Thursday 10 December 2009

ManuSia SeRinG meNoLaK HiDaYaH?


Rambut sama hitam,hati lain-lain.Itulah manusia.Ada manusia yang sungguh-sungguh berdoa meminta agar diberikan hidayah.Namun ada juga manusia yang beria-ia menolak hidayah dan langsung tidak berusaha untuk mengapainya.Bagaimana dikatakan menolak?

Menuru Muhammad al-Mu"afa,terdapat beberapa perbuatan yang boleh di anggap menolak hidayah iaitu:

1.Berpaling daripada hukum Allah s.w.t.
2.Mengelak daripada melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t.
3.Berpaling daripada tanda-tanda kekuasaan_Nya serta keesaan-Nya.
4.Mengelak daripada membelanjakan wang di jalan Allah.
5.Tidak suka berzikir menyebut nama Allah.
6.Lalai mengingati akhirat.
7.Tidak membaca al-quran dan merenungi isi kandungannya apatah lagi beramal dengan ajaranya.
8.Tidak bersyukur dengan nikmat dan sebarang kurniaan yang telah diberikan Allah kepadanya.
9.Terlalu mengikut hawa nafsu.
10.Mudah terpesona dengan godaan syaitan dan tipu dayanya.
11.Memekakkan telinga daripada mendengar peringatan-peringatan.

Apa hukum berpaling daripada hidayah?

Menurut Ibn Hajar al-Haithimi dalam kitabnya,Al-Zawajir"an Iqtiraf al_kabair,menolak hidayah merupakan dosa besar lebih besar daripada dosa mencuri,berzina dan lain-lain kerana mempunyai kesan yang sangat buruk terhadap pelakunya.

wassalam..

Kupasan Dari Majalah solusi bertajuk Murrabi oleh zuraimi ismail.

No comments: