Saturday 23 February 2008

MenTaLiTi UmaT


Alhamdulillah...Masih ada lagi kekuatan dan semangat untukKu menulis rentak dan nada kehidupan di bumi yang asing ini..........asing dari berbagai-bagai flora dan acuan budayaNya.Kekadang Ku melihat kita terikut-ikut dengan tarian dan asyikan dan celupan barat,hinggakan lupa identiti kita yang sebenar yakni MUSLIM.Betapa ramai yang hanyut dibuai mimpi sementara tanpa hala dan tujuan untuk apa dia diciptakan ....untuk dunia or akhirat.

Sikap dan Mentaliti percampuran antara laki dan perempuan dah sinonim,Makanan seakan-akan syubhat antara ketidak jelasan antara halal dan haram tak di endahkan lagi,walaupun masih banyak lagi makanan-makanan halal direstauran muslim,tetapi oleh kerana tuntutan nafsu.kita menjadi seperti tak bermaya oleh tipuan dan godaan syaitan..........yang haram nampak halal.

Malah zaman ini......Bab halal dan haram bukan lagi menjadi satu persoalan dibenak hati...Restauran-restauran Cina dan orang putih menjadi keutamaan biarpun didalamnya ada percampuran daging khinzir......Akhirnya turutan nafsu mendominasiNya....

Bahkan ada yang menyatakan......Ini bumi orang barat ....Addharurat...nak cari yang halal ....terlalulah susah ??/.Padahal ditempatku sendiri dan juga tempat-tempat lain dibumi uk ini...ada beberapa restauran-restauran halal.Namun usaha mencari dan pergi tak menjadi kesungguhan dan tak menjadi profail dalam kehidupannya.

Memang tak dinafikan dalam bab Dharurah ianya dibolehkan tapi ada batasnya,lagipun kat bumi uk ni sekarang bersepah restoran-restoran halal,bukan alasan untuk kita memudahkan sesuatu dan menyerah begitu saja kepada keadaan tersebut itu dengan kendali nafsunya. Tetapi dia harus tetap mengikatkan diri kepada pangkal halal dengan terus berusaha mencarinya. Sehingga dengan demikian dia tidak akan tersentuh dengan haram atau mempermudahkan dharurah.Ianya tersimpul dalam kitab Qawaidh Fiqhiah dalam kaedah mengatakan Adh dharuratu tu qaddhru biqadriha.(Dharurah itu dikira-kira menurut ukurannya)

Pernah Zaman Rasulullah s.a.w ada seorang sahabat bernama Saad bin abi Waqqash.Beliau seorang yang terkenal kerana memiliki doa mustajab....suatu ketika beliau ditanya mengenai sebab doa diterima.Beliau berkata "aku tidak mengangkat sesuap makanan ke mulutku kecuali aku mengetahui dari mana datagnya dan dari mana ia keluar..."

Dari komentar sahabat Rasulullah s.a.w ini bahawa doa adalah senjata mukmin dan penjana kejayaan umat.Tetapi hari ini lain hakikatnya.....kejayaan dan kemenangan susah dicari .....Oleh itu kita harus mengkaji dan membuka minda kenapa kita tak mencapai apa yang dihajati...Mungkin salah satu sebabnya ialah atas kelalaian kita sendiri dalam mencari makanan yang baik dan usaha yang baik...

Sabda Rasulullah s.a.w ..."Sesungguhnya Allah Taala itu baik ,tidak menerima kecuali yang baik dan bahkan allah memerintahkan kepada orang mukmin dengan apa yang diperintahkannya kepada para rasul-rasul dan firmaNya...Hai Rasul-rasul makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal shaleh,Sesungguhnya aku maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.."


Wallahualam.

1 comment:

Yan Norayhunt said...

Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Semoga ada manfaatnya daripada apa yang saudara karangkan. Tidak banyak, sedikit akan memberi kesan kepada pembaca, merenung kembali mengapa tidak mudah mendapat apa yang dihajati.
Diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud bahawa Nabi SAW bersabda:"Mencari rezeki yang halal adalah wajib bagi setiap muslim."
"Makanlah dari rezeki yang halalmakanan yang baik (halal), nescaya dikabulkan doamu."
"Sesungguhnya yang halal itu nyata, dan yang haram itu pun nyata, dan di antara keduanya itu ada perkara-perkara kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia."-Al-Hadith.

Wallahualam.