Just nak citer sket..
Di program yg di anjurkan oleh MSM yg lepas.... ustaz Faizal (bukan nama sebenar) yg di jemput khas drp malaysia, kelihatannya berumur 50+ tahun memberikan ceramahnya tentang keikhlasan hati utk bekerja amal jamaie... lembut sahaja kata-katanya, selaku nada seorang ayah memberi nasihat kepada anak-anaknya...rupa paras nya seperti aku pernah lihat, tapi aku lupa bila dan dimana...
Di akhir ceramah beliau...aku memberanikan diri menanyakan soalan berkenaan ceramah beliau...seusai aku mengajukan soalanku...terus beliau berkata 'Anak Hasbullah?' sambil menunjukkan kearahku...
Aku dgn sedikit kaget, menjawab 'Ya'.. Beliau pun mengangguk lalu berkata, 'last time kita jumpa di Cardiff '... oo rupanya aku pernah jumpa dia di Cardiff sebelum ni, baru aku ingat...kemudian beliau menjawab persoalan ku tadi....
Fikiran ku menerawang ketika pertemuan aku dan Ustaz Faizal di cardiff, kalau tidak silap tahun 2001...Pertama kali berjumpa dengannya begitu juga soalan beliau...anak Hasbullah? Aku pada masa tu segan nak tanya lebih2, cuma bertanya, ustaz kenal ayah? Ustaz Faizal bersama Ustaz Zawawi ketika itu menjawab ya. Di Cardiff ketika itu, tak ramai yg ikut usrah MSM, aku lah warisan MSM yg terakhir ketika itu...lalu pada masa itu naqibah ku dan suaminya membawa kedua ustaz ke rumahku utk memberiku sedikit pengisian jiwa...
Setelah selesai sesi soal jawab dengan Ustaz Faizal, aku ditemani sahabatku, Nik Munirah menegur Ustaz Faizal....
Assalamualaikum ustaz..
Waalaikumussalam wr..
Ustaz kenal ayah saya? -- tanya ku utk mendapatkan kepastian sekali lagi..
Ya, ana kenal sangat dengan Hasbullah...
Oh ye ke, camana ustaz kenal ayah?
Ayah dulu, ikut usrah ana di terengganu..
Oh ye ke... - aku tergamam ketika itu...
(seumur hidupku tak pernah ku tahu ayaku pernah ikut usrah suatu masa dahulu)
Ye, dia dan Abdul Rahman (bukan nama sebenar) yg tolong ana masuk bagi pengisian di TNB masa tu...
0000 ... aku yg masih tergamam..
Last time kita jumpa di Cardiff bersama Ustaz Zawawi- kata ustaz Faizal..
Ya, jawabku..
Ana juga pernah pergi jumpa Hakim di USA-- tambahnya lagi..
(Hakim is my adik)
Sekarang ni ana ada juga tengokkan hakim di Malaysia...
Oo ye ke... aku yg tergamam sekali lagi..
Kemudian, disebabkan short of time, kami terpaksa bersurai..
Jazakallah ustaz...kataku..
Barakallah....jawab beliau...
---------------------------------------------------------------------------------------
Aku sangat terharu selepas perbualan tersebut...tak pernah terlintas dlm kepala ku ayah pernah pergi usrah...kerana dulu2 masa UG, aku aktif pergi program sana sini...emak selalu complaint tapi ayah tak pernah kata apa2...ayah kadang2 question aku yg terlalu 'sibuk' dengan macam2 aktiviti MSM...tapi ayah ku mudah sahaja, katanya, dia tak kisah kalau aku sibuk utk apa2 pun asalkan stadi aku tidak terganggu...oleh itu , aku always make a point to make sure my studies are tip top, to prove that to be a good muslim means to have good results too....
Satu lagi buat aku terfikir, hebatnya Ustaz Faizal sebagai seorang murobbi...even lepas lama dah ayah tak ikut usrah , ustaz masih monitor anak kepada anak usrahnya..making sure that kami mendapat tarbiyyah yg sepatutnya...inshaAllah jika di panjangkan umur aku..aku juga ingin melakukan the same kepada anak kepada anak2 usrahku...
Jazakallahu khairan katheeran ustaz...
Cerita sket tentang ayahku... kami sekeluarga sgt menghormati ayah...beliau sangat islamik, tapi tidak pula impose the islamicness to his family...mungkin itu pendiriannya..ibuku seorang ibu yg penyayang tetapi mungkin tidak pernah mendapat peluang utk mengikuti usrah...tetapi...aku sangat sayang kepada mereka berdua...
Ingat masa kecil2 dulu, banyak cerita kartun pukul 7 malam, dah start maghrib...aku dan adik beradik suka sgt tgk cite kartun time tu...biasanya ayah balik drp kerja lepas maghrib...dengar sahaja kereta ayah tiba di halaman rumah, terus berlari lintang pukang kami adik beradik ke tingkat atas utk ambil wuduk dan solat...huh, kalau kene tangkap tengok tv time tu, mmg habislah kami kene rotan :)
Ayah juga tak suka tgk tv, tak kisahlah cerita drama yg best ke, cerita hindustan ke, filem english kah...semua dia tak tgk...dia cuma akan tengok tv bila berita dan kalau ada dokumentari di tv...terutamanya dokumentari tentang binatang...memori masa kecil2 duk depan tv ngan ayah tgk dokumentari binatang....memori indah..
Ada masa terluang sahaja, mesti aku nampak ayah duduk baca quran....ayah tak join kami anak beranak yg tengah asyik menonton tv....
Ayah juga tak suka makan junk food, seme jajan2 ni dia tak makan, malah marah kami anak2 kalau makan...tapi kami makan gak, sorok2 dengan bantuan mak..huhuhu....mak tak sampai hati kot tgk kami merayu nk beli masa kat kedai....
Ayah dan mak sgt pentingkan education...sanggup bersusah payah utk kami belajar...aku sangat ingat kata2 mrk ' Mak dan ayah takde harta nak tinggalkan untuk anak2...tapi mak ayah bagi peluang utk anak2 belajar betul2...make sure belajar betul2'...
Apakah kesimpulan tulisan ku ini?
Mungkin tiada kesimpulan, setakat menulis apa yg terasa di hati...
Jazakumullahu khairan katheeran kepada kedua ibu bapaku kerana membesarkan dan mendidik ku sehingga dewasa...benarlah seperti kata Rasulullah s.a.w aku tidak akan dpt membalasnya walau betapa banyak yg aku cuba...aku berharap dengan amalan ku yg sedikit ini dapat membantu mereka di akhirat sana nanti...
Kak lin sayang ayah dan mak......iskkk...rindu....
koleksi nasyid shoutul banat - Mawaddah Kecil / Shoutul Banath
No comments:
Post a Comment