Assalamualaikum..............
Alhamdulillah, pertama-tamanya kita mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana sehingga saat ini dan ketika ini Allah masih lagi sudi meminjamkan nikmatnya kepada kita sehingga kita masih boleh berbicara dan berfikir untuk menulis setiap kata-kata.Hari ini diriku tiba-tiba teringat satu kisah seorang ibu yang melahirkan mujahidnya untuk berjuang dimedan perang demi mempertahankan agama.. Sanggup berkorban dan merelakan anak-anaknya gugur dimedan jihad ....yang tak wujud dalam dunia islam hari ini.....
Al Khansaa' terkenal dengan kelembutan dan kebijaksanaannya mengarang syair. Syair-syair itu ditiup untuk menyemarakkan semangat pejuang-pejuang dan juga memuji-muji kesyahidan mereka di medan jihad.Tetapi beliau ini lebih terkenal sebagai ibu yang
redha dengan kematian anak lelakinya yang syahid satu persatu. Bukan mudah hendak menerima ujian kematian seorang anak. Bagi Khansaa', ibu yang berjiwa besar,ingin mendapat saham anak yang mati syahid. Apa katanya sebelum melepaskan anaknya pergi berperang menetang kaum Musyrikin?
"Wahai anakku, kamu telah memeluk Islam dengan hati yang rela. Kemudian, kamu berhijrah dengan hati yang rela. Kamu telah maklum tentang apa yang disediakan oleh Allah kepada kaum Muslimin, iaitu pahala yang besar dalam memerangi kaum Kafir.Ketahuilah bahawasanya kampung yang kekal itu lebih baik dari kampung yang binasa."
Ibu ini meluahkan kata-kata semangat kepada anak-anaknya tanpa sedikit pun merasa gentar akan kehilangan mereka. Anak-anak Khansaa' berjuuang bersungguh-sungguh sehingga gugurlah mereka satu persatu di tangan musuh. Hakikatnya, mereka menang
iaitu menemui syahid.
Apabila orang mengkhabarkan akan kematian anaknya satu persatu, apa jawab ibu ini?
"Segala puji-pujian bagi Allah yang telah memuliakanku dengan kesyahidan mereka dan aku mengharapkan dari Tuhanku agar dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal tetap dari rahmatNya."
Begitulah jawapan Khansaa' setelah menerima kematian anak-anaknya yang pertama, kedua dan ketiga.Setelah menerima kematian anaknya yang keempat, beliau menangis lalu berkata, " Aku menangis kerana aku tidak lagi mempunyai anak lagi untuk dihantar berjuang."
Inilah ibu yang cintakan Allah dan Rasulnya.Kerana Allah, anak-anak dikorbankan untuk memenangkan agama Allah. Maka kita juga mestilah menjadi ibu-ibu yang berjiwa besar, mendidik anak-anak supaya cintakan akhirat, sanggup berjuang dan berkorban sehingga mati syahid dalam menegakkan kalimah Allah.
KEWAFATAN NABI SAW DALAM AL-QURAN – SATU MUKJIZAT
-
Sedia maklum bahawa Nabi SAW wafat pada usia 63 tahun. Dan baginda
menjalani hidupnya dalam tiga fasa:
1. Sebelum diangkat menjadi rasul 40 tahun.
2. Be...
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment