Tuesday, 7 April 2009

Kalimah Toyyibah ka Shajaratin Toyyibah


Bismillahirrahmanirraheem..

Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik (kalimah toyyibah) adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. (24)


Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). (25)


Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. (26)

(Surah Ibrahim)

Mari tadabbur Al Quran…


Ketika membaca Al-Quranul Karim dua hari yang lepas, saya tertarik hati dengan ayat-ayat diatas…lantas saya membuka tafsir ibnu kathir untuk mengetahui apakah maknanya…

Dalam ayat di atas, Allah s.w.t memberi perumpamaan kepada kita, hamba-hambanya tentang apakah beza perkataan baik oleh orang-orang beriman dengan mereka yang tidak beriman…


Komen Abdullah Ibnu Abbas r.a..


Apakah perkataan yang baik di maksudkan dalam ayat di atas adalah kalimah Tayyibah adalah ucapan LailahaillAllah…dimana kalimah ini di dokong oleh pokok yg baik (shajaratin toyyibah) iaitu mereka yang beriman…dimana kalimah toyyibah ini menjadi tunjang kepada pokok tersebut..akar tunjang yang tiada goyah lagi….


Manakala cabang pohon kepada pokok tersebut menjulang ke langit.. membawa makna bahawa segala amalan-amalan orang yg beriman itu naik ke langit dan diterima oleh Rabbnya…


Seperti yang lazim didalam kitab Allah ini, Allah memberi perumpamaan pula kepada kita dengan kata-kata jahat dan buruk daripada orang-orang yang tidak beriman, mereka ini seperti pokok yang lemah tidak stabil dan tiada asas dan sudah pasti amalan-amalan mereka tidak akan diterima oleh Rabbul Alamin…


Alhamdulillah Allah memilih kita untuk berada dalam kenikmatan Islam dan Iman…Marilah kita meneguhkan akar tunjang kita dengan penuh yakin kepada kalimah Tayyibah tersebut…Tiada Tuhan Yang Di Sembah Melainkan Allah…dengan akar tunjang yg kukuh akan membantu dahan-dahan untuk menjulang ke langit dengan meriahnya…


Kadang- kadang aku terfikir, adakah kita semua mempunyai akar tunjang sungguh kukuh seperti dalam ayat diatas? Atau berulat dan berkulat dek kuman-kuman isme yg menular didalam batang pokok kita? Isme daripada sekularisme, nationalisme, patriotisme, materialisme, sosialisme yg mengabui keislaman penuh kepada deen ini… Adakah kita bebas drp segala kuman-kuman ini?


Sekali sekala perlu kita merenung jauh kedalam lubuk hati kita, mengintai-intai moga akar kita segar dengan zikr kepadaNya, kukuh dan tiada berbelah bahagi, hanya Dia dan Dia sahaja yang kita letak dihati kita, tinggi drp segala apa yang ada, dan tiada Iilah-ilah lain yang cuba merosakkan akar kita.....


No comments: