Wednesday, 17 June 2009

Kemelut politik

Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS

Malaysiakini
Jun 17, 09 1:29pm

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

nik aziz angry 170609"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

selanjutnya di sini
-------------------------------------------------------------------------

Saya jarang sekali mengomen tentang politik...tapi entahlah kesian rasa ke Tuan Guru Nik Aziz yg terpaksa mengharungi dan mempertahankan prinsip dikala ada suara2 yg cuba membawa PAS ke haluan yg lain... Walaupun saya tak lah nampak di kaca mata manusia aktif di sayap mana...tapi saya percaya dengan perjuangan Islam, tidak kira dimana Islam itu ditegakkan....yg benar tetap akan di katakan benar, yg salah tetap akan dikatakan salah... Walaupun mungkin ada yg mencemuh, tapi saya a firm believer in change of the person first, start drp individu kepada masyarakat dan seterusnya... mmg tak dinafikan perlunya org berusaha kearah daulah Islamiyah, tapi yg berusaha kearah daulah Islamiyah itu pun memerlukan individu2 yg hebat dan utuh kefahaman dan keimanannya...jika tidak, mungkin daulah yg dibina tak dpt bertahan disebabkan individu2 yg merosakkannya...

Buat mereka yg menyokong perjuangan Islam, teruskan menyokong tidak kira dimanakah sayapmu..yg penting berdasarkan Al Quran dan sunnah...yg penting silaturrahim dijaga..yg penting kita taklah bercakap besar disana sini tetapi hanya umpama tin kosong, mempersoalkan apa yg org dh buat sahaja tanpa diri sendiri tiada apa yg disumbang....

2 comments:

HambaAllah said...

Askm wrhmt.

Setuju dengan komen bahawa kita perlu eratkan silaturahim sesama Islam tak kira di sayap mana juga mereka. Namun secara peribadinya saya sebenarnya lebih suka jika kita sesama Islam baik PAS mahupun UMNO juga mengeratkan silaturahim.sejahat mana UMNO itu,dia masih Islam.berbalik pada isu di atas,bagi sayalah bagus kalau kedua2 pemimpin ikhlas berbincang dan perpaduan tu tak semestinya bergabung parti,kita sama2 berbincang tanpa kepentingan politik.wallahua'lam.

ana muslim said...

Wsalam wr hamba Allah,

Sangat canteklah kalau kedua2 parti boleh berbincang seperti yg dinyatakan...namun, dengan melihat sejarah politik dunia (dgn my limited knowledge), saya tak pasti kalau perkara ini feasible...kalau matlamatnya sama tanpa ada selfishness, yes, boleh...tapi saya agak sangsi dengan apa yg telah berlaku di negara kita... saya tidak percaya orang2 yg berterusan dalam dosa2 kecil untuk tampil membawa perubahan baru....

Tapi kalau benarlah terjadi seperti yg dicadangkan.. alangkah indahnya..