Thursday, 19 March 2009

Fa Sabrun Jameel

Hidup ni tak lekang dengan mehnah dan tribulasi...tidak dinamakan hidup jika ianya tiada pasang dan surutnya...

Seperti mana firman Allah s.w.t. dalam surah Al Ankabut :

Alif, Laam, Miim. (1)

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (3)

Begitulah hidup orang yang beriman, pasti akan ada ujian...ujian datang dalam pelbagai bentuk..kadang-kadang dalam berbuat baik pun akan ada ujiannya...

Kadang-kadang ujian hati tu antara yg terberat...seperti yg tercatat dalam sejarah, fitnah terhadap Aisyah, r.a....beratnya hati menanggung segala kata-kata manusia sekeliling, walhal, Aisyah selama itu sentiasa bersama nabi Muhammad s.a.w, menjadi pendokong dakwah yang setia....hinggakan terucap kata menggambarkan rasa...yg terbit dari bibir sepantas mehnah yang di timpa...seperti kata Nabi Yaakub. a.s ketika ujian menimpanya :

.....bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya (fa sabrun jameel), dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu." (Yusuf: 18)

Begitulah jua ucapan ku dan ucapan ku kepada sahabat2 ku... FA SABRUN JAMEEL...Wallahu Musta'aanu 'ala ma tasifun..

No comments: