Tuesday, 9 June 2009

Dua beranak curi pakaian

Oleh Noor Hastikah Hassan
am@hmetro.com.my

>
DITAHAN ...anggota polis membawa dua beranak yang dicekup
orang ramai, semalam.

BUKIT MERTAJAM: Bagaikan tiada pedoman hidup. Seorang bapa sanggup melatih anaknya sendiri menjadi pencuri semata-mata mahu mendapatkan wang mudah bagi membeli dadah.

Dengan menaiki sebuah motosikal, pencuri dua beranak itu berlegar-legar mencari sasaran sesuai sebelum bertindak apabila mempunyai ruang dan peluang.

Bagaimanapun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Dua beranak itu terperangkap selepas mencuri beberapa helai pakaian wanita dan lelaki di sebuah butik di Bandar Perda, di sini, semalam.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Sedihnya baca berita camni.... tak patut betul...dapat anak ajar anak buat benda2 haram...walhal bukan semua org di anugerahkan Allah utk memiliki anak sendiri...

Kesian kat anak tu...kesian kat anak2 sedunia yg mungkin nasibnya serupa atau lebih teruk lagi...ni seme kes dadah...org Islam lak tu yg hisap dadah...sakit jiwa betul memikirkan masalah2 negara..

No comments: