Alhamdulillah Syukur, Alhamdulillah Syukur, Alhamdulillah Syukur Ya Rabbi...
Syukur di atas segala nikmat yang Allah di berikan kepada hambaMu yang fakir ini...
Terkadang di dalam kekusutan minda, ada terdetik jua lupa mengucapkan syukur pada Yang Esa...
Muhasabah diri : Banyak nikmat-nikmat yang Allah telah berikan kepadaku semenjak lahir lagi, tiada putus2...Allah sentiasa menjagaku, terima kasih Ya Rabbi di atas kurniaanMu...ampunkan daku kerana kurangnya bersyukur di atas segala nikmatMu itu...
Syukur jua di berikan peluang untuk menunaikan ibadat Haji tahun lepas...Allah Maha Besar, sesungguhnya, Allah Maha Hebat... sebelum aku memulakan pengajian phD ku, aku telah sematkan untuk membuat haji semasa belajar, subhanallah, aku amat bersyukur Allah menerima hajatku....
Gambar diatas adalah gambar yg diambil drp kamera salah seorang rakan yg pergi bersama haji...Gambar tersebut didalam Masjid di Arafah...Hari Arafah yg istimewa utk mereka yg menunaikan Haji, keistimewaan ini tidak diberikan kpd mrk yang menunaikan umrah sahaja....Alhamdulillah sekali lagi, Allah memberi peluang kepada kami untuk bermunajat sepanjang Hari Arafah di dalam masjid berhawa dingin...Gambar diatas menunjukkan saat2 akhir sebelum habisnya hari Arafah, hari yang amat maqbul doanya di situ...semua mengangkat tangan ke hadrat Ilahi, memohon, merayu akan keampunan dosa-dosanya...
Alhamdulillah Ya Rabbi...syukur..
KEWAFATAN NABI SAW DALAM AL-QURAN – SATU MUKJIZAT
-
Sedia maklum bahawa Nabi SAW wafat pada usia 63 tahun. Dan baginda
menjalani hidupnya dalam tiga fasa:
1. Sebelum diangkat menjadi rasul 40 tahun.
2. Be...
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment