Thursday 11 February 2016

Nikmat Yang Lima dalam Kehidupan

Dalam melayari sebuah kehidupan,berbagai aneka nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada manusia,memang tidak terhitung.Ada di antara kita menyedari bahawa sesuatu yang diperolehi adalah nikmat dari Allah s.w.t. Lazimnya mereka bersyukur.Tetapi ada juga yang melupakan sesuatu nikmat kebahagiaan,kemewahaan,darjat dan kebesaran yang diperoleh itu datangnya dariapda Allah.

Secara kasar nikmat Allah s.w.t boleh dikategorikan  dalam lima kumpulan:-

Pertama : Kebahagiaan di akhir iaitu kebahagiaan yang kekal abadi.antara kebahagiaannya ialah kegembiraan yang tiada kesedihan,kepandaian yang tidak ada kebodohan,dan kekayaan yang tidak bercampur kefakiran.

Tetapi kita tidak dapat mencapainya kecuali dengan pertolongan allah s.w.t. Kebahagiaan yang pertama ini tidak sempurna kecuali ada nikmat yang kedua iaitu:

Kedua : Akal yang disempurnakan dengan ilmu,pemeliharaan diri yang disempurnakan dengan menjauhi haram,subahat dan maksiat.

Nikmat lain yang termasuk dalam kumpulan ini ialah keberanian yang disempurnakan dengan rasa kesedaran.Nikmat-nikmat ini pada hakikatnya adalah pokok-pokok agama.
keutamaan nikmat kedua ini,dapat disempurnakan dengan adanya nikmat yang ketiga iaitu:

Ketiga : Keutamaan badaniah yang meliputi kesihatan badan,kekuatan dan panjang umur.Nikmat ketiga ini dapat disempurnakan dengan adanya nikmat yang keempat,iaitu

Keempat : Harta,keluarga,kemuliaan dan keluarga mulia.Tetapi tidaklah sempurna mengambil manafaat dengan nikmat-nikmat itu kecuali dengan adanya nikmat kelima,iaitu:

Kelima : Hidayah Allah,pimpinan Allah dan kekuatan dari Allah.

Sekarang cubalah kita tanya pada diri sendiri.Adakah kita sudah bersyukur dengan nikmat yang allah berikan kepada kita?

Pangkat dan kedudukan yang tinggi,badan yang sihat,keluarga yang bahagia,keperluan rumah,makanan dan pakaian yang mencukupi serta lain-lain keistimewaan yang dimiliki..

Fikir-fikirkanlah...................

No comments: