Tuesday, 20 February 2007

BerDaKWaH DeMi KeBaiKaN DiRi SenDiri........



Assalamualaikum................

Mari kita bersama-sama berfikir dan merenung.....kenapa dan mengapa kita perlu berdakwah dan siapakah sebenarnya sasaran.....kita dan kita dan kamu dan kamu....penat rasanya.....orang lain berpeluk tubuh tanpa membuat sesuatu kerja...kita dan kita,kamu dan kamu sibuk ke hulu ke hilir mencari madhu.....Maka timbullah satu persoalan yang bermain dilingkaran mental...

1) Kepada Apa Kita Menyeru Manusia????
2) Ke mana kita mendakwahi manusia????

Adalah satu pertanyaan yang selalu terdetik di benak seorang da'i (pendakwah) Muslim. Pertanyaan ini tidak memerlukan jawaban, kerana hakikatnya sudah terlalu jelas, bahkan lebih jelas daripada matahari ketika panas terik. Apakah ada seorang Muslim yang tidak mengetahui ke arah manakah sebenarnya dia berdakwah kepada manusia?

Jawabannya, pada asalnya, nampak mudah dan jelas, selagi mana istilah-istilahnya jelas serta tujuan dan sarana-sarananya juga jelas. Tetapi kenyataannya tidak sedemikian, kerana dengan banyaknya persepsi mengenai Islam - yang disebabkan oleh jauhnya manusia daripada pengetahuan Islam yang benar - menyebabkan banyaknya jawaban dan telah menjadi punca perselisihan yang nyata.

Memang benar, bahawa mungkin secara umum, jawabannya adalah satu, kerana kita semuanya mengajak kepada Islam yang hanif (lurus). Akan tetapi, lambat laun, jika permasalahan tersebut mulai dibahas secara mendalam dan diuraikan secara lebih terperinci, titik perbezaan itu akan mula nampak dan perselisihan akan makin membesar, seperti perbezaan antara malam dan siang.

Dari sinilah bermulanya langkah mencari jawaban bagi seorang da'i. Sebelum melangkah untuk berjalan menuju ke satu tempat, pertanyaan tersebut perlu dikemukakan kepada dirinya dahulu. Tasawwur (konsep), tujuannya dan selok-belok perjalanannya perlu ditentukan dan diketahui dengan jelas. Sarana-sarana yang diperlukan perlu dipersiapkan. Kerana orang yang tidak memiliki sesuatu tidak mungkin dapat memberikan sesuatu.

Pertamanya, kita mendakwahi manusia untuk melaksanakan agama Allah Subha Nahu Wa Ta?ala, iaitu Islam. Allah Subha Nahu Wa Ta"ala berfirman;"

"Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." [Al-Imran: 85]

Ayat di atas menyeru agar kita menjadikan Islam sebagai pedoman hidup secara menyeluruh, menyerahkan segala persoalan yang kecil maupun besar kepada Allah Subha Nahu Wa Ta?ala. Hendaknya kita fahami Islam itu secara utuh dan menyeluruh, sebagai agama dan kedaulatan, akidah dan syariah, sistem moral dan kepimpinan, jihad dan ibadah, dunia dan akhirat, dengan segala yang terkandung di dalam Kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Iaitu melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan, sedar dalam menghadapi ketentuan Allah Subha Nahu Wa Ta"ala, sedia mengikuti jejak dan langkahnya, sedia berjalan di atas manhajnya, berittiba' (mengikut) bukan membuat bid'ah, selalu mengembalikan segala urusan kepada Allah Subha Nahu Wa Ta"ala, dan berciri khas dengan risalahnya, untuk merealisasikan firman Allah Subha Nahu Wa Ta"ala;"

Maka kerana itu serulah (mereka kepada agama itu) dan tetaplah (beristiqamahlah) sebagaimana diperintahkan kepadaKu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah: "Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada perselisihan antara kami dan kamu. Allah mengumpulkan antara kita dan kepadaNyalah kembali (kita)." [Asy-Syura: 15]



Rujukan Fiqh Dakwah..........

No comments: