Di atas ni, filem indonesia yg bertajuk syahadat cinta...suami sy terjumpa ketika browse youtube dan saya pun menontonlah..
Mula2 ingat cite ni biasalah drp jahat, jadi baik...tapi lama2 cam pelik gak lah citer ni...erm, hingga akhirnya saya tak pasti apa mesej yg hendak di sampaikan oleh cerita ini...ending citerya pulak cam tergantung...so lagi lah tak pasti..oh ya, sy tidaklah setuju sgt dengan dressing wanita2 didalam cerita ini...ada juga beberapa perkara lain yg sy juga tidak setuju...anyway..
saya rasa penulis cerita ini ingin menggambarkan yg cinta tu tak sepatutnya di pandang terlalu keras, black and white, seperti student2 pesantren dlm cerita tersebut...mungkin..
Bagaimana pula Islam memandangkan kisah cinta? Ini adalah tulisan dan pandangan saya, jika sekiranya ada pembaca yg tidak setuju, bolehlah di bangkang... pada mulanya dulu, saya ketika mula2 kenal Islam, saya juga memandang keras terhadap subjek ini..subjek yg mungkin di anggap taboo oleh sesetengah org yg 'kuat' memegang Islam...subjek ini banyak grey area nya...jadi anggapan ramai drp kita konsep cinta ini seperti konsep syubhah dalam hadis 40 tu, lebih elok kita jauhi kerana mungkin kali kita akan terceroboh masuk ke kawasan larangan...kalau boleh elakkan, baguslah..
Tapi setelah meneliti, membaca dan mendengar ceramah...saya mula berfikir2...tidak salah dalam Islam jika kita berfikir, tetapi mestilah berlandaskan Al-Quran dan sunnah...kalau tidak ada fikir2 ini, sudah pasti tidak akan keluar ijtihad2 dan hukum2 baru..kalau sekiranya fikir2 ini terkeluar drp landasan syara' maka haruslah kita menegur si anu yg berfikiran sedemikian...tapi jika fikirnya dilandasan betul, tiada salahnya malah Islam menggalakkan kita berfikir...afala ta'qilun...
Saya suatu hari mendengar tajuk 'Love' oleh Dr. Hesham Al Awadi...seorang penceramah yg amat saya kagumi dan hormati...di dalam tajuk itu, dia mengisahkan sebuah hadis tentang seorang sahabat lelaki yg amat mencintai seorang wanita...pada mulanya mrk berkahwin, tetapi kemudiannya bercerai...wanita itu tidak lagi menyukai si suami tersebut...tapi si suami ni terus menerus sgt cinta padanya, sampai tidak keruan lagaknya di bandar itu...si wanita tersebut terus sahaja tidak mengendahkan ex husband tersebut (maaf, saya lupa nama si suami dan wanita tersebut)...jadi cerita ini sampailah ke pengetahuan Rasulullah s.a.w.... apa agaknya respon baginda nabi?
Kita mungkin menyangka baginda akan berkata, aahH apa gunanya si lelaki tersebut masih menggilai si wanita itu...hentikan sahaja perasaan mu itu..ataupun mungkin dengan baik baginda nabi menasihati si lelaki utk melupai wanita itu... atau pun senyap sahaja membiarkan org sekeliling mengetawakan lelaki itu kerana sudah tidak segan silu gila cinta dengan perempuan itu..atau pun baginda tiada reaksi?
Mungkin reaksi2 diatas kita sangkakan baginda nabi akan respon...Subhanallah, betapa silapnya kita!! Saya juga ketika mendengar hadis ini sgt terkejut dgn reaksi baginda s.a.w... Subhanallah, benarlah baginda adalah sebaik2 akhlaq, dan sangat penyantun orgnya...tiada sosok tubuh yg lebih layak utk menjadi rasul akhir zaman, kecuali dia, Muhammad s.a.w...
Apabila baginda mengetahui cerita lelaki tersebut...baginda pergi menemui si lelaki tersebut dan menanyakan jika dia masih ingin bersama perempuan tersebut...(baginda tidak langsung menyindir malah jauh sekali turut sama memerli lelaki itu)...sudah tentu si lelaki menjawab ya, dia sgt jatuh cinta dgn wanita itu...kemudian teka apa baginda s.a.w. buat?
Baginda s.a.w yg sgt mulia itu sendiri pergi kepada wanita itu dan melamarnya sekali lagi buat lelaki itu...tetapi kerana wanita itu sudah tiada hati lagi dengan lelaki tersebut, wanita itu menolaknya... saya sugguh kagum kerana Rasulullah s.a.w seorang ketua negara, seorang rasul yg sudah pasti sgt sibuk dgn segala urusan negara dan agama, pergi sendiri utk membantu si lelaki itu dan berusaha sendiri menanyakan si wanita itu...walaupun akhirya di tolak...(bayangkan seorang perdana menteri melakukan ini demi utk salah seorang rakyatnya) dan betapa canteknya akhlaq Rasulullah s.a.w dan Islam itu yg menghormati keputusan si wanita...
Nah drp hadis ini jelas yg cinta itu bukan senda gurau yg boleh diperlekehkan... cinta itu ada tempatnya dalam Islam...seperti tulisan2 saya sebelum ini, tidak salah bercinta, tapi apa yg kita buat apabila bercinta itu yg salah...kalau ada bibit cinta terbit dalam hati, maka meminanglah dan bernikahlah...usahlah di sulami dengan noda2 yg bisa menggelap cinta itu dengan dosa2...sungguh syaitan itu sgt licik dalam hal2 sebegini...
Kalau si perempuan pula jatuh cinta...buat lah seperti Khadijah r.a... sampaikan lah perasaan itu kepada mrk yg boleh dipercayai dan menjadi org tengah..mungkin si perempuan tidak bertepuk sebelah tangan dan akhir cerita ini dengan pernikahan...kalau di simpan lama2 boleh makan diri..tidak salah langsung dari segi syariat utk si perempuan merisik si lelaki...
Mungkin kalau ada masa, ingin saya menulis tentang adat vs. syariat :), inshaAllah..Maaf kalau bunyi tulisan ini kasar atau terlalu longgar...dulu saya juga tidak faham perasaan cinta itu..tapi, alhamdulillah setelah berkahwin, saya mula belajar erti cinta, dan saya pasti perasaan ini bukan boleh direka2, tapi kurniaan Tuhan yg maha kuasa...Maha suci Allah...
No comments:
Post a Comment