Assalamualaikum wr wbt,
Tetiba pulak rasa nak menulis tentang usrah ku....ini bukan usrah yg ku bawa or pernah bawa, tetapi tentang usrah yg aku ikuti sebagai mutarabbi...
Sejak akhir2 ni, aku sgt sibuk dan kadang2 geram dengan kesibukanku yg mengambil masa dan tenaga juga perasaanku..tetiba tadi terbaca emel naqibah ku kepada mailist yg besar....
Tulisannya tak lah berkisar tentang diriku, cuma nasihatnya kepada salah seorang saudara dalam amal jamaie ini...tapi ketika membaca emelnya itu, aku dapat membayangkan suara, lenggok bicara naqibah ku ini...tiba2 rindu menyapa diri...
Usrah jarak jauh mmg memakan dan menghisap kudrat yg ada....terkadang usrah terpaksa di jarakkan waktunya kerana pelbagai kengkangan hidup sebagai pelajar ini...ahh, kepada yg berusrah di kawasan sendiri, patut bersykur kerana betapa mudahnya antum semua utk ke usrah, tak perlu, bersenggang mata kengkadangnya itu dek mengantuk krm memandu lewat malam...
Tapi aku sangat bersyukur masih mempunyai sebuah usrah yg mengikat hati, perasaan dan ruh aku...aku kagum dengan naqibah aku yg kental jiwanya...bila sahaja memandang raut wajahnya, aku tahu banyak sekali apa yg di fikirkannya...sentiasa memberikan senyuman melayan gelagat2 anak usrahnya...
Setiap kali aku pulang drp usrah, mesti hati aku melonjak2 gembira...terasa puas sekali...biar pun tak sempat mengikuti pengisian2 yg berat2, tetapi cukup hanya dengan memandang dan mendengar suara murobbiyah ku itu...kata2 nasihatnya, aku semat di dalam hati....aku puas...
Aku berdoa semoga murobbiyah aku itu di rahmati Allah selalu...moga Allah memudahkan setiap langkah dan jejaknya...moga Allah mengganjarinya dengan sebesar2 pahala...Aku juga berdoa semoga hati aku sekental tabah jiwanya...Aku juga berdoa moga aku terus tsabat di jalan ini...
Mungkin aku tidak pernah mengungkapkan didepan murobbi ku ini...dan juga murobbi2 aku sebelum ini yg tidak putus2 membentuk diri ku....ana uhibbukunna fillah...jazakumullahu khairan katheera...
KEWAFATAN NABI SAW DALAM AL-QURAN – SATU MUKJIZAT
-
Sedia maklum bahawa Nabi SAW wafat pada usia 63 tahun. Dan baginda
menjalani hidupnya dalam tiga fasa:
1. Sebelum diangkat menjadi rasul 40 tahun.
2. Be...
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment