Ketika Aku melangkah kembali ke dunia campus...berbagai-bagai cabaran dan dugaan ku tempuhi...Namun semua itu memberi Aku semangat untuk terus belajar dan berusaha untuk mencapai cita-cita. .Namun hari ini ,nostalgia itu mengamit kembali untuk ku memutarkannya diwacana kecilku ini.
Sebanyak-banyak subjek atau madah yang aku pelajari ialah subjek siasah syarr"iyah(politik islam).Ianya satu subjek yang sungguh menarik untuk didengari dan diterokai oleh sesiapapun.ApaKah yang maksudkan sebagai politik dan ciri-ciriNya?Malah kita dapati masih ada lagi sebilangan masyarakat umat islam tidak lagi memahami konsep ini,tujuan-tujuan dan keistimewaannya.
Bila orang sebut politik,tergambar dalam bahasa arabnya Siasah.Malah Ulama-ulama salafusshaleh mengketegorikannya dengan hidangan nama siasah syari"rryah.Dalam kamus arab al-muhith Siasah berakar kata sasa-yasusu.Boleh diertikan dengan maksud mengurusi,melatih dani mendidik dan mengaturi urusan umat atau mengurusi urusan masyarakat.Dengan demikian politik ini merupakkan ri"ayah (pemeliharaan),Islah (perbaikan),Taqwim (pengurusan ),Irsyad (pemberian arah petunjuk) dan Ta"dib (pendidikan).
Dalam hal ini.Rasulullah s.a.w yang menjadi role model dan ikutan kita pernah menggunakan kata siasah dalam sabdanya..."......Adalah Bani Israil,mereka di urusi urusannya oleh para nabi,ketika seorang nabi wafat,nabi yang lain mengantikannya,tidak ada nabi setelahku,namun akan ada banyak khalifah....(HR Bukhari)
Bila kita melibatkan diri dalam politik beerti kita mempunyai tanggungjawab besar dan satu amanah yang harus kita pikul dalam memerhatikan keadaan kaum muslimin dengan cara menghilangkan kezaliman penguasa pada kaum muslimin dan melenyapkan kejahatan musuh kafir dari mereka.
Bahkan ianya perlu mengetahui apa yang di lakukan oleh pemerintah dalam mengurusi kaum muslimin,menginkari keburukan dan pemimpin yang mendurhakai rakyatnya.
Nabi bersabda."Barangsiapa di pagi hari perhatiannya kepada selain Allah ,Maka Allah berlepas dari orang itu,Barangsiapa di pagi hari tidak memperhatikan urusan kaum muslimin ,maka ia tidak termasuk dalam golongan mereka(muslimin)
Namun hari ini kita dikaburi oleh propaganda-propaganda barat atau orang-orang yang memusuhi islam ataupun kaum sekular bahawa politik itu harus dipisahkann dari agama.Matlamat mereka adalah untuk meletakkan kebebasan tanpa berpandukan syariat,akhirnya terciptalah siasah al-wadha"iyyah iaitu politik ciptaan manusia,peraturan dan hukum yang diasaskan oleh orang ramai bagi mentadbir hal-hal umat yang bersandarkan uruf,adat,pengalaman dari warisan silam.
Sesungguhnya Sahabat-sahabatku sekalian,
Siasah itu merupakkan satu rahmat dari syariah islam itu sendiri dengan menjamin keadilan dan ketelusan serta kebenaran.Dalam hal ini Rasulullah s.a.w ditanya oleh sahabat tentang jihad yang paling utama ,Beliau menjawab.."khalimah haq yang disampaikan pada penguasa.
Malah Al-maududi dalam kitabnya Nazarriyah al-islam al-siyasiyah(teori politik islam) menyebut adalah amat penting konsep politik islam itu dipelajari ,difahami dan diteliti secara tepat dan mendalam.
Akhirnya.Bila politik islam dihadamkan dan disematkan dalam diri, maka disitu akan melahirkan sebuah kesedaran,kefahaman ,penghayatan dan seterusnya menegakkan khalimatullah diseluruh bidang kehidupanNya dan juga satu alternatif bagi seorang individu muslim dalam proses membezakan senario politik yang ada ditanahair kita malaysia tercinta.
Wallahualam.
KISAH PISAU
-
Saya agak cerewet tentang pisau.
Bila sudah selesa dengan pisau tertentu, susah untuk tukar kepada pisau
yang lain.
Semalam saya ke dapur untuk masak ...
3 hours ago
3 comments:
salam... nk cek sket...quote hadith yg ada dl artikel ni..Ada yg tersilap ke?
Nabi bersabda."Barangsiapa di pagi hari perhatiannya kepada allah ,Maka allah berlepas dari orang itu,Barangsiapa di pagi hari tidak memperhatikan urusan kaum muslimin ,maka ia tidak termasuk dalam golongan mereka(muslimin)
Wallahua'lam... JZKK ats pkongsian :)
salam... nk cek sket...quote hadith yg ada dlm artikel ni..Ada yg tersilap ke?
Nabi bersabda."Barangsiapa di pagi hari perhatiannya kepada allah ,Maka allah berlepas dari orang itu,Barangsiapa di pagi hari tidak memperhatikan urusan kaum muslimin ,maka ia tidak termasuk dalam golongan mereka(muslimin)"
Wallahua'lam... JZKK ats pkongsian :)
syukran atas teguran dan pembetulan,moga allah meredhai awk selalu
Post a Comment