Tahun 1428 akan segera meninggalkan kita,tanpa menoleh dan tanpa berundur walau sejengkal mana pun.Bak kata orang "Sekilas mata memandang,sekali itu ia berubah"Perubahaan dalam ertikata pengislahaan dan tajdid dalam diri,untuk memperbaharui iman dan akhlak bersama langkahaan hijrah baru.
Ulama terkenal muhammad rashid dalam tafsirnya Al-Manar telah menyebut 3 konsep berlakunya hijrah,2 bersifat individual dan yg satu lagi bersifat sosial politik.
Pertama :Kerana tidak ada kebebasan dalam melaksanakan ajaran agama.
Kedua :Kerana tidak ada pengajaran agama ditempat lain yg tidak terdapat ulama.
Ketiga :Kerana adanya tekanan politik dari penguasa yg zalim.
Kholasah dan Ibroh (hakikat hijrah)
Hijrah merupakan satu usaha perubahaan keadaan hidup,baik yg bersifat mental mahupun moral.
Hijrah Nabi s.a.w dan para sahabat bukannya kerana takut kezaliman kafir quraisy makkah pada masa itu tetapi merupakan perintah dan arahan Allah s.w.t disamping satu strategi besar yg dilakukan oleh seorang pemimpin utk membangun kekuatan baru bagi kebangkitan islam serta membangun masyarakat dan memupuk persaudaraan islam(ukhwah islamiyyah)
Wahai sahabat-sahabatku sekalian dimana jua berada,mahupun dimalaysia,mesir dan uk....Jadikanlah penghijrahaan Nabi s.a.w sebagai motivasi untuk memperkemaskan diri dan melakukan perubahaan untuk menjadi peribadi muslim yg lebih baik.Insyallah
Wallahualam.
P/s Untuk para sahabat2ku yg bergelar daie....Jika kita
menghadapi sesuatu halangan dalam beragama atau berdakwah, jangan
bersikap berputus asa atau mengalah, mahu pun asyik menyalahkan pihak lain.
Sebaliknya hendaklah aktif memikir jalan keluar yang membolehkan kita
tetap berpegang kepada agama yang dicintai ini dan terus melaksanakan
dakwah.
KEWAFATAN NABI SAW DALAM AL-QURAN – SATU MUKJIZAT
-
Sedia maklum bahawa Nabi SAW wafat pada usia 63 tahun. Dan baginda
menjalani hidupnya dalam tiga fasa:
1. Sebelum diangkat menjadi rasul 40 tahun.
2. Be...
3 weeks ago