Baru seusai mendengar rakaman ceramah Ustaz Zaharuddin yang dijemput ke Sheffield, 14th of March untuk memberi ceramah tentang Maulidur Rasul...Malam tu ana tidak dapat utk hadir ke majlis tersebut, Allah memberi ujian berupa demam dan sakit tekak...Alhamdulillah 'ala kulli haal...
Maulid Nabi - Aqidah - Ustaz Zaharuddin
Ceramah ustaz zaharuddin begitu menyentuh jiwa dan dengan intonasi dan diselangi lawak jenaka..
Konsep ceramah beliau adalah mengenai akidah...sangat menarik, dimulakan dengan kematian kita yang sudah pasti, liang lahad yg menghimpit...adakah kita sudah bersedia menghadapinya? (Oh ye, takziah buat Kak Su sekeluarga, moga ruh ayah Kak Su ditempatkan dengan roh2 orang2 yang soleh..ameen)
Kemudian beliau bercerita tentang syirik yang menjadi amalan kebiasaan orang kita, suka berjumpa dengan bomoh2, percaya pada ayat yang ditampal dalam rumah, percaya dengan bintang (leo, cancer, aries etc) ... semua ni akan menghijab amalan kita didepan Allah s.w.t.
Bagi ana, point yang paling striking adalah mengenai apakah persediaan yang kita di dunia ini untuk menghadapi alam barzakh yng ratio hidup di dunia dan di alam barzakh adalah amat jauh sekali...sanggup kah kita menghadapi liang lahad yang akan menghimpit di alam barzakh tersebut? (sedangkan terkepit tangan kat pintu pun sudah sakit sangat?!) Bagaimanakah kita nak mempastikan yang kita adalah orang yang terawal untuk di hisab di hari pembalasan, sedangkan 2 billion org Islam yg hidup sekarang + orang2 muslim yg terdahulu?
Ya Allah, takutnya memikirkan betapa sedikitnya amalan diri ini... Bagaimanakah diri ini dapat memastikan berada di queue utk pembalasan di hari akhirat antara orang yg terawal? Paling hebat pun mungkin akan di adili selepas para sahabat, dm riwayat Al Hakim seramai 70,000 orang , bagaimana pula dengan kehebatan ulama2 selepas itu, imam shafie, imam hambali, imam ghazali dan para2 syuhada2? Mereka telah meninggalkan tinggalan buku2 ilmiah yg hebat yg masih di baca dan di telaah selepas 1200 tahun!! Aduhhh... siapakah aku di celahan mereka? Aku juga ingin mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w... aku ingin diri aku dilihat sebagai hambaNya yg soleh...Ya Allah dengarlah rayuanku, jangan lah Engkau melepas kan pandangan Mu padaku walau sekelip cuma...
Apakah yang telah aku usahakan untuk melayakkan diri mendapat Rahmat Ilahi?
Aku berfikir2... sekiranya khalid Al-walid membawa parut2 di perang sebagai tanda pengorbanan nya kepada Islam, sekiranya imam Bukhari meninggalkan koleksi hadith sahih al bukhari sebagai bukti sumbangannya pada Islam... aku pula bagaimana? Lantas aku berjanji pada diri... Aku bercita2 untuk menyedarkan dan mengajak kembali umat ini bersama-sama ke jalan Islam yg lurus...aku bercita2 memulakan langkah ku dengan sahabat2 ku disini dan seterusnya dengan pelajar2 di universiti ku... Aku ingin melahirkan engineer2 yang mendokong Islam di batu jemalanya, pensyarah-pensyarah yang memimpin anak bangsa ke arah redhaNya, manusia-manusia yang mengagungkan kalimah TuhanNya....moga ianya akan menjadi sesuatu yang aku boleh jawab di depan Rabbul Alamin nanti..Ya Allah, tetapkanlah keikhlasanku, hanya semata-mata untukMu...bantulah hambaMu ini dengan meneguhkannya di jalan agamaMu, kerana, Engkau lah sebaik2 Pencipta, sebaik2 penolong...
Inilah wawasan akhirat aku... bagaimana pula dengan kamu?
2 comments:
WAWASAN AKHIRAT ANA..
MEMAJUKAN DIRI UTK UMMAH. KEMUDIAN TRANSFER KNOWLEDGE BACK TO SOCIETY SO THE NEXT GEN WILL BE BETTER THAN ME.
inshaAllah Ayman... majukan diri dari aspek keduniaan dan akhirat..Moga ianya menjadi sumbangan kepada Islam tercinta ini..
Post a Comment