Malam ni, sambil menunggu kek masak, surf internet sat...
mula2 terjumpa kat youtube org bersilat utk pengantin yg sedang bersanding...drp situ tengok pula perkahwinan melayu (malay wedding)...
Saja nak komen di sini... org melayu ni mmg sgt rapat dengan Islam...wedding yg pasangan tak bertudung pun di mulai dengan bacaan doa...lepas tu mula lah dengan tarian wanita yg berlenggok2....erm...Islam mula menjadi adat istiadat semata-mata....
Saya masih ingat lagi masa mula2 dtg ke UK wat phd ni, ada akak sorang tu (dah keje jadi doktor masa tu) baru kawin...dengan gembira dan bangga nya dia tunjuk album gambar dia...dia sehari2 kat sini pakai la tudung (walaupun tak cukup syarat)...tapi masa kawin tu seme gambar dia tak pakai tudung...tapi zaman2 dolu2 ini sudah lumrah org kita..
Namun skrg, sikit demi sedikit malay wedding starts to change...org ramai boleh dah terima takde persandingan dalam perkahwinan...mungkin ada org tertanya2, kenapa tak leh sanding, apa salahnya? bukannya duk buka aurat pun? well....salahnya krn menayang2 kan pengantin perempuan tu...perempuan tu cantek bukan utk di pertontonkan kat org yg datang...kadang2 siap ada yg komen, canteknya isteri dia, lagi cantek drp isteri si 'anu' dan si 'anu'....iskkk..tak ada kurangnya dengan pertandingan ratu cantek...
Perkahwinan yg excessive....apa pulak ni? Semenya nak excessive, nak hotel 5 bintang la, nak band dtg nyanyi la, hantaran berpuluh2 ribu la...melampau pembazirannya...kalau kita tgk masa zaman rasulullah s.a.w. dulu, seme nya simple...mana ada hantaran2 ni...maskawin ada la...relax je, tak yah nak wat kat hotel 5 bintang, semuanya simple...dan perkahwinan di berkati...
Masalahnya kengkadang tu, bukan pengantin, tapi keluarga pengantin...kadang2 tu bukan nya mak ayah pengantin, tapi makcik2 yg paling sibuk...hehe...teringat sorang sahabat yg cerita dia di paksa mekap macam2, siap kene buli bukak tudung masa kawin dia...mak dia pun tak terdaya, ikut je pressure makcik2 sekeliling...iskk...kesian dia jadi mangsa keadaan...org kita ni pun satu, kalau nak pressure buat benda yg makruf takpe gak..ni lain pulak jadinya...
Salah ke kalau nak wat my wedding jadi yg best punya, an unforgettable occasion? Erm...kalau sy yg menjawab soalan ni, sila tepuk dada, tanya iman...of course its a happy occasion and you deserve to be happy...tapi ukurlah baju di badan sendiri...plus, bersederhana is always a good choice....yg penting yg wajib setel dan perkahwinan itu di berkati...apa gunanya happy di mata dan dengan tahniah pelbagai pihak, walhal, Allah tidak 'please' dengan occasion kita itu, or wedding kita membuatkan org cemburu kat kita, tak baik gak...
Ok lah, setakat ni saja my ramblings for tonite... I have so many things to do, May Allah help me...ni setakat cakap2 kosong pada malam hari sambil tunggu kek...esok kami wat open hall di Firth Park, jemputlah dtg..sewa dewan ngan 5 keluarga lain...and my task is to make deserts...my husband's task is to wash all the dishes...hehehe.. baru lah adil, kan? :)
KEWAFATAN NABI SAW DALAM AL-QURAN – SATU MUKJIZAT
-
Sedia maklum bahawa Nabi SAW wafat pada usia 63 tahun. Dan baginda
menjalani hidupnya dalam tiga fasa:
1. Sebelum diangkat menjadi rasul 40 tahun.
2. Be...
3 weeks ago
4 comments:
people do tend to follow their ancestor's tradition (sometimes even mak salleh's tradition) even more than the sunnah when it comes to weddings.I hope Muslims out there learn more about the beauty of Islam and how to celebrate their happiest days in God's blessings...there is none other who can bless us besides God.
Dear Aidamuah,
Yes, i totally agree with u...We should educate ourselves and the people around us regarding the matter...perhaps one day, all will change...
Salam perkenalan :)
mcm mana pula kalau orang bersanding dgn niat supaya orang kenal pengantin dan tahu itu adalah pasangan mereka. lebih kepada untuk memberitahu org. kira perkara ni selari la dgn tujuan kita buat majlis walimah, iaitu nk menghuar2kn kpd umum psl perkahwinan tu.
Buat Pena Biru,
kalau begitu niatnya, baguslah..jadi bersanding lah takyah pakai mekap dan baju2 cantek...mesti tak jalan punya..mesti kalau tak pengantin, si keluarga pengantin nak kan pengantin perempuan cantek2 (baju cantek, mekap cantek)....canteknya isteri hanya buat pandangan suami...dalam islam kalau si suami tak jeles (gheerah in arabic) membiarkan org ramai (lelaki) memandang dan menghayati kecantekan isterinya, di masukkan dlm kategori dayus...kategori dayus ni pulak ada spesifik hadis buatnya (hadis sohih lagi)...org dayyus takkan cium bau syurga..iskk
plus dlm seerah nabi dan para sahabat, takde pun sahabat2 yg bersanding, tapi semua org tahu pun tu isteri mrk....jd rasanya yg terbaik of course mengikut sunnah rasulullah dan para sahabat..
wallahu a'lam...
Post a Comment