Hati dan perasaan ku bagaikan halintar,berdebar- dan berdengup untuk menanti detik tanggal 5 december 2012 .Detik itulah akan membawaku bermusafir di bumi berkah ini,bumi suci dan bumi perjuangan dan syahid, dan bumi para anbiya.Malah Allah menjadikan nya bumi akidah dan iman,bumi penentangan dan jihad. Bumi yang aku maksudkan adalah bumi gaza.Bumi yang penuh pergolakkan dan penindasan oleh zionis,satu bangsa yang amat zalim,tidak berperikamnusiaan,tak kira yang tua,muda,kanak-kanak dan bayi,semua menjadi mangsa kekejaman.
Pagi-pagi lagi aku dah bangun dari tidurku,macam ada sesuatu kekuatan yang menghasutku untuk terus istiqamah dalam perjuangan ini.Pergi dan pasti kamu bergembira,ungkapan ini lah yang terngiang-ngian disanubariku.
Tanyalah pengalaman mereka yang pernah pergi dan pastinya hampir setiap orang menjawab,ia adalah satu pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan
Sememangnya ia menyeronokkan dan mengembirakan ,tidak ada tempat lain yang dapat memberi perasaan dan pengalaman yang sehebat ini.
Malah kata mereka lagi, tidak sama dengan kota london,sheffield,Malaga dan istanbul yang pernah ku jelajah sebelum ini
itulah gambaran dan info yang pernah diberi oleh kawan-kawan dan rakan-rakan yang pernah ke sana.
Aku yakin dengan kebenaran dan kesahihan ini.
Tiba-tiba telefonku berdering dan jam ditanganku menunjukkan hampir pukul sembilan pagi.Aku kena bersiap sebelum.Segala persiapan dan kelengkapan telahku siapkan awal-awal lagi dan telahku letakkan semua di sudut penjuru ruang tamu,agar mudahku gapai dan ku bawa pergi.
Sebelum pergi,aku terus melangkah ke bilik untuk menunaikan sholat musafir,memohon pertolongan Allah s.w.t ,agar perjalanan ini,perjalanan yang di redhai dan diberkati.
Nabi s.a.w bersabda "tiada seorang hamba meninggalkan atas keluarga sesuatu yang lebih utama daripada melakukkan rukuk(doa) dua rakaat didekat keluarganya ketika menghendaki musafir(safar)
(al-imam an-nawawi ,al majmu)
Malah Tok guru berkata sekiranya seseorang itu ingin memulakan perjalanan yang melebihi dua marhalah (96km)"Maka di sunatkan baginya mendirikan sholat sunat musafir dua rakaat
...Bersambung...
KEWAFATAN NABI SAW DALAM AL-QURAN – SATU MUKJIZAT
-
Sedia maklum bahawa Nabi SAW wafat pada usia 63 tahun. Dan baginda
menjalani hidupnya dalam tiga fasa:
1. Sebelum diangkat menjadi rasul 40 tahun.
2. Be...
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment