Dua hari yg lepas, saya dan Kak yati pergi ke London utk me 'renew' passport... Punya lah berdebar sebelum itu kerana takut IC tak sampai lah kat UK ni (thanks to tikah n wani) dan macam2 takut lagi...selalu solat hajat moga Allah mudahkan...dan alhamdulillah (all praise to Allah), semuanya berjalan lancar, I have the passport and it is valid until 2014 :)
Memang cabaran la pergi bulan posa dengan naik bus (4 jam pegi, 4 jam balik), kami bertolak pukul 3 pagi drp rumah ke bas station ...oo ye kami balik hari, tapi ditemani Kak Yati (terima kasih Kak Yati), semuanya jalan smoothly je..
Kami sampai sana pukul ~7.30 pagi, leh masuk pejabat high com tu kul 9 pagi... so kami berjalan kaki sahaja drp victoria coach station ke high com tu. Sampai sana dalam 8 lebih, so kene tunggu dalam dekat sejam gak la...
Lepas bagi passport and bayar duit kat mrk, kami di minta utk dtg ambil passport pukul 3 ptg.... masa tu baru kul 9.30 pagi...so, kami nak gi mana utk habis ~6 jam? Last2 dengan nasihat Nikmun, kami decide nak pergi London Central Mosque, dengan harapan leh tidur gak kat sana, sbb kepala masing2 dah pening sbb tak cukup tido...pegi information counter, mrk kata leh naik bas ke sana...Bus 82..
Alhamdulillah went there and masuk kejap kedai buku dia...tak leh nak concentrate sgt sbb pening kepala, terus masuk bahagian perempuan dan tidur...alhamdulillah leh tido dalam 2 jam gak la...bangun dalam 15 min sblum azan zohor dan solat berjemaah...
Aman dan bahagia duduk dalam masjid tu...bersyukur jadi org Islam, kat mana2 je ada tempat berteduh...Islam mmg agama yg syumul, yg memahami kehendak penganut2nya..kalau org kristian kene pegi church...bukannya leh tido pun , kene duk kerusi keras...sini kat masjid leh baring...tido, leh berehat...dengan suasana yg begitu tenang dan tenteram...aaH syukur pada Ilahi...
Kami pulang ke sheffield pukul 6 ptg dan sampai di sheffield kul 9.45 malam...a very long day...but alhamdulillah we got what we went for...
KEWAFATAN NABI SAW DALAM AL-QURAN – SATU MUKJIZAT
-
Sedia maklum bahawa Nabi SAW wafat pada usia 63 tahun. Dan baginda
menjalani hidupnya dalam tiga fasa:
1. Sebelum diangkat menjadi rasul 40 tahun.
2. Be...
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment