Tadi saya baru membaca tulisan Ustaz Halim tentang
Golongan gugur di jalan Dakwah . Dengan pengalaman saya amat sedikit ini, saya amat bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh beliau...
Saya ingin elaborate tentang antara faktor yg membuatkan ikhwah/akhawat itu futur adalah kurangnya kefahaman Islam, risalah Islam dan objektif risalah ini...mungkin kerana kekurangan pendedahan oleh murobbi nye atau kurangnye pendedahan pembacaan... Saya juga pernah melalui fasa ini...setelah bertahun-tahun berusrah, tapi masih kurang jelas apa yang patut dibuat...seerah nabawiyah memang dah khatam, tapi penekanan terhadap apa yg boleh di pelajari kurang... Dengan itu akan menjadikan kita orang2 yg baik sahaja tanpa ada kefahaman tanggungjawab merubah mereka disekeliling kita...baik utk diri sendiri sahaja, alangkah sayangnya....
Peranan naqib/ah atau murobbi bagi saya sangat penting...mungkinkah kerna saya orang yg tak pandai berpantun seloka yg menyebabkan murobbi saya perlu jelaskan dengan terus terang apakah yang sebenarnya di expect drp saya? Mungkinkah orang lain tidak perlu cara sebegini? Entah, mungkin ya, manusia ni sangat complicated, sebab tu murobbi saya selalu berkata, Dakwah Itu Seni... Seni ini tiada boundary limits, mungkin dengan A, kita buat gaya kuak lentang, dengan si B kene pulak gaya bebas, dengan si C pula gaya kupu-kupu... Tapi saya rasa perlu juga ada elemen berterus terang....supaya tiada ambiguity lagi dalam mesej yg ingin disampaikan...
Tapi tidak dinafikan peranan murobbi sangat2 penting dalam membentuk mutarabbi nya...jika murobbi itu meluangkan banyak masa dengan mutarabbi nya, inshaAllah akan sangat dapat melajukan mutarabbi itu...bagi saya lebih lima kali ganda drp anak2 usrah yg jarang di contactnya...Tapi benar, sangat time consuming, tetapi setiap perkara utk berjaya perlu ada pengorbanannya...Ini lebih2 lagi di UK ini, yg waqi'nya sedikit berbeza dengan di Malaysia...Sebagai mutarabbi pula, kalau naqibah kita jenis yg mmg sibuk dan terlupa, kita la pula kene tidak memalukan diri utk mendekat diri dgn mrk...(it takes two to tango :) )
*******************************************************************************
Salah satu sebab kawan seangkatan saya yg tidak lagi bersama-sama di jalan ini adalah godaan dunia...memang benar dunia ini memang sangat besar godaannya...berkahwin dengan mereka yg hidup mengejar dunia akan membawa kita mengejar dunia juga...Dunia...saya masih ingat masa mula2 pulang drp UK dan duduk di rumah selama dua bulan, bagai kan terapung2...tiada tarbiyyah ketika itu dan juga naqibah sebelum itu tidak stress kan kepada saya supaya mencari...tapi alhamdulillah Allah masih sayangkan saya...sahabat saya, Eleena mengingatkan saya untuk kembali...dan mengajak saya kembali berusrah semasa saya mula bekerja di Cyberjaya...hanya yg Allah yg dapat membalas jasanya...
Godaan dunia dari segi kerja yang sangat sibuk...kerja sy sebagai IC design Engineer di CyberJaya sungguh sibuk! Sampaikan malam pun berfikir tentang kerja, weekend sangat penat dan masih berfikir kerja...tiada kehidupan...mujurlah saya ada usrah ketika itu...walaupun usrah itu bagi saya tidak lah efektif sangat sebab sampai2 dah penat selepas drive 2 jam dalam trafik jam..dan ukhuwwah sesama ahli pun baru mula nak bertaut..tapi sekurang2nya, saya masih dalam lingkungan itu...alhamdulillah...kalau tidak sudah pasti saya hanyut dalam godaan dunia yang tidak pernah putus!
Sahabat seperjuangan yg saling mengingatkan itu sangat2 penting...kita hanya manusia yang mungkin terlupa...
Saya tidak tahu apakah suratan saya utk di masa hadapan...saya cuma mampu berusaha sedaya mungkin dan berdoa moga Allah tetap teguhkan diri dan pendirian di jalan Allah ini...saya sangat mengimpikan bersama Rasulullah s.a.w. dan para sahabat di syurga kelak...saya sangat menginginkan syurga FirdausNya...saya berdoa moga Allah menetapkan hati dan jiwa raga saya sekeluarga untuk mencari redhaNya...
Saya juga berharap untuk membawa mereka2 dikeliling saya utk bersama saya dalam quest ini... Saya berharap saya akan menjadi seperti mrk yg disebutkan oleh Allah dalam ayat dalam surah Ali Imran diatas....tidak lemah dengan mehnah2 yg bertandang dan tidak menyerah kepada musuh (syaitan) dan menjadi orang yg sabar, ameen!
----------------------------------------------------------------------------------------
Saja nak kongsi fantastic pictures of masjidil Aqsa
http://www.360tr. net/kudus/ mescidiaksa_ eng/index. html
No comments:
Post a Comment