Tuesday, 24 February 2009

Our Baitul Muslim - Part Akhir

Sambungan drp part II,


Setelah ditentukan tarikh pernikahan tersebut, me and Abang Yusof's days suddenly were hectic...Dalam 5 hari ni, kene check darah untuk ujian HIV (masa tu Selangor baru je meluluskan yang sesiapa nak kawin di Selangor perlukan di HIV check), kene bersiap apa2 yg patut dan juga pergi kursus kahwin! Masa undergrad dulu pernah dah pergi kursus kawin tapinya tak amik sijil, sebab lupa no. kad pengenalan...jadinya kene la pergi kursus kawin sekali lagi...

Getting Married in 5 days

Hari pertama selepas 'the decision' , ayah angkut kami berdua ke pejabat agama di kajang untuk dapatkan borang2 yang sepatutnya...ayah terpaksa membawa kami ke hulu ke hilir almaklum, dua-dua takde kereta (kami student je masa tu)...seusainya dapatkan borang nikah segala, ayah bawa kami ke hospital di seri kembangan untuk ambil darah (utk check HIV)...masa tu sempat la borak sket ngan Abang Yusof...sebenarnya i was still in shock with yesterday's decision, cam tak masuk kepala lagi yang sebenarnya akan menjadi isteri orang dah dalam beberapa hari lagi....

Hari Khamis dan Jumaat di habiskan dengan membeli apa2 yang patut...tak beli apa pun, pegi beli tudung putih...baju nikah? Baju nikah pakai yang mak sedara masa nikah dia...she was married maybe 10 years already, but the white baju kurung can fit me...tapi old fashion lah, ada ropol2 kat bahu..huhuhu...tapi pada masa itu baju is the least important thing in my mind...


Kursus Kahwin

Hari Sabtu dan Ahad di habiskan ke kursus kahwin, alhamdulillah la pegi kursus yg dua hari sahaja, dengar cerita masa tu ada gak kursus kahwin yang more than 2 days...kursus kahwin tu kat tengah bandar KL, dekat2 puduraya...keseluruhan kursus kahwin tu ok la, cumanya sangat sakit jiwa dengan lawak-lawak bodoh yang di kemukakan...tak faham betul, kenapa la kursus kahwin kat Malaysia kene di campuri unsur2 'kotor'..masa pegi kursus kahwin kat UK, takde pun lawak2 sebegitu...tapi nak buat camne, nak kan sijil tu maka bersabar je la...kalau kita bersuara lagi teruk kena dengan penceramah tu...

Usually to get the marriage course certificate, will take a few days or even a week for them to post it to the participants...tapi kami mana nak dapat tunggu beberapa hari tu, so terpaksa la pergi ke pengurus kursus tu dan bagitahu yang kami memerlukan surat yang mengesahkan kami telah tamat kursus itu dan membolehkan kami kahwin...alasannya abang yusof and myself masing2 nak kene balik mesir dan UK utk menyambung pelajaran... pada sesi akhir kursus tersebut siap kena perli lagi, katanya, kepada mereka yang tak sabar-sabar nak kawin sila ambil surat pengesahan di meja pendaftaran :P (sabo je la)


Tok Kadi

Akhirnya tiba lah hari isnin itu...banyak benda tak setel lagi...rupanya tok kadi pun tak sure dapat datang ke tak malam tu (kami plannya nikah selepas maghrib)...jadi seawal pagi kami ke Shah Alam, untuk menyerahkan borang2 nikah plus, tunggu lama juga kat situ, habis kat situ, kami terpaksa mencari tok kadi...ayoo..kami siap pergi ke rumah tok kadi yg duduk di kawasan rumah pangsa di seri kembangan dan tengok2 isteri dia kata dia takde kat umah, dia tengah bekerja di sekolah....pergi pulak la ke sekolah tu, akhirnya Abang Yusof jumpa tok kadi tersebut dan minta pengesahan boleh tak beliau hadir malam tersebut...Alhamdulillah Allah mudahkan bila tok kadi kata boleh, malam itu beliau takde program....

The Nikah

Tiba lah masa yang di jangkakan itu....

To be honest, sepanjang 5 hari tersebut mmg berperang dengan perasaan (syaitan ketika ini akan berusaha bersungguh2 utk menggagalkan pembinaan masjid ini) ...but as I told in my writings earlier, everytime...i mean everytime solat istikharah mesti rasa tenang, tak kira la solat istikharah tu kat rumah ke, kat atas plane ke, even solat kat surau SOGO pun rasa tenang...hehe....tapi lepas beberapa jam, timbul perasaan ragu2 semula...cepat betul syaitan-syaitan ni bertindak...ermm..

sampaikan one time, cam decided tak nak kawin sbb tak dapat nak grasp seme benda yg berlaku dengan sangat cepat...tak berani bagitahu ayah, so bgtahu Mak je...Mak dah tak tahu nak buat apa, siap marah Abang Yusof lagi in case Abang Yusof buat apa2 kat anak dia...hehe (sian abg yusof)...akhirnya ayah tahu...once more ayah called me.. i still remember it was at night and in front of our house (near the gate as we want to talk far enuf that Abang Yusof won't hear us)...ayah kata betul ke tak jadi kawin ni? I was too afraid and didn't answer... then Ayah said (which i will never forget)..."Dah buat istikharah tak sebelum ni masa decide nak kawin?" I replied, dah....Ayah dengan nada yang tegas said "Kalau dah istikharah dan dah dapat jawapan dia, kene berpegang dengan jawapan tu, mana boleh main2...dah la minta Allah tunjukkan the right thing to do, tapi lepas tu decide tak nak ikut...Kalau dah dapat jawapan istikharah even sekali pun stick to it and then need to firmly believe that it is Allah's answer to what is best for you"(not his exact words but with the same meaning)... tergamam dengar what Ayah said, it really knocked real senses into me, and since that moment ,whatever feelings merapu dalam kepala dan yang pikir macam2, i just shoved it away...and believe that Allah has guide me to marry him for He knows what is the best for me dunya and akhirah...

The moment



With dua lafaz, (dua lafaz sebab lafaz pertama Abang Yusof sebut N.F bin Hasbullah, bukan binti..hehe)..akhirnya....termetrai la ikatan janji yg sah antara kami...the majlis was really simple...i wore baju kurung Cik La and Abang Yusof wore baju melayu given by Ayah Zul (my bapa saudara) ...the nikah was done with very minimal mas kahwin n hantaran...

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )


Only close relatives came and a few of my very close friends..

Before the nikah, right after solat maghrib, I made a special solat hajat.... I asked Allah to make my heart tranquil and I also ask Allah to remove any feelings during the nikah, as I dont want to suddenly scream and run away :P....but Subhanallah, Allah the Most Compassionate granted exactly my wishes... masa akad nikah tu and during the whole process, I didn't feel a thing!! Ada sedara ni tanya, nampak Kak Lin cool je, takde la emosional nangis ke, gembira ke...hehhee...indeed everything is from Allah...Everything is from Allah...


Post Nikah

Lepas kawin baru lah I have the chance to get to know my husband...indahnya bercinta lepas kahwin..sebab semuanya halal...leh gi dating kat tasik berdua, main bowling berdua, nak main sms2 pun semenya halal :)...I married him solely for the sake of Allah...and I relied totally to Allah to guide and ease everything if it is good for me..and all praise to Allah, He never left me alone...I have never 'bercinta' before marriage so I cannot compare which one is nicer, bercinta sebelum or selepas kahwin..but my dear readers, trust me, there is nothing in this world that is joyous and most fulfilling in the heart except for when you do something that pleases Allah, the owner of this entire universe...keseronokan yang melampaui batasan deen itu hanyalah keseronokan sementara yg hanya sesaat tetapi dosanya di tanggung hingga ke akhirat...

Side track jap..ada cerita kelakar sket, after nikah, I had to take another week extra cuti to spend time with my beloved husband...as we need the time to really get to know each other, so, I texted my supervisor to tell him that I am married...he didn't reply, but when I came back to UK, one of the student asked me if I was really married, and I replied yes...he said, it was funny as it took my supervisor one whole week untuk menerima hakikat that I was already married...in his world, this kind of marriage can never ever happen....until this happened to me, I too was suspicious..

But now I learn one very important lesson...Wa makaru, wa makarAllah...wAllahu khairul maakireen...they, we, anybody can plot or dream anything and Allah has His plans too..but yet, in the end, Allah is the best plotter .....

Moga tulisan penulis yg tak seberapa ni akan menjadi manfaat buat antum semua...Kalau ada silap dan salah, segala kekurangan harap maafkan... InshaAllah in the next entry, I will list down all the possible lessons to be learned from this piece of our lives...

10 comments:

insan marhaen said...

salam ziarah. lepas ni get ready jadi ummi pulak yer...

Eliyana Saliha Elias said...

terima kasih atas perkongsian yang menarik =)

moga2 akak n ustaz yusuf sentiasa berbahagia hingga ke akhir hayat..dan sentiasa dimurahkan rezeki=)

ummi? good luck kak!=)

Ayman said...

An amazing story well told..

Mohd Shahnom Ismail said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Shahnom Ismail said...

Salam wbt, semoga antum kekal bahagia hingga ke syurga

Doakan saya pula yer~

ana muslim said...

Waalaikumussalam wr,

To insan marhaen : ameen :)

To Ely : its my pleasure...ameen again :)

To Ayman : oo baca gak ke blog abg yusof ni? (Ayman ni adik akak)

To Shahnom : Ameen...moga di mudahkan urusan dlm membina baitul muslim nanti...

Iman said...

Ya Allah, i was waiting for this post.Ingatkan akak tak post lg, rupanya masa sy lama tak bkak blog, masa tu le akk post.

"Wa makaru, wa makarAllah...wAllahu khairul maakireen..." =D

Sungguh menarik cte ni,2la kahwin tak boleh disusahkan dgn mcm2..lagi mudah urusannya lagi barokah.

Anonymous said...

Selamat Pengantin Baru, semoga ikatan perkahwinan kalian kekal sehingga ke akhir hayat, peroleh anak soleh dan solehan yang ramai..

che'gu wa

anita kema said...

salam..
sambil baca, sambil senyum.. baca lagi, senyum lagi...
Semoga kebahagiaan itu membawa ke syurga. Kalian berdua adalah insan yg budiman dan mengenali kalian adalah suatu rahmat bagi kak nita. Alhamdulillah.

ana muslim said...

Wsalam wr Kak Nita,

First time kak nita comment kat sini..terharu..huhuhu ;) Kami pun bertuah mengenali kak nita sekeluarga yg special ni, moga ukhuwwah berkekalan hingga ke syurga...ameen kepada doa kak nita and upon u too...ameen!