Friday 28 August 2009

Resipi Donat


Semalam cuba buat donat dengan breadmaker lagi...ambil resipi drp myresipi.com juga...hasilnya donat yg sgt lembut dan gebu...begitulah menurut rakan2 yg rasa donat tersebut... Angah minta resipi...so di sini saya copy dan pastekan resipi donat ni...mmg berbaloi la buat...cumanya tepung tu saya letak lebih drp sukatan mrk...ie sambil uli sambil letak sampai la kita leh agak2 konsistensi dough tu dah tak lembik sgt...I would rate this 5 out of 5 but since tepung tu kena pandai2 agak2 sendiri, saya bagi 4 out of 5 :)

oh ye kalau buat guna breadmaker slightly different ngan resipi di bawah ini...letak seme ingredient mcam instruction book bread maker tu, pastu bagi dia uli n naik...lepas naik baru bulat2kan dan tunggu naik lagi...lepas tu baru goreng...

Selamat mencuba!

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbui
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.

3 comments:

Anonymous said...

salam..berbaloi dpt breadmaker.

k.kina

ana muslim said...

wsalam wr...

hehe yeap, alhamdulillah...

nanti ada masa leh bagi kak kina rasa hasil breadmaker ni...skrg ni x leh lagi, busy amat! huhu

take care

Dumpling Recipes said...

Thanks for writing this.