Wednesday, 15 April 2009

Jejak..


Anak merpati disambar helang,
Terbang ke titi di dalam huma;
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama

kelip2 ku sang ka api
kalau api mana puntungnya
hilang ghaib ku sangka mati
kalau mati mana kuburnya


Di atas diantara pantun-pantun melayu lama yang seringkali kita dengar...Penulis kadang2 merasa kagum dengan puisi2 warisan kita....sangat mendalam maksudnya...orang melayu ni memang pandai berkias dan menyelitkan yang tersirat dalam ungkapan2 mereka...

Sastera menunjukkan kehebatan bangsa-bangsa di dunia...lihat saja karangan-karangan William Shakespear yang masih di agung-agungkan oleh rakyat Britain ini...bagi mereka, bahasa sastera Shakespear mengangkatkan martabat bangsa mereka...

Dengan memahami kehebatan dan pengaruh bahasa ini, tidak hairanlah kenapa Al Quran itu di pilih menjadi mukjizat agung buat umat Islam sehingga kini...Dizaman Rasulullah s.a.w. itu semua karyawan-karyawan, penyair-penyair terulung tunduk dengan kehebatan bahasa yang ditonjolkan dalam Al Quran...yalah, hanya Jauhari yang mengenal Manikam..

Pantun diatas menceritkan suatu kisah, yang sepatutnya kita teladani...seperti kata seorang ulamak, semua manusia akan mati, tapi bagaimana manusia mati yang menjadi tumpuan..

Ada manusia mati di tepi jalan, tiada orang peduli....ada manusia yang mati kerana cinta, seperti romeo dan qaisy....ada manusia mati kerana sudah tua, terlantar di katilnya...ada manusia mati membunuh diri kerana tensionnya terhadap kehidupan dunia ini...ada manusia mematikan diri dengan menyogokkan dadah durjana kedalam diri....

Seperti janji Allah, semua manusia pasti akan mati...namun kita ada pilihan untuk menentukan bagaimana kita nak menelusuri hari-hari kematian kita...adakah kita mahu mati memperjuangkan perkara sia-sia? Adakah kita mahu mati mengejar dunia yang seolah-olah tidak pernah cukup? Adakah kita mahu mati bersuka ria dengan nikmat dunia yang mengelabui mata? Atau.... Adakah kita mahu mati dengan jiwa yang tenang, mati dengan mengejar matlamat di dunia abadi...Mati memperjuangkan Ad deen di bumi sementara ini....

Selalu kita dengar, oh, Makcik Limah dah meninggal semalam...Pak Tam Kampung Bharu meninggal subuh yang lepas...sunyi...lepas sahaja di kuburkan tiada lagi yang menyebut2 nama Mak Limah mahupun Pak Tam itu...tiada apa yang mereka tinggalkan sebagai jasa kepada ummah..

Lain sekali seperti pejuang2 agama yang kita ketahui...sebut sahaja nama Imam Al Ghazali, Imam Ahmad bin Hanbal, Tariq bin Ziyad, Imam As Shafie....sebut sahaja nama Hasan Al Banna, Sheikh Ahamd Yasin, Zainab Al Ghazali...mereka semua menempa kasih di hati umat Islam...jasa-jasa mereka kekal hingga ke hari ini dan masih kita teladani...tidakkan kita mahu menjadi seperti mereka? Meninggalkan jasa di dunia sebagai bekalan di akhirat sana?

Masih lagi ada sisa-sisa hidup untuk kita berusaha...mari kita sama-sama meninggalkan jejak...moga membantu persaksian kita di depan Yang Esa....

No comments: