Cinta dulu, cinta sekarang...
Ada bezakah? Menurut lagu Dato' S.M. Salim ni diatas ni ada...and i have to agree mmg ada difference nya...cuma nya beliau mengesahkan drp sudut budaya dan bangsa...which ultimately orang melayu sepatutnya jadi orang Islam...hehe, bagaimana pula ngan bangsa Bajau, Dusun, Kadazan dan yg lain2? (Al maklum suami orang Bajau, jadi, terover sensitif ler kalau cakap bab bangsa2 ni) hehehe...
Sebab tu lebih accurate kalau di kesahkan dengan agama...orang2 melayu ni, kalau cite pasal adat resam bangsa dan budaya, seme ok, seme boleh terima, tapi bila cerita pasal agama, deen terus ada negatif feeling, iskk....
Walhal Islam tu lah yang sepatutnya memagari adat resam dan budaya, dalam Islam ni sangat2 lah meraikan bangsa2 yg berlainan, kalau orang Bajau ada baju tradisional mereka, amik, pakailah , nak pakai tiap2 hari pun takpe, ASALKAN baju tersebut masih dalam garis-garis syariah...
Masalahnya, orang2 kita tak paham garis2 tu...depa ingat kita ni seme kene jadi cam orang arab lah, pakai jubah, serban etc... (tak dinafikan itu sunnah dan sangat baguslah kalau berkehendak memakai sedemikian), tetapi Islam meraikan juga pelbagai personaliti manusia...
Kalau yang mmg orang tu berjiwa rock, tak de masalah dalam Islam...nak pakai jeans , silakan, nak nyanyi ngan gitar pun nyanyilah (bab ni ada khilaf ulamak, jadi tak semestinya haram)...kalau itu mmg personaliti dia, dan lama-lama inshaAllah, bila dia mula faham, dengan sendirinya dia akan menilai diri dia...tapi pada permulaan tak kisah, seme benda tu masih dalam garisan2 syariat...Tak payah lah kita seme nak pandang serong...Pandang serong bila org tu buat benda2 keluar garis2 syariat ni...
Berbalik kepada cinta....
Cinta dulu cinta skrg.... Masa duk mesia tu, sakit jiwa, mata, hati dan perasaan bila tengok bebudak muda duduk pegang tangan, peluk2 depan mata... penah skali dalam LRT depa duk peluk2 depan mata, masa tu menggelegak, tuhan je tahu....nak sound takut gak kene hempuk ngan budak laki tu, so, senyap je la...iskkk
Sini di Sheffield pun apa kurangnya, ada gak nampak lelaki perempuan Islam, Melayu duk jalan sama2... Takde la pulak saya menyiasat dengan lanjut, so takleh komen lebih...tapi nya kat mana2 pun leh berlaku kalau org tak faham...and orang tak takutkan Allah...
Nak bercinta tak salah, cinta itu langsung tak bersalah, tapi kita yang memilih utk bercinta dalam garisan atau di luar garisan syariat Islam....syaitan akan cuba habis-habisan untuk mengelabui kita, maka berhati2 lah!
KISAH PISAU
-
Saya agak cerewet tentang pisau.
Bila sudah selesa dengan pisau tertentu, susah untuk tukar kepada pisau
yang lain.
Semalam saya ke dapur untuk masak ...
4 hours ago
2 comments:
"agama x mengecewakan umatnya,umatnya yg mengecewakan agamanya"
itu lah yg berlaku bila adat melangkaui syariat..islam meraih apa saja melainkan yg melampaui batas..moga ada petunjuk pada mereka semua..amin ya rabb
p/s:bila nk singgah mesir..?hehe..
insyallah klu ade rezeki,nk juga jejak kembali ardhul kinanah,tahun lepas,transit jap kt airport cairo,sebelum pi saudi...
Post a Comment