Thursday 2 October 2008

ProGraM saMbuTan PeRanTaU sHeFFielD 08

Setiap kali tibanya pelajar baru di Uk ini.Program sambutan pelajar baru pasti akan menemui kita tak kira di mana jua berada di bumi uk.Begitulah unik dan senonimnya,Malah Majlis syura muslimun menjadikanNya sebagai satu aktiviti setiap tahun untuk mempertautkan ikatan ukkhwah diantara pelajar baru dan juga yang lama.Baru-baru ini Majlis syura muslimun kawasan sheffield telah mengadakan program PSP (program sambutan perantau) yang bertempat di Muslim Welfare House of Sheffield.Program bermula dengan aktiviti memasak diwaktu pagi dengan keikatan hati dan pautan ukhuwah dikalangan ahli-ahli usrah posgred.Mereka berganding bahu dan bertungkus-lumus untuk menyiapkan juadah berbuka puasa untuk adik-adik baru dan juga masyarakat islam di sheffield.Penat lelah dan keletihan diwajah kalian hanya Allah yg akan membalasnya.Syukran Jazakallah dan barakallah pie untuk semua.



Manakala program PSP untuk adik-adik bermula 11.30 dengan sessi taaruf untuk saling kenal-mengenal diantara satu sama lain.Sessi terbahagi kepada dua bahagian yakni bahagian ikhwah dan juga ukhwat.Kemeriahaan,keceriaan dan kegembiraan terserlah dengan iringan tawa yg berlegar dan bergema di setiap penjuru.Alhamdulillah....tautan sillahturrahim menampakkan sinarnya.




Majlis diteruskan lagi dengan tayangan video yang telah dirakam setiap program sebelum ini yang di anjurkan oleh pihak MSM Majlis Syura Muslimun.Banyak Aktiviti-aktiviti yang telah diadakan oleh MSM dipertontonkan membuatkan para adik-adik baru dan juga adik-adik lama terhibur mengenang kembali kenangan lama.Antaranya ialah aktiviti perkhemahaan musim sejuk dan juga jelajah eropah serta banyak lagi yg tak dapat ana catitkan.Untuk Adik-adik baru jangan lupa menyertai Program perkhemahaan musim sejuk tahun ini bertempat di loch lomond scotland.....Hehehe tak ketinggalan dan menyeronokkn bermain ski....daftarlah segera,kami menanti ketibaan antum semua.





Salah satu topik yang begitu sensasi pada hari itu ialah perbincangan fiqh luar negara yang disampaikan oleh Ustaz mazlee malik.hinggakan tempat penuh dan melimpah ruah.Ramai-ramai yang datang dikalangan adik-adik baru dan juga abang-abang dan kakak-kakak dikalangan posgred.pgram terakhir ialah iftar jamaie untuk adik-adik dan juga masyarakat sheffield dengan santapan nasi ayam...Malah orang arab,pakistan dan india dan lain-lainnya begitu enak dan menyellerakan memakan nasi ayam....dan ada yang berkata sedapnya dan juga meminta resepiNya...







Akhirnya...semoga dengan limpah rahmat Allah s.w.t program seumpama ini dapat dijayakan dengan lebih baik dan meriah serta diteruskan di masa hadapan.Untuk kenangan PSP itu ana serta sedikit gambar semasa program berlangsung.








Iftar Jamaie
Pemberian Cenderahati Utk Adik2 baru
KhusyukNya mendengar Ceramah
Ustz Mazlee Malik dlm ceramah Fiqh luar negara


Amir East midland memberi Ucapan
Promosi Aktiviti perkhemahaan Musim sejuk



No comments: