Assalamualaikum buat sabahat-sahabatku seislam....
Mari kita renung dan taddabur firman Allah s.w.t dibawah ini:
"...Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah bantuan untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah tuhan dengan bersabar dan dengan mengerjakan sholat...."
Jika hidup kita diliputi ketakutan,dihimpit kesedihan dan dicekik kerisauan maka segeralah bangkit untukbersembahyang,jangan tunggu dab berdalih atau termenung.Nescaya jiwa dan hati kita akan tenteram dan tenang semula,
Sesungguhnya sembahyang itu mempunyai kesan untuk membuang atau menghilangkan rasa kerisauan dan kesedihan.Setiap kali ditimpa kesusahaan,Baginda Rasul s.a.w selalu meminta kepada bilal bin rabah:....Tenangkan kami dengan sembahyang:::*wahai bilal...(hadis)
Demikianlah sembahyang itu merupakan penyejuk hati dan penawar kebahagiaan kepada baginda rasul s.a.w.Kalau kita membaca dan melihat lipatan sejarah atau kisah hidup beberapa tokoh,mereka adalah sama dalam satu hal,iaitu semasa dihimpit banyak masalah dan menghadapi banyak dugaan,Mereka menadah tangan dan memohon pertolongan kepada allah melalui sembahyang dengan hati yang khusyuk dan ianya juga adalah merupakkan jalan penyelasaian sehingga menimbulkan rasa kekuatan,semangat dan azam untuk pulih semula dalam meneruskan baki-baki kehidupan.
.Bagi generasi umat manusia yang sering menghadapi penyakit kejiwaan,hendaklah rajin mendatangi masjid dan merapatkan keningnya di atas lantai tempat sujud untuk mencapai keridhaan ilahi.
Oleh itu necaya ia akan selamat dari pelbagai himpitan bencana,akan tetapi kalau ia tidak segera mengerjakan kedua-dua hal tadi,nescaya air matanya akan membakar kelopak matanya dan kesedihan akan menghancurkan urat sarafnya,maka menjadi semakin jelas bahawa seseorang tidak mempunyai kekuatan apa pun yang dapat menghantarnya kepada ketenangan dan ketenteraman hati selain sembahyang.
KEWAFATAN NABI SAW DALAM AL-QURAN – SATU MUKJIZAT
-
Sedia maklum bahawa Nabi SAW wafat pada usia 63 tahun. Dan baginda
menjalani hidupnya dalam tiga fasa:
1. Sebelum diangkat menjadi rasul 40 tahun.
2. Be...
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment