Assalamualaikum wr wbt pengunjung2 sekalian,
Mari kita sama2 bersiap sedia menyambut bulan Ramadhan yg mulia ini... moga2 Allah menerima segala amalan kita, ameen...
Allahumma ballighna Ramadhan....ameen
Berikut adalah peringatan buat kita semoga menjadi antara yg keluar dari madrasah Ramadhan dengan cemerlang…
“Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. (51:55)
1. Mujaahadah: jihad melawan nafsu
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (29:69)
Mahukan petunjuk, hidayah? Mahu istiqamah? Berjihadlah melawan nafsu sendiri , sesungguhnya jika kita mendekatkan diri kpd Allah, Allah pasti akan datang dekat dengan kita.
2. Mempunyai aspirasi tinggi dan semangat yg kuat
Ibnul Jawzi berkata, "Tanda minda yang lengkap adalah tinggi aspirasi, sesungguhnya mrk yang rendah aspirasi adalah memalukan, dan aku tidak melihat sesiapa yang kurang upaya lebih daripada mrk yang boleh melakukannya tetapi tidak beraspirasi mendapatkannya.”
3. Mengetahui fadhilat bulan Ramadan dan kelebihan2nya
Sesiapa yang mengetahui sesuatu akan mula menjadi cinta dan menghargainya. Sekiranya tiada sesuatu itu pada bulan Ramadan kecuali Lailatul qadr, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, maka itu sudah mencukupi.
4. Menyedari Ramadan hanya lah sebulan dan betapa cepatnya ia berlalu
“beberapa hari yang tertentu…” (2:184) [Daripada ayat, “Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain;”].
Semalam kita mengucapkan tahniah diatas kedatangan Ramadan, hari ini kita mengucapkan takziah atas pemergian Ramadan. Beginilah bagaimana hari2 dan hidup kita berlalu begitu cepat. Ayuh sama2 kita mengutip pahala2 di bulan penuh barakah ini.
5. Berlumba-lumba dalam melakukan amal soleh
Orang2 soleh berlumba2 melakukan amal2 soleh, manakala mereka yang lain hanyalah banduan kepada nafsu dan hamba kepada kemahuan diri sendiri.
“Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). (35:32)
6. Mengingati mati yang datangnya pasti bila2 masa sahaja
Kita mungkin tidak berjumpa Ramadan yang seterusnya, ayuh segera imarahkan bulan mulia ini!
Moga Allah mengganjari syurga buat kita seisi keluarga…ameen!
Taken and translated from http://www.islaam.com/Article.aspx?id=657
No comments:
Post a Comment