Tuesday, 21 April 2009

Dedikasi buat usrati..

Assalamualaikum wr wbt...

Tulisan ini kutujukan buat bekas 'anak-anak' usrah ku ...

Dua minggu lepas was the last time i was antunna nye naqibah...syahdu sgt rasanya...tapi kadangkala tu, kita terpaksa melepaskan yg kita sayangi demi tanggungjawab yg memerlukan prioriti kita pada ketika itu...

Namun, ingatan dan kasih masih buat antunna semua...tetap di hati..

Panjang lebar wasiat yg ku berikan kepada semua di usrah yg terakhir itu...wasiat itu diungkapkan indah oleh Yati di dalam blognya..jazakillah..

Besar betul harapanku buat antunna semua...I really do believe in each one of you to be better muslim and penyambung kepada obor-obor dakwah di bumi ini...we have gone a long way...panjang sejarahnya....inshaAllah one day i will write about it...

Sebelum ni, ada yg pandang sebelah mata sahaja kepada usrah postgrad...iye lah, bukan sahaja dirinya yg perlu di pimpin, tetapi it comes with a package, dengan suami dan anak2 sekali...sbg isteri nk datang usrah memerlukan restu suami dan most of the time for the transport too... personally, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada suami2 kalian semua krn merestui isteri2 meneruskan tarbiyyah ini...bukan mudah nak membenarkan isteri bersama anak2 keluar seminggu sekali, malam2 pulak tu...kami semua menghargainya...

Tak di nafikan usrah dengan anak2 ini ada ups and down nya...kadang2 tu suara sendiri pun tak kedengaran lagi dek pekikan dan lolongan anak2 yg bermain di sekeliling...tidak lupa juga jeritan anak2 yg mengamuk kemarahan...hehe...sabar sahaja peneman kita ketika itu...

Tapi antunna semua tabah dan gigih berkorban utk hadir ke usrah mingguan kita itu..aku sangat kagum dengan kesungguhah antunna terutama yg dengan anak2...Moga Allah membalas pengorbanan antunna semua dgn sebesar-besar ganjaran...

Sejak pertama kali kita berusrah secara rasmi...hati ku sangat gembira melihat perubahan2 kearah kebaikan yg antunna semua lalui...segala puji itu kepada Allah...buat seorang naqibah, itu merupakan hadiah yang tak ternilai sekali...

Saling nasihat menasihatilah sesama kita...kerna, sesungguhnya kita tak sanggup melihat saudara kita di belenggu maksiat dan jahiliyah dan sama2 kita berusaha menempatkan diri didalam Jannah Firdaus nya yg tertinggi...ameen..

Aku berharap inshaAllah hubungan kita takkan berhenti setakat di UK sahaja, tetapi inshaAllah hingga balik ke Malaysia nanti, dan sehingga nafas tersisa...teruskan lah berjuang...berjuang melawan hawa nafsu, berjuang utk istiqamah dalam tarbiyyah ini, berjuang utk tsabat sbg seorang daie...

aku yakin, naqibah baru antunna will raise all of you to a new level, inshaAllah..doaku terus bersama...

Salam sayang ku ucapkan buat antunna semua....
-ex naqibah antunna---

ps: biasanya blog ini tak meletakkan gambar wanita, tetapi tulisan ini sgt istimewa yg meminta kebenaran utk menunjukkan kasihnya

Lagu di bawah ini ku dedikasikan khas buat antunna semua...


Jalan Dakwah - Alarm Me

Jalan Dakwah
Album :
Munsyid : AlarmMe
http://liriknasyid.com


Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita

4 comments:

Aryati Bakri said...

fadlin, dah berhenti berusrah ke? semoga semua urusan dipermudahkan oleh Allah.

ana muslim said...

hehe, kak yati, usrah yg sy ikut masih jalan lagi...cuma usrah yg sy bawa je stop kejap :) , harap2 nanti sambung kat mesia, inshaAllah..

mamajannah said...

jazakillah ukhti..
semoga cepat2 dapatkan 'kunci' peti berharga tu...:)
yg rindu jelingan mata ex-naqibahnya bila anak usrah tak dapat jawab.;)

ana muslim said...

barakallahu feek...

inshaAllah...akan ku cuba sedaya upaya :)

hehe @ jelingan :P