Sejak aku berada di bumi orang putih ini...2 tahun 5 bulan 12 hari telah memberi aku satu pengalaman yang amat berharga bahkan memberi satu pengarapan untukku meneruskan baki-baki kehidupan yang ada....ada yang duka,ada yang pahit dan ada yang masam serta bermacam-macam lagi.Malah setiap hari aku disirami dengan berbagai tatapan,telatah,perwatakan dan gelagat seorang insan yang bernama manusia..Lalu satu saat,minit dan detik,Tiba-tiba tanganku mengapai sebuah kitab tafsir Al-quran dan aku membuka lembaran ayat ke 7 dalam surah Muhammad yang bermaksud.."Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong(agama)Allah,niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.."
Ayat ini memberi Satu motivasi kepadaku dan juga penilaian diri dalam kerangka untuk menuju sebuah kehidupan yang amat bermakna.yakni Hidup yang sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah s.w.t selalu.Malah menjadi satu aset untukk kita bermuhasabah dalam erti kata menghitung diri,menilai amalan dan juga tindakan...Apakah mutabahah amal yang kita lakukan hari ini dan esok serta hari-hari yang akan mendatang...Maksudnya kebaikan yang kita lakukan??
Namun senario hari ini seakan-akan kita tenggelam dalam realiti yang sebenar,ketarikan dunia seolah-olah menggelamkan niat suci kita,Hati-hati kita sentiasa disulami dan dihiasi dengan sifat alpa,malas dan sebagainya.Bila difikirkan dan direnung sedalam-dalamnya, ianya membuat kita terlalu jauh untuk menuju landasan hidup yang allah redhai.
Bagi dunia pelajar hari ini,apatah lagi saat-saat final exam dan seterusnya menamatkan pengajian.Realitinya kita asyik berfikir,bila habis belajar nanti ....Aku nak kerja apa dan nak pakai kereta apa dan nak buat rumah berapa tingkat? Maka terbayanglah jenama bermacam-macam.....Mercedes,Honda,Bmw dan Volvo serta dan lain-lainya.
Semua penyakit ini bukan sahaja menimpa kepada pelajar dan juga orang berkerja malah berjangkit juga kepada kita,insan-insan yang pernah di tarbiyah.Kita seakan-akan lupa memikirkan di mana tempat atau keadaan yang aku boleh bantu islam?Apakah persiapan aku untuk berdepan masyarakat?Lihat lah dengan kehalusan mata.....setiap hari terpampang berita di tanahair kita,Simbol-simbol jahilliyah menerjah kembali...Bayi-bayi yang tak berdosa dan tak mengenal dunia ini dibuang merata-rata,sumbang muhram kian menjadi-jadi,Gejala murtad kian hari,kian bertambah,perintah allah yakni bersholat,sering diabaikan malah kesedaran membaca al-quran pun kian menyepi,Malah Nafsu dan kesedapan makanan sentiasa diraihkan,Halal-haram bukan lagi menjadi sandaran dan kunci kehidupan.
Maka ingatlah dan fikirkan ayat ke 7 dalam surah muhammad tadi dan juga ikrar kita kepada Allah ketika menunaikan sholat dalam pembukaan bacaan doa iftitah...hidup dan matiku kerana Allah.Adakah semua telah terlaksana?
Moga kedua-duaNya tadi dapat menarik perhatian dan mata hati kita untuk kembali meneguhkan iman dan taqwa, agar ianya sentiasa segar dimana sahaja kita berada.
DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad.
KEWAFATAN NABI SAW DALAM AL-QURAN – SATU MUKJIZAT
-
Sedia maklum bahawa Nabi SAW wafat pada usia 63 tahun. Dan baginda
menjalani hidupnya dalam tiga fasa:
1. Sebelum diangkat menjadi rasul 40 tahun.
2. Be...
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment