....jika ayah free, ayah akan mengimamkan solat kami sekeluarga...datuk saya sebelah ayah, yg kami panggil Tok Ayah merupakan imam di kampung kami, beliau belajar agama di Mekah selama 20 tahun dan akhirnya pulang semula ke kampung bila beliau berumur 40 tahun dan menikah dengan nenek saya...moga Allah mengampuni segala dosa2 mrk...amin...

Alhamdulilalh drp sekolah rendah saya bukanlah jenis yg suka memberontak...saya biasa menurut aje apa2 undang2 yg ada dan dan minat dan kecenderungan kepada agama sudah timbul...minat ini dipupuk dan ditimba ketika belajar sekolah petang di Masjid Raja, K Trg...saya amat berterima kasih kepada ustaz yg mengajar kami ketika itu, Ustaz Kamal...moga Allah memberkatinya selalu...

Sekolah menengah pula saya alhamdulillah masuk ke sekolah agama (SHAMS)....saya masih seperti biasa, baik...tak melawan dan ikut semua perintah....kemudian sy meneruskan pelajaran ke MRSM Taiping dan akhirnya mendapat tawaran ke UK...

Pada mulanya saya tidak mahu mengambil peluang belajar ke UK...saya nak ke UTM sahaja, sebab kawan2 ramai ke sana...huhu...namun ayah berkeras saya mengambil peluang ini dan ditambah pula family saya akan ke UK dalam 2 bulan selepas sy sampai kerana ayah membuat phD....akhirnya saya ke UK jua pada bulan Januari 1998.

Permulaaan hidup di UK...

Saya masih ingat lagi, kami ditempatkan di Leamington Spa utk membuat A-levels...Batch kami hanya 3 org perempuan melayu di sana...Ainil, Dolly dan saya...pada akhir 90an tersebut masih sukar utk mendapatkan makanan halal...di Leamington spa ketika itu tiada kedai yg menjual daging halal, jadi kami terpaksa naik bas lebih 40 minit ke Coventry atau Birmingham utk membeli makanan halal...perit juga la rasa, sbb nye sekali pergi beli banyak barang, nak angkut berat2 atas bas lagi...huhu...oh ye, masa tu, label suitable for vegetarian belum mula...so, kami terpaksa baca ingredient satu persatu..dan seingat saya sebesar2 Asda tu, hanya satu biskut je yg dapat kami makan, bourbon! hehehe

Anyway...dalam masa nak menyesuaikan diri di sana, kami terjumpa senior setahun drp kami...mereka ramai dalam 10 orang kesemuanya...kami pun menceritakan kesusahan kami utk beli makanan halal...lantas mereka dengan beriya-riya memberitahu kami ada seorang kakak drp coventry yg selalu datang ke Leamington Spa yg boleh dipesan makanan halal...kami pun gembira yg amatnye la...hehhe..Senior kami di sana tu, erm, sosial gak la...keluar laki perempuan tu perkara biasa, ada boyfren girlfren tu benda kecik sahaja...kami yg junior ni jenis skema2 sket....anyway...senior kami tu kata, kakak tu datang ke kampung kami tu untuk membawa usrah...

Berjinak dengan Usrah .....

Kami kata la kat senior takpe la, kami ok je nak join usrah...jadi akak tu pun datang la ke rumah kami...(of course dengan membawa daging halal dan juga makanan2 yg best2, huhu).. Kami time tu x pandai masak langsung...jadi bila dapat makan masakan melayu proper, punya lah bersyukur :) Kami mula2 tu layan je akak tu, and why not ada pengisian utk mengingatkan diri kepada Allah di bumi non muslim ini....

Saya masih ingat lagi, lepas beberapa kali join usrah tu, saya pun telefon la Malaysia nak cerita kat mak...(masa tu nak telefon malaysia sangat mahal...sepound sejam kot..iskk)...jadi saya pun berkobar2 lah cerita kat mak yg saya ikut usrah kat sini...mak nye reaction? Mak terus kata tak yah la join2 usrah tu, dia bimbang saya ikut ajaran sesat ke or jadi cam kes Arqam tu, huhuhu...(time tu mmg gawat la pasal Arqam ni)...saya explain kat mak, kami xde pun camtu, belajar benda2 simple je...mak masih tak puas hati dan x membenarkan saya meneruskan usrah saya,....

Sedih bukan kepalang masa tu...tapi dalam rahsia saya masih mengikuti usrah tersebut dan saya berdoa bila sampai ke bumi UK ni, mak akan faham yg usrah saya tu bukannya ajaran sesat dan takde apa yg nak di bimbangkan...

Ini bukanlah kali pertama saya mengenali usrah...saya pernah membawa usrah di MRSM dulu, huhuhu, bukan ikut, tapi bawak :P Iskk, kesian betul, tak pernah ikut usrah tapi masa tu kene usrah bawak usrah, bila ingat balik, entah apa la yg saya sampaikan masa tu...buat tanpa kefahaman...

Perkenalan manis dengan Islam.....

Setelah beberapa bulan mengikuti usrah dengan Kak Anum...saya realise yg selama ini saya tak FAHAM pun Islam...tak menghayati Islam....saya seorang Muslim yg hanya jadi pak turut tanpa ada kefahaman dan tidak menjiwai agama saya sendiri...ya, saya drp sekolah agama, tapi itu tak bermakna saya menjiwai dan mencintai agama saya...kalau ya pun saya sebut, tu hanya dibibir tanpa saya tahu erti sebenar....

Dengan menelusuri usrah dengan Kak Anum, saya mula berkenalan semula dengan Islam...Subhanallah saya mula menyedari betapa indah dan cantiknya agama Allah ini...Betapa sempurnanya deen Islam ini, dan betapa mendalamnya semua aspek dalam Islam ini...

Alhamdulillah usrah tersebut telah 'spark' kan keinginan dan kecenderungan saya utk memahami dan menjiwai Islam dengan lebih lagi...dan sampai sekarang saya mendapati, lagi banyak yg kita tahu dan belajar, lagi banyak yg kita tak tahu...dulu2, saya ingatkan saya dah cukup tahu pasal Islam...rupanya2 pandangan saya jauh meleset!!

Saya amat bersyukur Allah memilih saya untuk ke jalan ini..saya selalu berkata kepada rakan2 baik saya...kalau tidak dengan tarbiyyah ini, saya tak tahu dimana saya berada skrg ini...tidak pasti dengan misi dan visi hidup...hidup umpama robot dan mengikut arus....

Kini....

Tahun ini dah 2009, saya masih lagi mengikuti usrah, alhamdulillah...saban bulan dan tahun saya terus belajar tentang deen saya yg tercinta ini...tidak dapat saya bayangkan hidup tanpa deen ini.....saya berdoa moga Allah hidup dan matikan saya di jalan ini dan berusaha sedaya mungkin utk berkhidmat kepada agama ini...

Mungkin ada yg tertanya2..kenapa saya berkongsi cerita ini? Saya berharap ada yg akan dapat manfaat nya...kadang2 utk keluar drp kehidupan kita yg biasa mmg sukar....tapi kita harus percaya pada janji Allah, jika kita berjalan kepadaNya, Allah akan berlari kearah kita! Cuma kita yg harus membuat langkah pertama...

Istidraj

Penjelasan tentang istidraj di http://muzakarah.tripod.com/istidraj.html

-----------------------------------------------------------------------------------------

Saya telah merujuk Kamus Al-Muhit karangan Al-Fairuz Abadi tentang asal perkataan "istidraj"ini. Pengarang kamus ini berkata:
" Istadrajahu- membawa makna ia menipu dan ia merendah-rendahkannya".

Jika dikata:" Istidrajullah al-abda"(Allah menIstidrajkan hambanya) membawa erti/makna setiap kali hambaNya (insan) membuat/ menambah/ membaharui kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga Allah akan membuat/ menambah/ membaharui nikmatNya ke atas hambaNya itu dan setiap itu juga Allah membuatkan hambaNya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapnya dan setiap itu juga Allah akan mengambilnya sedikit demi sedikit(ansur-ansur) dan Allah tidak mengambilnya dengan cara yang mengejut!

Allah berfirman di dalam ayat 182 Surah Al-A'raf yang bermaksud(sila rujuk untuk kepastian) :"Orang2 yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami { binasakan mereka itu dengan beransur-ansur } sedang mereka tidak tahu."

Cuba anda lihat maksud ayat Alquran yg berada di dalam isyarat { }. Itu adalah maksud "istidraj" yang sedang kita bincang sekarang. Iaitu ia membawa makna "Istidraj" suatu perkara yang di luar adat kebiasaan yang belaku terhadap seseorang insan bertujuan untuk membinasakan 'insan' tersebut dengan cara berangsur-ansur atau tidak disedari atau sedikit demi sedikit dan bukan mengejut. Jika kita beriman benar-benar pada Allah, Insya Allah takkan terjadi "istidraj" pada kita. Percayalah.. :)

Imam AlQurtubi telah berkata di dalam buku tafsinya yang bernama Tafsir Jamie' Al-Ahkam. Antaranya:-

Seorang ulamak tafsir yang bernama 'Add-Dhohhak' telah mengulas mengenai ayat 182 Surah Al-a'raf ini. Katanya: "Allah berfirman :Setiap kali mereka menambah/membuat/membaharui maksiat yg baru maka setiap itu Aku(Allah) membaharui/menambah/membuat nikmat ke atas mereka".

*** Dr.Abd.Qadir As-Sa'di(bekas pensyarah di Universiti Al al-Bayt, Jordan) telah berkata mengenai asal usul pemberian nama"Add-Dhohhak-ulamak tafsir" tadi : "diberi beliau nama tersebut kerana... beliau berada dalam kandungan ibunya selama 2 atau 4 tahun. Pabila dilahirkan beliau lahir dalam keadaan yang sudah pun bergigi(tumbuh gigi) dan pabila dilahirkan beliau terus ketawa". Subhanallah... begitulah keajaiban penciptaan Allah.

Ketika mana Tentera Islam mendapat harta Kisra(Maharaja Parsi) maka Saidina Umar Al-Khattab telah berkata: ["Wahai Tuhan! Aku ingin meminta perlindungan dari engkau dari menjadi orang yang mendapat "Istidraj" kerana aku mendengar Engkau berfirman(maksud ayat 182 Surah Al-A'raf) :Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami binasakan mereka itu dengan beransur-ansur sedang mereka tidak tahu" ]
Istidraj: "diberi kepada mereka nikmat dan dihilangkan kepada mereka erti kesyukuran".

Professor Dr.Qahtan Ad-Duri(salah seorang pensyarah di Universiti Al al-Bayt, Jordan) telah berkata di dalam bukunya Usuluddin Al-Islami:

Al-Istidraj :-
Iaitu perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang Fasik atau Kafir sebagai tipu daya buat mereka. Ia akan menambahkan lagi kejahilan dan kebodohan mereka sehinggalah balasan Allah s.w.t menimpa mereka di dalam keadaan mereka lupa.
Allah s.w.t telah berfirman di dalam ayat 44 - 45 surah Al-An'am yang bermaksud: (sila rujuk untuk kepastian)

"Tatkala mereka lupa akan apa yg diperingatkan kepada mereka, Kami bukakan bagi mereka beberapa pintu tiap-tiap sesuatu (nikmat dan kesenangan), sehinggalah apabila mereka telah bersuka ria dengan (kesenangan)yang mereka perdapat itu, lalu dengan se-konyong-konyong Kami siksa mereka, sehingga mereka berputus asa." -44- "Maka dihapuskanlah akhirnya kaum yang aniaya; dan pujian-pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam" -45-

Rasulallah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ". Selepas itu Rasulallah s.a.w pun membaca ayat tadi 44- 45 (surah Al-An'am) yang bermaksud... (sila rujuk makna ayat 44 dan 45 pada perenggan yg tersebut tadi).