Wednesday, 31 December 2008

Gaza berdarah syuhada’ -

- diambil daripada blog ustaz Annuar Salleh dalam entri bertajuk Gaza berdarah syuhada’ -

Sabarlah ya ikhwani.
Kalian diharamkan
daripada kenikmatan dunia
oleh tangan-tangan durjana
kerana kealpaan
saudara-saudaramu di mana-mana
meninggalkan jihad
leka dengan syurga dunia
yang hina fana

Tuhan telah menjanjikan
untukmu Syurga
bersama-sama
Sumayyah dan Yasir
Hamzah dan Khubaib
yang jua
telah mendahuluimu
mewakafkan hidup untuk Allah

Namun airmataku yang mengalir
bukan kerana darah syuhadamu
tapi kerana ramainya
saudaramu di sini
yang gugur murtad
fasik dan bangga
mengikut jejak
budaya Zionis keparat.

Sedangkan para duahnya
ramai yang tertidur
mimpikan pangkat
nama dan darjat.

(Annuar Ibnu Salleh Hussain)

- diambil daripada blog ustaz Annuar Salleh dalam entri bertajuk Gaza berdarah syuhada’

--------------------------------------

Selasa ,30/12/2008 -Dr Moawiya Hassanen, ketua Unit Kecemasan Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, melaporkan tentera udara rejim Zionis terus menyerang pada waktu Subuh hari Selasa dan membunuh 10 Rakyat Palestin.Mereka turut mengebom pihak medik yang cuba memindahkan mangsa yang cedera. Jumlah maut terkini menjadi 360 dalam kurang daripada empat hari, hampir 1700 cedera .

Serangan udara Israel itu mensasarkan kawasan kementerian di belakang Islam University, kawasan bekas Penduduk Palestin Preventive Security di Tal Al Hawa, kawasan Navy barat Gaza, pusat Qassam Brigades di Timur Al Zeitoon Gaza City, utara jalan Gaza City, satu bengkel tukang besi di tengah Gaza dan sebuah rumah yang menjadi kepunyaan salah seorang daripada pemimpin-pemimpin Al Qassam Brigades di utara Gaza.

Helikopter Apache Israel telah menembak dua peluru berpandu ke arah sebuah pusat kepunyaan Popular Resistance Committees, barat Gaza City. Serangan ini di buat sejurus pihak rejim Zionis mengumumkan 2 orang askar mereka mati dalam satu serangan pejuang Palestin.

TV Al Aqsa Hamas melaporkan beberapa penduduk telah terbunuh dan cedera dalam satu serangan udara yang disasarkan ke arah rumah Ayman Siyam , salah seorang daripada pemimpin briged Al Qassam di Jabalia.

Note:
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : gunx

http://www.palestinkini.info

Wednesday, 24 December 2008

Masjid Nabawi

Tuesday, 23 December 2008

Ziyarah Al Madinah - Jabal Uhud

Pemandangan Bukit Uhud dari dekat

Mt. Uhud is a mountain near Medina. It is 142 meters high. It was the site of the second battle between Muslim and Meccan forces. The Battle of Uhud was fought on 23 March, 625 CE, between a force from the small Muslim community of Medina, in what is now north-western Arabia, and a force from Mecca. Jika perasan, bukit kecil di sebelah kanan gambar ialah bukit dimana para pemanah Uhud berada...


sesampainya kami di Jabal Uhud, Ustaz Mazrul (yang berjubah dan berserban putih) memberikan sedikit sebanyak taklimat tentang bumi yang bersejarah itu.

Ustaz Mazrul menunjuk kearah Bukit Uhud...


Oh Uhud

Anas bin Malik, may Allah be pleased with him, reported:
Allah's Messenger (may peace be upon him) said:"
Uhud is a mountain Which loves us and which we love
"

Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 2467

Sekali lagi model kita berposing di depan perkuburan para syuhada' Uhud... di antara sahabat-sahabat terkenal yang di kubur disana ialah bapa kepada para syuhada', bapa saudara nabi, Hamzah bin Abu Muttalib.. Di sunatkan untuk memberi salam kepada ahli2 qubur jika menziarahi perkuburan orang2 Islam....

Cerita tentang Hamzah r.a. ..our hero...

Hamzah ibn Abdul-Muttalib fought fiercely, killing many Qurayshi heroes. No one could stand against him until Wahshi, the slave of Jubayr ibn Mut'im, waited for him in ambush. He was expert at throwing the javelin and seldom missed his mark. Jubayr had promised him that he would set him free if he killed Hamzah. He had killed his uncle Tu'aymah in the Battle of Badr. Hind, the wife of Abu Sufyan who was thirsting for revenge, also encouraged him to kill Hamzah. Wahshi attacked Hamzah with his spear, striking him so hard that it pierced the lower part of his body. Hamzah fell, a martyr.

Cerita tentang Mus'ab bin Umair :

Muhammed s.a.w addressed the dead body of Mus'ab thus:

“When I saw you for the first time in Mecca there was nobody more handsome and well-dressed than you. But, I see that today your hair is uncombed and only a sheet of cloth covers your body!”

The dead of Uhud could not get proper shrouds because in those days Muslims were poor and lacked money. Mus‘ab bin ‘Umair had only a sheet of cloth over his body; if the head was covered, the feet were bare and when the feet were covered the head was left bare. In the end, his head was covered and his feet were covered with grass. Such was the shroud of Mus ‘ab bin ‘Umair (Allah be pleased with him) - the great martyr of the Muslim nation.

Di perang uhud ini, 70 orang telah menjadi para syuhada', kebanyakannya daripada golongan Ansar....manakala 22 orang kafir quraisy telah terbunuh.



Pemandangan dari atas buki pemanah, kelihatan perkuburan para syuhada' Uhud ..
Di kaki bukit penuh dengan peniaga-peniaga menjual barangan dagangan mereka.

Bukit tempat pemanah Uhud pernah mempertahankan Islam di latar belakang gambar

Hadith tentang perang Uhud :

Hadis riwayat Sahal bin Sa`ad ra.:

Bahwa dia ditanya tentang luka Rasulullah saw. dalam perang Uhud, Sahal menjawab: Wajah Rasulullah saw. terluka, gigi seri beliau patah serta topi perang beliau juga hancur. Fatimah putri Rasulullah saw. lalu membersihkan darah beliau sementara Ali bin Abu Thalib menuangkan air ke atas luka dengan menggunakan perisai. Ketika Fatimah melihat ternyata air hanya menambah pendarahan, ia lalu mengambil sepotong tikar dan membakarnya hingga menjadi abu. Kemudian Fatimah menempelkan abu tersebut pada luka beliau hingga berhentilah aliran darah itu

Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim : 3345


Bukit Uhud telah menyaksikan detik yg sangat bersejarah dalam kehidupan umat Islam, banyak pengajaran-pengajaran yang dapat di pelajari bila kita meneliti bahagian seerah ini..moga kita semua mengambil manfaat daripadanya...



Inilah kumpulan kami, satu-satunya gambar yang ada kesemua rombongan haji MSM...jurugambar akhi Rahman sahaja yang tiada dalam gambar ini...kesemuanya 28 orang..alhamdulillah this journey mentautkan dan merapatkan lagi ukhuwwah sesama kami.. indeed a very special memory....

Monday, 22 December 2008

Ziyarah Al Madinah - Masjid Quba'


Bersedia dalam bas untuk pergi ziarah

Abbad dan Ustaz Yusof dalam bas


Semasa kami di Madinah, kami di bawah pergi menziarahi tempat2 bersejarah di sekitar Madinah oleh travel agent kami... maka berangkat lah kami 3 bas semuanya...orang2 melayu semua duk satu bas...

Di dalam bas, ada juga orang yg bercerita tentang sejarah2 tempat ini, tapi dalam BAHASA URDU...hehe..arakian maka terpinga-pinga lah orang orang melayu semuanya, maka adalah sekiannya yang tertidur, terngaga, ter berangan...hehe...akhirnya di usahakan supaya ada org pakistan dlm bas tu utk translate dlm bahasa inggeris...Alhamdulillah, dapatlah juga kami serba sedikit ilmu...sangat menarik....

Tempat pertama yang kami singgah ialah Masjid Quba'..


Masjid Quba dari luar


Ustaz bergambar dengan Abang Tahir didalam masjid Quba'


Sedikit cerita tentang masjid quba, dari sumber yang sentiasa at your finger tip, Pakcik Google :D

"The Quba Mosque (Quba' Masjid or Masjid al-Quba, Arabic: مسجد قباء) just outside Medina, Saudi Arabia, is the first mosque ever built and the oldest mosque of Saudi Arabia.

Its first stones were positioned by the prophet Muhammad on his emigration from the city of Mecca to Medina and the mosque was completed by his companions.

Muhammad spent more than 20 nights in this mosque (after migrating) praying qasr (a short prayer) while waiting for Ali whose house was behind this mosque."

Dan yang menarik ramai org ziarah masjid ni kerana, jika kita amik wuduk sebelum dtg, dan sampai sana solat sunat dua rakaat, akan dpt pahala seperti mengerjakan umrah!

"Whoever purifies himself (take wudhu') in his house then comes to Masjid Quba' and prays in it has the reward like that of Umrah. (an-Nasa'i and Ibn Majah)"

Apa lagi kengkawan, cepat2 pasang niat utk ke tanah suci Allah ini :)

Monday, 15 December 2008

Ahlan wasahlan Ya Hajji!

6 hari pertama di Madinah Al Munawwarah

Pakej Haji kami bermula dengan ziarah ke bandar junjungan Rasululullah s.a.w kita iaitu Madinah...kami berlepas ke airport Madinah drp London dengan menaiki Egypt air...disebab kan flight kami dari london dah delay lebih kurang 2 jam, maka kami transit di Cairo hanya beberapa jam sahaja... ustaz nostal la sket, al maklumla balik ke tempat dia pernah study dulu :)

Tak ingat dah sampai madinah pukul bape, dalam kul 2 pagi camtu kot... sampai2... di greet dengan polis2 madinah dengan wajah yg ceria, ditanya mereka, min aina? Malizi? Kami pun jawab la, na'am malizi..dan terus disambut dgn...

"Ahlan wa sahlan Ya Hajji " kata mereka...wah, terasa yang kedatangan kami di alu-alukan ke bumi dimana tubuh mulia rasulullah di kuburkan...
Lepas tu chaos sket...kami di suruh naik bas oleh travel agent kami, Mr. Mansha...tapi ada juga dikalangan org melayu dlm geng kami (oh ye jumlah org melayu yg pergi bersama kali ni sebanyak 28 orang)... belum keluar building airport tu lagi...akhirnya kami naik juga bas tu kerana katanya dia akan pastikan semua sampai di apartment kami... beg2 kami di lontar dan dicampakkan keatas bumbung bas...(normal di situ bawak beg atas bumbung bas, almaklum probability nak hujan di sana amat tipis sekali, jadi selamat la beg2)

Dalam ngantuk2 tu sampai la kami ke apartment... kata Mr. Mansha terus amik wudhuk dan solat subuh berjemaah di masjid nabawi... saya dan suami pun bersiap2 dan pergi kearah masjid tersebut.. it took us lebih kurang 15 min jalan kaki ke sana, dan lintas 2 jalan besar...sampai2, rupanya pintu masuk kedalam masjid lelaki dan perempuan berbeza... terpaksa lah berpisah, saya pun bawa diri nak masuk ke masjid nabawi...

Di setiap pintu ada polis2 perempuan menunggu...mrk akan cek beg2 kita, jika ada bawa kamera or henfon ada kamera... masa tu mana la tahu x leh bawa henfon tu...tup tap, di check, akhirnya polis tu tunjuk suh solat kat luar sahaja....iskk...terkilan jugak rasanya...

Maka subuh pertama di Madinah bersolat di perkarangan marmar masjid nabawi...waduh2 masa tu sejukkkkk amat lah terasa, kene duk dalam 2 jam lebih gak kat luar tu, tak bawa sejadah lak tu dan bertemankan baju nipis sahaja yg di pakai... masih ingat lagi..dalam hati berdoa... bila nak masuk subuh ni?? terasa 2 jam seperti 5 jam sahaja...

Selesainya solat subuh, maka saya menunggu la pula suami tercinta utk pulang ke aprtment bersama2...tunggu dan tunggu dan tunggu...tak juga nampak batang tubuhnya (plus hanya sorang je yg bawa henfon, so xde cara lain nak kontek)...setelah cam sgt kesejukan akhirnya nampak la dia muncul...iskk....lepas ni kami bersetuju utk saya ikut geng2 perempuan sahaja, sebab susah sgt nak komunikasi jika apa2 terjadi dan seorang terpaksa menunggu....:)

That was our first day di Madinah... selanjutnya banyak peristiwa2 manis yg di lalui ketika kami di sana....

Saturday, 13 December 2008

Hajj : A journey of a lifetime... our story


Alhamdulillah, telah selesai ibadat haji kami...jutaan syukur dengan rahmatNya, kami mampu menghabiskan rukun islam ke lima ini.. banyak betul pengajaran dan kenangan manis yg ingin kami kongsikan bersama, moga2 pembaca semua mendapat manfaat, inshaAllah, secara bersiri, kami akan menceritakan pengalaman haji 2008 kami dikit berdikit...

kami sampai di airport London heathrow pda 12 Dec pada pukul 3.50 pm, awal setengah jam drp yg dijangkakan...penerbangan kami drp Jeddah airport, Hajj terminal ke Cairo (transit di sana 6 jam) dan kemudiannya ke London...perjalanan yg terasa sungguh jauh dan lama....:), alhamdulillah 'ala kulli haal...

Kemudian kami sewa kereta, dan dengan jasa baik Abbad tolong drive sampai la ke sheffield, jazakallahu khair to Abbad...Sejak sampai di sheffield, kerjanya tidur dan tidur dan tidur...tujuannya nak regain energy...hajj really tested our endurance, energy, stamina, and will power....

nak sambung tidur lagi...inshaAllah ada masa kita sambung lagi...

oh ye gamba di atas ialah Ustaz Yusof di Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah..

Friday, 21 November 2008

SeLanGKaH MuSaFiR

لبيك اللهم لبيك، لبيك لا شرِيك لك لبيك، إن الحمد والنعمة لك والملك، لا شرِيك لك


Assalamu'alaikum wrt wbt...


InsyaAllah,Kami akan bertolak ke Tanah suci mekah menunaikan ibadah Haji pada 23 November 2008 bersamaan hari Ahad ini..Dengan itu kami menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada pembaca dan kawan-kawan dimana sahaja berada sekiranya ada kesalahaan,mengguris hati dan perasaan atau terkasar bahasa atau apa-apa dosa pun secara langsung dan tak langsung dalam setiap pergaulan,senda gurau dan juga dalam setiap artikel yang dipaparkan di Blog ini

Doakan kami agar Allah berikan kesihatan,keselamatan,kesabaran dan kebaikan dalam perjalanan ibadah haji kami dan memperolehi haji mabrur. Ameen


Semoga Allah juga memberikan kesempatan kepada Rakan-rakan Semua untuk mengunjungi Baitullah.

Wassalam.

Saturday, 15 November 2008

KeredhaanNya sahaja lah yang ku pohon

Tinggal genap seminggu lagi sebelum kami memulakan langkah kami ke tanah suci Madinah...
Tanah di mana rasullullah s.a.w yang amat di kasihi pernah suatu masa dulu berjuang disitu,
Bumi di mana jasadnya di semadikan,
Madinatun Nabi,
tumpahnye suka duka junjungan kita yg tercinta...

Apakah perasaanku?
Rasa yang amat gembira dapat aku 'bersua' dengannya,
Aku berharap aku nanti dapat menghirup roh semangat perjuangannya,
Nabi yang sangat aku cintai dan yang sedaya upaya cuba aku contohi..

Di sebelah kuburnya pula, kubur sahabat yang di kasihi, Abu Bakar dan Umar r.a.,
yang ceritanya aku telah aku dengar daripada ceramah-ceramah,
Kagum dengan betapa setianya mereka di samping rasulullah tercinta,
semua seerah yang ku baca, kini aku berpeluang untuk 'merasai' kenangan mereka...

Ya Allah, kedatanganku hanya mengharapkan keredhaan Mu,
Cukuplah jika aku pulang nanti, aku mendapat secebis keredhaanMu,

Terimalah kedatangan ku............

Labbai Kallah Humma Labbaik, Labbaikala Syarikalaka Labbaik, Innal Hamda Wanni'mata Laka wal Mulk La Syarikalak.....

"Hambamu datang menyahut panggilanmu, Ya Allah, Hambamu datang menyahut panggilanmu.... Hambamu datang menyahut panggilanmu, Tidak ada sekutu bagimu....

Wednesday, 5 November 2008

Takdir

Opick

Dihempas gelombang dilemparkan angin
Sekisah ku bersedih ku bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencana Nya

Semua berjalan dalam kehendak Nya
Nafas hidunp cinta dan segalanya

Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi

Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti (hilang kan berganti)

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati rindukan Dia
Karena hanya dengan Nya hati tenang
Damai jiwa dan raga

Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi

Hanya pada Mu Ya Robbi



Aku jarang menceritakan tentang kisah hidupku di sini... bertepatan dengan niat membuka laman ni utk berdakwah adanya, namun kali ini perasaan mengajak aku menulis dan berkongsi apa yg aku telah alami mahupun sedang mengalami..moga-moga menjadi inspirasi bagi mereka yang lain, atau paling tidaknya, belajar daripada pengalaman aku...

Aku tidak menyalahkan takdir, tidak sama sekali...malah aku tahu, inilah yang telah direncanakan oleh Dia buatku, namun, sebagai manusia aku lemah, lemah dari banyak sudut... entah, mungkin ada yang memandang aku seorang yang kuat, namun sekuat mana lah seorang yg dinamakan manusia...aku juga menghadapi masa-masa sukar, sukar untuk bernafas, sukar untuk berfikir, sukar untuk mengawal emosi...ahh, gara-gara pengajianku ini...

Masuk tahun kelima aku di sini...aku masih cuba mengumpulkan sisa-sia kekuatan yang ada untuk meneruskan perjuanganku...bila difikirkan bagaimanalah aku dapat terus menapak sedikit demi sedikit....aku pun tidak tahu, namun aku tahu pastinya Dia yang memapahku...entahlah, nak katakan aku tidak rajin, penyeliaku telefon aku sabtu ahad, siang malam, sebut sahaja bila, aku tetap prihatin akan komen-komennya pada kerjaku...aku bersabar...mungkinkah ini ujian kesabaran bagiku? aku memohon dan merayu pada Dia untuk memberi kejayaan padaku untuk ujian ini...walaupun aku rasa tidak mampu, tapi aku tetap terus merayu pada Dia...

Sudah ditakdirkan aku mendapat topik kaji selidik yang susah, senang kata PhD yang susah...dulu penyeliaku tidak mahu mengaku, namun di saat2 akhir dia mengaku tersilap jangka...tidak sangka topik ini se komplikated ini....dan yg ironinya, bila sahaja mahu tutup topik itu dengan konklusi tika itulah pula timbul2 persoalan2 yg lain yg akhir membuatkan topik itu tidak dpt ditutup, jika ya pun dapat ditutup memakan masa yang sangat lama...dan begitulah satu demi satu chapter berlaku, semuanya komplikated...ingatkan mudah sahaja, tetapi sungguh meleset sangkanya...

Tapi aku harus bersyukur, penyeliaku sanggup menolongku walaupun ilmunya terbatas didalam bidang ku ini...dia sama-sama belajar, tapi akulah yang paling teruk kene belajar dan mengongsi apa yg aku belajar dengannya...itu adalah yg telah ditakdirkan buatku..seperti lagu diatas, aku pasrah....pasrah bermaksud redha ya?

Aku berdoa moga Dia memberi jalan keluar bagi ku...seperti didalam surah At Talaq ayat 2-3... aku sudah tiada daya lagi, hanya Dia sahaja yg dpt menolongku...aku sangat lemah, wahai Tuhanku, bantulah hambaMu yg serba kekurangan ini....

Langkah dan terus melangkah, oh Tuhan, iringilah aku dalam setiap langkahku.........

11 Jan 2009


Monday, 3 November 2008

Labbaikallahumma Labbaik!


Semalam kami pulang daripada kursus haji...alhamdulillah sedikit sebanyak kami mengumpulkan ilmu2 untuk menunaikan rukun Islam ke-5 ini...

Banyak sekali pertanyaan yg berligar2 di minda ini.. yang paling aku ingat ialah kata2 ustaz dimana Haji tempat ujian...terutamanya ujian kesabaran.... aduhhh kesabaran... aku rasa inilah yg paling aku lemah, sabar... katanya semuanya perlu bersabar di situ... nak naik bas pun kene sabar, atas bas berjam2 pun kene sabar, bangunan kotor pun bersabar... kena caci maki orang disana pun memerlukan kesabaran...

Sekarang aku hanya mampu berdoa pada yg Esa untuk memberikan aku kesabaran itu...aku juga memohon supaya Allah menjaga ku dan menutup segala keaiban ku yg sungguh banyak ini... Aku merayu Allah supaya memudahkan perjalanan ku nanti...

Lebih bersemangat untuk membuat haji sekembalinya kami daripada kursus tersebut... Alhamdulillah, aku mohon supaya semuanya 'smooth' untuk kami menjadi tetamu Allah pada tahun ini... rasa bersyukur di terima antara 3 billion manusia yg di pilih utk menjadi tetamu Allah dan moga aku pulang menjadi seorang yg baru, lebih baik, lebih bagus dan terampun segala dosa2 ku.... ameen..


Ibn Umar reported that the Prophet (p.b.u.h.) said: “The one who fights for the sake of Allah and the pilgrim who goes for Hajj or Umrah are all guests of Allah. He called them and they responded; they ask of Him and He will give them.” (Ibn Majah: 2893)

"Whoever performs the Hajj and commits no lustful act during it nor disobeys God (in any other way) shall return from it as pure and sinless as he was at the time of his birth." Bukhari & Muslim

Tuesday, 21 October 2008

BiLa KiTa MenGHiTunG



Bila Kita menilai dan menghitung atau bermuhasabah,terasa begitu cepat dan pantas masa beredar.Terasa baru mencelikkan mata untuk memulakkan aktiviti seharian,hari sudah menginjak malam,terasa baru meniti hari pertama kat UK ini,tanpa kita sedari umur makin memakan usia.

SahabatKu Dimana jua berada....
Betapa untungNya,Hamba Allah yang menghargai masa dan juga kehidupanNya,setiap hari,detik dan masa terisi dengan pahala.Setiap tapak dia melangkah memberi manafaat kepada semua.Kehidupan ini bagaikan kerdipan mata,satu perumpamaan yang tersirat maksud yang begitu dalam.Betapa singkatnya hayat manusia,Justeru itu,jangan ianya dipenuhi dengan lena yang panjang,jangan sampai kita terjaga pada kali jasad yang sudah dimamah tanah.


Hitung lah diri kita sebelum kita diperhitungkan oleh Allah s.w.t di kemudian hari.....Begitu juga amalan dan tindakan .Sejauh mana kita telah melaksanakan amanah sebagai hamba Allah SWT. Apakah kita telah benar-benar melaksanakannya mengikut lunas dan etika Islam. Sejauh manakah tugas kita sebagai manusia yang dilahirkan oleh Allah untuk melaksanakan tugas benar-benar tercapai atau sebaliknya.


Kata-kata hikmah
(Sebaik-baik tangisan adalah tangisan seorang hamba yg menyesali terhadap waktu-waktunya yg belalu tanpa kegiatan yg berfaedah)

Wednesday, 15 October 2008

WinTeR ReTReaT 2008




Thursday, 9 October 2008

Kelahiran Seorang Mujahid

Alhamdulillah. Pagi selasa yang lalu, usrah kami menerima khabar gembira dari pasangan akhie Mahadir dan ukhtie Salmiah yang selamat menimang cahaya mata kedua. Mohd Salahuddin selamat diahirkan di The Jossep wing Maternity Hospital pada pukul 4.19 pagi dgn berat 4kg lebih. Moga Allah kurniakan kekentalan semangat juang seorang mujahid laksana Salahuddin al_ayyubi yang membuka kota maqdis.

Kami mengucapkan tahniah kepada pasangan dan mendo’akan buat mereka sekeluarga,

“Burika laka fil Mauhub. Wa syakarta al Wahib. Wa ruziqta birrahu. Wa balagha asyuddahu”

Yang maksudnya, “Moga Allah memberkati si bayi, kamu mensyukuri Pemberinya dan bayi tersebut berbakti kepadamu” (Hadith Kelahiran). Amin

Friday, 3 October 2008

Jatuh Cinta


Di ambil dari karisma net


Salam...

Renungan buat semua,

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."


Saya bertanya kepada emak, "mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "
Mak jawab, "dua-dua bukan.."
Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. "Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."
Saya memintas, "Tak faham.."
Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."
Mak menyambung lagi, "begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung
"Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. "Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.
"Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,
"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. "Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. . "
"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. " Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.." Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.


-biarkan hati berbicara menyapa kerinduan padaNYA..mencari mutiara di dasar hati..kan bisakah bertemu?-

Thursday, 2 October 2008

ProGraM saMbuTan PeRanTaU sHeFFielD 08

Setiap kali tibanya pelajar baru di Uk ini.Program sambutan pelajar baru pasti akan menemui kita tak kira di mana jua berada di bumi uk.Begitulah unik dan senonimnya,Malah Majlis syura muslimun menjadikanNya sebagai satu aktiviti setiap tahun untuk mempertautkan ikatan ukkhwah diantara pelajar baru dan juga yang lama.Baru-baru ini Majlis syura muslimun kawasan sheffield telah mengadakan program PSP (program sambutan perantau) yang bertempat di Muslim Welfare House of Sheffield.Program bermula dengan aktiviti memasak diwaktu pagi dengan keikatan hati dan pautan ukhuwah dikalangan ahli-ahli usrah posgred.Mereka berganding bahu dan bertungkus-lumus untuk menyiapkan juadah berbuka puasa untuk adik-adik baru dan juga masyarakat islam di sheffield.Penat lelah dan keletihan diwajah kalian hanya Allah yg akan membalasnya.Syukran Jazakallah dan barakallah pie untuk semua.



Manakala program PSP untuk adik-adik bermula 11.30 dengan sessi taaruf untuk saling kenal-mengenal diantara satu sama lain.Sessi terbahagi kepada dua bahagian yakni bahagian ikhwah dan juga ukhwat.Kemeriahaan,keceriaan dan kegembiraan terserlah dengan iringan tawa yg berlegar dan bergema di setiap penjuru.Alhamdulillah....tautan sillahturrahim menampakkan sinarnya.




Majlis diteruskan lagi dengan tayangan video yang telah dirakam setiap program sebelum ini yang di anjurkan oleh pihak MSM Majlis Syura Muslimun.Banyak Aktiviti-aktiviti yang telah diadakan oleh MSM dipertontonkan membuatkan para adik-adik baru dan juga adik-adik lama terhibur mengenang kembali kenangan lama.Antaranya ialah aktiviti perkhemahaan musim sejuk dan juga jelajah eropah serta banyak lagi yg tak dapat ana catitkan.Untuk Adik-adik baru jangan lupa menyertai Program perkhemahaan musim sejuk tahun ini bertempat di loch lomond scotland.....Hehehe tak ketinggalan dan menyeronokkn bermain ski....daftarlah segera,kami menanti ketibaan antum semua.





Salah satu topik yang begitu sensasi pada hari itu ialah perbincangan fiqh luar negara yang disampaikan oleh Ustaz mazlee malik.hinggakan tempat penuh dan melimpah ruah.Ramai-ramai yang datang dikalangan adik-adik baru dan juga abang-abang dan kakak-kakak dikalangan posgred.pgram terakhir ialah iftar jamaie untuk adik-adik dan juga masyarakat sheffield dengan santapan nasi ayam...Malah orang arab,pakistan dan india dan lain-lainnya begitu enak dan menyellerakan memakan nasi ayam....dan ada yang berkata sedapnya dan juga meminta resepiNya...







Akhirnya...semoga dengan limpah rahmat Allah s.w.t program seumpama ini dapat dijayakan dengan lebih baik dan meriah serta diteruskan di masa hadapan.Untuk kenangan PSP itu ana serta sedikit gambar semasa program berlangsung.








Iftar Jamaie
Pemberian Cenderahati Utk Adik2 baru
KhusyukNya mendengar Ceramah
Ustz Mazlee Malik dlm ceramah Fiqh luar negara


Amir East midland memberi Ucapan
Promosi Aktiviti perkhemahaan Musim sejuk



Wednesday, 1 October 2008

SeLaMaT HaRi LeBaRan


Assalamualaikum......Selamat hari raya Maaf Zahir Dan Batin kepadaAyah,Abang-abang,kakak-kakak dan adik-adik semua yang berada dituaran kota kinabalu sabah,Dan tak lupa juga kepada Family yg berada di Pusat bandar putra permai,serdang selangor dan juga di jerteh dan kg Raja besut trengganu serta semua kengkawang dan teman-teman yang berada di sabah,semenanjung malaysia serta juga di mesir dengan iringan kata dan doa Taqabalallahu Minna Wa Minkum, Wa Kulli Ammin Aa Antum Bilkhair minal Aidhin Wal Faidzinn

Wednesday, 24 September 2008

Selingkar kata,Selautan Makna,Ukhuwah tercipta (Perkemas 08)

Dah lama Aku tak berbicara kat blog ini,Maklumlah bz dengan keje-keje...PEKEMAS 08 dah lama berlalu.Namun program tersebut masih lagi berligar dan tersemat di setiap sanubari peserta yg mengikutiNya. Selingkar kata selautan makna ukhwah tercipta di seluruh Uk dan juga ireland.Malah Imam hassan Al-Bana pernah berkata.."Ukhuwah islamiyah adalah keterikatan hati dan jiwa satu sama lain dengan satu ikatan akidah.Ini di kukuhkan lagi dengan sabda rasulullah s.a.w yg bermaksud .."..Tidaklah dua orang muslim berjumpa lalu keduanya berjabat tangan kecuali keduanya di ampuni sebelum keduanya berpisah..( H.R Abu Daud )






Monday, 8 September 2008

Usul 20

Usul 20

TAJUK-TAJUK USUL 20

1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.

2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.

3. Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.

4. Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.

5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.

6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.

7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.

8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.

9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.

10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.

11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.

12.Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.

13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi menfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.

14.Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.

15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.

16.Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai. Contoh “Faedah Bank”.

17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.

18.Islam mengangkat peranan akal manusia.

19.Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.

20.Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.

Taken from blog http://perjalananjauh.wordpress.com/

Apa usul 20 ni? Kene tunggu ada masa utk menulis ... Kalau berminat sgt nak tahu? Leh la baca kat bawah ni...x faham jugak? leh la kontek dakwah ilahi atau ana muslim personally..


Read this document on Scribd: Usul 20

Sunday, 7 September 2008

Virtues of Ramadan

By Sheikh Yasir Qadhi...


Friday, 5 September 2008

Tadabbur

BismillahirRahmanirRaheem..

(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah,

maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal)

dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.

(Surah Muhammad :38)

(Here you are now invited to spend in Allah's cause; but among you are those who withhold (stingily).) meaning, they refuse to spend. Allah continues,

(And whoever acts stingily is but stingy toward himself.) meaning, he only reduces his own rewards, and the bad outcome of that will come back to him.

(For Allah is indeed Al-Ghani) Allah is in need of nothing else, whereas everything is ever in need of Him. Thus, Allah says,

(while you are the needy.) meaning, specifically of Him. The description of Allah as Al-Ghani (in no need) is a necessary description of Allah; on the other hand, the description of the creation as Faqr (needy) is a necessary description for them that they cannot avoid. Allah then says,

(And if you turn away, ) which means, if you turn away from obeying Him and adhering to His Laws.

(He will replace you with other people; then they will not be like you.) meaning, rather, they will be people who will listen to Him and obey His commands.

And Allah is worthy of all praise and gratitude...

Taken from tafsir ibnu kathir...

Sama2 kita ponder upon ayat di atas.........


Tuesday, 2 September 2008

Ikhlas

Sila klik pada gambar utk besarkan
Komik ni diambil dari senikehidupan.com

Assalamualaikum wr wbt semua...

Rasa terpanggil nak post komik ni bila menyinggah di senikehidupan.com. ..

Mula2 tu memang susah kengkadang kalau nak mengikhlaskan diri buat apa2 saja...lagi2 lah kalau benda yg kita tahu bukan sepatutnya kita yg buat, tapi org lain...tapi ada reminder yg kita leh belajar drp komik diatas... kalau susah nak paksa diri buat sesuatu tu, leh cuba melihat kerja itu dengan perspektif yang lain...

Contohnya, susahnya study ni...kenapa la aku perlu buat measurement ni berpuluh kali, silap guna satu skrew pun kene repeat dengan dua skrew plak...bukan setakat tu, kene pulak tunjuk kesungguhan dan aspirasi yg tinggi walaupun sebenarnya dah takde motivasi...

Satu lagi pengajaran, kengkadang tu baik sahaja kita beralah, niatkan kerana Allah... memang la susah betul nak beralah, lagi2 org yg nak kita beralah tu yang lagi patut beralah... tapi...dengan niat yang betul, inshaAllah kita akan dpt pahala dengan beralah itu...

Saja tulis tazkirah ni sambil2 fikir nak balik umah dan masak :)

Selamat Berpuasa!