Saturday 8 December 2007

Kata-Kata Ulama tentang bab mazhab

Dr. Qaradhawi: "Apa yg diwajibkan ialah mengikut Al-Quran
& As-Sunah. Adapun mazhab2 ini, ia lahir selepas agama telah
sempurna & wahyu telah terputus... Para ulama secara
keseluruhannya telah mentarjihkan bahawa orang awam
tiada mazhab baginya. Mazhabnya ialah mazhab ulama yg
memfatwakan untuknya... Dia (orang awam) boleh
bertanya sesiapa sahaja dari kalangan ulama yg dia
mahu. Wajib ditulis untuk mereka (orang awam) buku2
fekah yg memudahkan tanpa terikat dgn mazhab
tertentu."

Keluar Mazhab Bukan Bererti Menghina Mazhab
- dakwaan seperti ini adalah lambang ketaksuban yg
dibenci syarak
- tokoh2 mazhab sendiri membebaskan diri dalam
sebahagian masalah dgn mengambil pendapat di luar
mazhab sama sekali
- namun, ini tidak bermaksud boleh mencerca mazhab2
atau para imam, kerana tiada seorang pun dari mereka
yang sengaja menyanggahi Rasulullah SAW, dan ini juga
tidak bermaksud kita tidak perlu lagi fekah & mazhab2
itu
- mentarjih pendapat berdasarkan maqasid al-Syarak &
kemaslahatan manusia lebih melapangkan & memudahkan
- bebas mazhab bukanlah suatu kesalahan selagi tidak
bermaksud menjadikan agama sebagai mainan

No comments: