Saja nak share lagu terengganu...ingat lagi masa kecik2 dulu nyanyi lagu ni kat sekolah rendah (sek. red. sultan sulaiman I), pastu sekolah menengah lak (sek. men. (A) sheikh abdul malek...lepas tu melarikan diri ke perak pulak....so tak dah nyanyi lagu ni...
Masa dolu2 duk nyanyi tu ada gak fikir, wah dengan menyanyi lagu ni sama mendoakan sultan terengganu tu...bestnya dia ramai org doakan..kanak2 yg innocent plak tu...hehe
Cumanya nak relate sket ngan zaman kita ada sistem khalifah dolu2...i remember ada ustaz ni bgtahu, dia penah jumpa dalam kitab lama2 kat kampung2 di malaysia tu, bila bab khutbah, ada gak mendoakan kesejahteraan khalifah yg nun jauh di Turki dan mereka tak pernah tgk pun...tv pun takde time tu...hebatnya kerajaan time tu, seme rakyat bersatu dibawah khalifah yg satu...
and kalau ada negara Islam yg ditindas pastinya khalifah ini akan melakukan sesuatu untuk menolong...
Hari ini? wanita2 di bosnia di rogol, tiada siapa yg ambil endah, kanak2 islam di bunuh merata2 di palestin, tiada suatu kuasa dunia melancarkan perang pada zionis yg jahat itu... umat Islam di Chehnya yg terpaksa keluar merempat di negara2 jiran, tiada pemimpin dunia yg menjemput mrk bernaung di bawah kerajaannya....
Alangkah indahnya jika kita punya pemimpin itu...sistem khalifah yg sangat penting yg para sahabat semuanya sangat memahami bab ni, sehinggakan jasad rasulullah s.a.w yg wafat di tangguhkan dulu dan di buat meeting tergempar dahulu utk memilih khalifah, ketua yg akan memimpin umat Islam sedunia....
Namun realitinya kini...kita hidup di dunia tanpa khalifah itu...dan kita masih dapat bersuka-suka, berpoya-poya menikmati hidup ini...dasyat betul kita ini, tidak memahami ajaran Islam sebagaimana yg difahami oleh generasi sahabat2 yg telah dijanjikan Rasulullah, the best generation! Dasyat, sungguh dasyat... hidup utk sekadar hidup...
Sepatutnya kita tak boleh duduk diam, bak kata orang panas punggung...mesti cari jalan keluar daripada belenggu ini! Perlu ada usaha untuk mengembalikan balik khilafah islamiyah,tak kira apa jua cara, berusrah, bermabit, berceramah, bekerja secara kolektif....moga seperti lagu pada entry sebelum ini.....Islam akan kembali gemilang...Allahu Akbar!
KEWAFATAN NABI SAW DALAM AL-QURAN – SATU MUKJIZAT
-
Sedia maklum bahawa Nabi SAW wafat pada usia 63 tahun. Dan baginda
menjalani hidupnya dalam tiga fasa:
1. Sebelum diangkat menjadi rasul 40 tahun.
2. Be...
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment