Wednesday, 7 February 2007

LaZiMi ShoLat BeRjeMaaH(Siri 2)

Assalamualaikum.....Buat para para pencinta dakwah,Ana ingin menyambung kembali tajuk lazimi sholat berjemaah dimasjid

Wahai ukhwah sekalian..

Salah satu nikmat allah yang paling besar,jika kita mahu berfikir ialah bahawa sembahyang wajib yang lima waktu dalam sehari semalam dapat menebus dosa-dosa kita dan mengangkat darjat kita disisi tuhan kita,lebih dari itu,sembahyang lima waktu juga dapat menjadi penawar dan ubat paling mujarab untuk mengubati pelbagai kekalutan yan gkita hadapi dan juga untuk bermacam-macam penyakit yang kita alami serta mampu menghadirkan sifat keikhlasan dan kejernihan iman ke dalam lubuk hati,sehingga hati sellau ridha dengan apa sahaja ketentuan Allah s.w.t.

Berbeza dengan orang menjauhi masjid dan meninggalkan sembahyang,mereka akan sentiasa hidup dalam kesusahaan kepada satu kesusahaan yang lain,dari kegoncangan jiwa yang satu ke goncangan jiwa yang lain.dari satu kesengsaraan ke kesengsaraan yang lain tidak ada henti-hentinya.Dan sebaliknya orang-orang kafir maka kecelakaan bagi mereka,dan allah mensia-siakan amal mereka(surah muhammad :8)

Wallahua"lam

No comments: