Masihku terbayang-bayang...
Redup mata memancarkan keikhlasan nya,
Menembusi seluruh pelusuk ruang hati,
Menggambarkan kasihnya tidak bertepi,
Menyimpul hati-hati demi dan kernaNya semata..
Ukhuwwah, apa itu ukhuwwah?
Menarik juga kalau ditanyakan soalan ini kepada setiap pengunjung blog ini... pastinya pelbagai jawapan akan diperolehi..
Bagi cik lalat sendiri, mungkin berkongsi pengalaman ini dapat mengingatkan semua mencari jawapannya...
------------------------------------------------------
Ada seorang sahabat yg sudah lama diri ini tidak bersua muka, sayap ini tidak dapat utk terbang sejauh itu, namun, ingatan dan kasih padanya tidak pernah luntur...
seorang sahabat yang terus dan tetap sabar menasihati diri ini, di kala susah, di kala senang, di kala bercelaru, di kala gembira...
Imbasan lalu..
KL, Disember 2002-
Pernah aku tumpang tidur di rumahnya, saja, nak meluangkan masa bersama sahabatku ini, kami tidur di ruang tamu sahaja, bilik2 di rumah itu sudah penuh ketika itu...
Letih..kerna pada siang harinya kami pergi menunaikan hak diri, usrah yang meminta pengorbanan memandu selama 40 minit itu...
Ketika aku sedang lena memberi peluang badanku berehat, ku dengari bunyi di sebelah ku...
Sahabatku ini sedang mengangkat takbiratul ihram, di kala unggas sedang menyanyi, di kala jiwa-jiwa sedang sedang bermimpi....
Adus, aku terasa di tempelak dengan halus...lantas aku menggagahi diri ke bilik air dan membasahi dengan wudhuk...alangkah bahagianya perasaan ku memperoleh seorang sahabat sepertimu....
KL, Ogos 2005-
Aku dilanda perasaan cemas, tidak pasti mengapa sukar dan gundah perasaan ini... padahal sudah lama aku beristikharah, jahat sungguh si syaitan laknatullah ini, tidak henti-henti mengganggu diri ku...
Berkata sahabatku yang di kasihi itu, usah lah cemas,
Sejuk hati ku, menambahkan keyakinan di jiwa, Allah pasti membantu...benar, segalanya di mudahkan dengan RahmatNya, aku masih disamping si dia, syukur alhamdulillah ya Rabb...
Kembali Jun 2000-
Aku masih ingat janji setia kami, sebelum berangkat pulang ke tanahair tercinta...
' Jika kiranya engkau melihat diri ini lalai, sudah tidak teguh pada janjinya, mula hanyut dengan hambatan-hambatan dunia - berjanjilah untuk menarik diri ini semula ke jalan perjuangan ini.. jalan kearah keredhaan Ilahi... jangan sesekali melupa
benarlah janji mu wahai sahabatku, kau kotakan janji mu itu, mencapai aku ketika aku sibuk dengan dunia, mengingatkan aku pada yang Esa, sungguh aku mengingati jasamu sehingga ke akhirat
Wahai sahabatku, aku doakan kau disana di bawah rahmat dan belas kasih Nya, aku doakan kiranya nyawa ini tidak menunggu sehingga kita berjumpa kembali, maka temukanlah hati-hati ini di syurga
Wahai sahabatku...ana uhibbuki fillah,
--------------------------------------------------------
Kini aku melihat, bunga-bunga ukhuwwah mula berputik di bumi
Mu`adh (bin Jabal) (May Allah be pleased with him) reported: Messenger of Allah (PBUH) said, "Allah, the Exalted, has said: `For those who love one another for the sake of My Glory, there will be seats of light (on the Day of Resurrection), and they will be envied by the Prophets and martyrs".
[At-Tirmidhi].
~Aku Zubab hina
18 june 08
No comments:
Post a Comment