Monday 9 August 2010

"ProjeK RamadhaN Mubarak Di Bumi PalestiN"



Assalamualaikum......


Beberapa saat dan detik lagi,Seluruh Umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan akan menunaikan Ibadah Puasa dengan satu azam dan satu tekad agar ibadah puasa tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.Insyallah amen.Sejajar dengan bulan yang mulia penuh keberkatan ini.Aman Palestin Berhad sekali lagi melancarkan Projek Ramadhan Mubarak di Bumi Palestin .AntaranNya:-

1.Sahur Dan Berbuka Puasa sebanyak RM40.00 seorang.Bold
2.Pakaian Dan Hadiah Hari Raya sebanyak RM40.00 seorang.
3.Makanan Sekeluarga sebanyak RM160.00.
4.Kempen 1RM 1 Hari,Kempen 1 Tabung 1 Keluarga.
5.Projek Pembiayaan Keluarga Miskin dan Penajaan Anak Yatim Palestin

Untuk mempergiatkan lagi usaha bantuan kemanusiaan ini.Aman palestin berhad telah bergerak setapak lagi dengan menubuhkan satu lagi cawangan Aman Palestin di Gaza.Segala urusan pejabat dan kemanusiaan di dikendalikan oleh orang-orang palestin sendiri.

Kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira Agama,Bangsa dan Negara untuk turut serta untuk sama-sama menyumbang bagi menjayakan projek ini.

" Barangsiapa yang memberi makanan kepada orang yang berpuasa (sewaktu berbuka),maka baginya keampunan terhadap dosa-dosanya,diselamatkan batang tengkuknya dari api neraka dan baginya ganjaran pahala yang sama seperti orang yang berpuasa itu tanpa berkurangan walau sedikitpun"

"Tidaklah apa yang kamu nafkahkan ,maka Allah s.w.t akan mengantikannya dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki" Saba ayat 39

Semoga sumbangan ini dapat meringgankan beban saudara seagama kita di bumi Palestin.Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.Sila hubungi Pejabat Aman Palestin Berhad di talian 03-89267019 dan 03-89275018 atau melayari www.amanpalestin.net untuk mengetahui projek-projek yang telah dijalankan sebelum ini.

Derma boleh dilakukan secara tunai/cek/bank-in kepada :

Aman Palestin Berhad

Maybank Malaysia Berhad : 562263010787
Bank Islam Malaysia Berhad : 12029010047880
Bank Muamalat Malaysia Berhad : 12070005133717

Sama-samalah kita berlumba-lumba melakukan amal kebajikan.

Selamat Beribadah Di Bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Ustaz Yusof Amat
Executive Office (Marketing)
Aman Palestin Berhad


No comments: