Thursday 28 August 2008

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN


Assalamualaikum wr wbt pengunjung2 sekalian,


Mari kita sama2 bersiap sedia menyambut bulan Ramadhan yg mulia ini... moga2 Allah menerima segala amalan kita, ameen...


Allahumma ballighna Ramadhan....ameen




Berikut adalah peringatan buat kita semoga menjadi antara yg keluar dari madrasah Ramadhan dengan cemerlang…

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. (51:55)


1. Mujaahadah: jihad melawan nafsu

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (29:69)

Mahukan petunjuk, hidayah? Mahu istiqamah? Berjihadlah melawan nafsu sendiri , sesungguhnya jika kita mendekatkan diri kpd Allah, Allah pasti akan datang dekat dengan kita.


2. Mempunyai aspirasi tinggi dan semangat yg kuat

Ibnul Jawzi berkata, "Tanda minda yang lengkap adalah tinggi aspirasi, sesungguhnya mrk yang rendah aspirasi adalah memalukan, dan aku tidak melihat sesiapa yang kurang upaya lebih daripada mrk yang boleh melakukannya tetapi tidak beraspirasi mendapatkannya.”


3. Mengetahui fadhilat bulan Ramadan dan kelebihan2nya

Sesiapa yang mengetahui sesuatu akan mula menjadi cinta dan menghargainya. Sekiranya tiada sesuatu itu pada bulan Ramadan kecuali Lailatul qadr, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, maka itu sudah mencukupi.


4. Menyedari Ramadan hanya lah sebulan dan betapa cepatnya ia berlalu

beberapa hari yang tertentu…” (2:184) [Daripada ayat, “Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain;”].

Semalam kita mengucapkan tahniah diatas kedatangan Ramadan, hari ini kita mengucapkan takziah atas pemergian Ramadan. Beginilah bagaimana hari2 dan hidup kita berlalu begitu cepat. Ayuh sama2 kita mengutip pahala2 di bulan penuh barakah ini.


5. Berlumba-lumba dalam melakukan amal soleh

Orang2 soleh berlumba2 melakukan amal2 soleh, manakala mereka yang lain hanyalah banduan kepada nafsu dan hamba kepada kemahuan diri sendiri.

Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). (35:32)


6. Mengingati mati yang datangnya pasti bila2 masa sahaja

Kita mungkin tidak berjumpa Ramadan yang seterusnya, ayuh segera imarahkan bulan mulia ini!


Moga Allah mengganjari syurga buat kita seisi keluarga…ameen!


Taken and translated from http://www.islaam.com/Article.aspx?id=657

Monday 18 August 2008

Ade 3 org room mates

Sila klik gamba utk besarkan komik.
Diambil dari Buletin Karisma Edisi 1, Mac 2008 dan blog http://zaidmujahid.blogspot.com/

Assalamualaikum wr wbt,

Rasanya amat menarik komik ni.... moga yg melukis mendapat ajr yg setimpal daripada Allah, ameen...

Tertarik untuk komen sedikit..komik ni bukannya untuk menghalang kita atau melemahkan semangat kita untuk mengikut sunnah nabi muhammad s.a.w secara keseluruhan....namun..ramai daripada kita di zaman akhir zaman ini, lebih suka 'linger around' dengan sunnah yg kecil (although it is very good to follow and encouraged to)
tetapi melupakan sunnah yang lebih besar , yang dimana Rasulullah s.a.w berhabis-habisan, bermati-matian untuk menunaikan nya... iaitu berdakwah - menyeru manusia ke jalan yg lurus, mengajak manusia kearah kebenaran.... menghalang manusia membuat mungkar di bumi Allah ini....

Ayuh rakan2 semua.. kita nilai balik diri kita...di manakah kita? Janganlah kita rugi dan tertinggal gerabak keretapi yang menuju keredhaan Allah itu....Allah berjanji, jika kita tidak mahu melakukannnya, nescaya ada sekumpulan manusia yang lain yang akan mengotakannya...
jika itu terjadi...siapakah yang merugi??

Tepuk dada, sila tanya iman anda............


Monday 11 August 2008

Doa

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Ya Allah, Berilah kefahaman kepadaku seperti kefahaman Nabi-nabi,
berilah kehafalan kepadaku seperti kehafalan rasul-rasul dan mendapat ilham daripada malaikat-malaikat yang hampir dengan-Mu
. Berselawat Allah kepada Junjungan Besar nabi Muhammad s.a.w., keluarga dan para sahabatnya.

Thursday 7 August 2008

Perkemas 08

Wednesday 6 August 2008

Utusan Buat Diriku dan Saudara-saudaraku


Akan kuatkah kaki yang melangkah

Bila disapa duri yang menanti

Akan kaburkah mata yang memandang

Pada debu yang pasti kan hinggap

(The Zikr: Suci Sekeping Hati)

Bismillaahirrahmaan irrahiim.

Assalamualaikum w.b.t.

Utusan ini ditujukan khas buat diriku dan saudara-saudaraku yang disayangi…

Hayati bait-bait nasyid di atas…begitu putaran kehidupan seorang da’ie, saat-saat sulit pasti kan bertandang, saat-saat gelisah dan sedih pasti bertamu, dan suatu masa ujian dan cubaan pasti tiba. Ujian ini boleh datang dari pelbagai bentuk dan ia bersifat kunjung dan pergi dalam diari hidup seorang daie.

Kita sama-sama mengakui bahawa jalan ini tidak mudah dan kita tidak dapat menjangka bilakah kesudahannnya. Ia adalah perjalanan yang sangat panjang dan penuh berduri. Namun yakinlah wahai diriku dan saudara-saudaraku, sesungguhnya inilah jalan yang telah dilalui oleh Rasul mulia dan para sahabat baginda sebagaimana Allah Subhanahu Wa Ta’la telah menukilkannya di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Kalau yang kamu (Muhammad) serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka.”

(At-Taubah, 42)

Kita juga sedar, di dalam rangka kita meneruskan kerja-kerja ‘kita’ terkadang kaki kita tersadung dan tersepak batu. Dan adakalanya kita tersungkur menyembah bumi kerana jalan yang di lalui penuh dengan liku, lopak, licin dan juga berbatu.

Namun sedarilah wahai diriku dan saudara-saudaraku, sememangnya Allah Subhanahu Wa Ta’la akan menguji hambanya sehingga Dia tahu siapakah yang benar-benar beriman dan sanggup berjihad di jalannya, dan siapakah pula yang benar-benar bersabar. Kerana syurga Allah itu terlalu mahal harganya dan syurga Allah itu begitu manis, lantaran itu ia perlu dibayar dengan mahar yang tinggi dan bukan sedikit keperitan dan kepahitan.

Allah Subhanahu Wa Ta’la telah menjelaskannya di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.”

(Al-Baqarah, 142)

Duhai diriku dan saudara-saudaraku yang dicintai…

Carilah kekuatan tatkala dirimu diuji. Usah menoleh ke kiri dan ke kanan lagi. Kekuatan itu telah ada jawapannya di dalam nubarimu namun ia perlu disiram dan digilapi lagi agar cahayanya bisa menghapus kesuraman hatimu dan membangkit semangatmu untuk berdiri semula.

Mintalah pertolongan Allah dengan jalan sabar dan solat. Ubatilah hatimu dengan nur Quran, menghidupkan malam, dan sentiasalah memperbaharui taubatmu. Selalulah berkumpul dengan orang-orang soleh, memperbanyakkan saum sunat, dan zikrullah. Di samping sentiasa memaafkan saudaramu dan berlapang dada terhadap perbedaan-perbedaan fikiran yang lahir dari latarbelakang yang pelbagai.

Kemudian sentiasalah berdoa sebagaimana insan yang paling mulia, Rasulullah S.A.W. yang selalu sujud menghadap Rabbnya, yang berdoa di keheningan malam:

“Ya Allah, Dzat yang membolak-balikkan hati dan penglihatan, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu. Kemudian ya Allah, limpahkanlah keredhaan atas segenap sahabat dan siapa saja yang berjalan di atas jalan mereka serta teguhkanlah mereka di atas jalannya.”

Di dalam doa ini, Rasulullah S.A.W. tidak hanya berdoa untuk dirinya bahkan dengan sungguh-sungguh baginda juga mendoakan para sahabat baginda dan juga orang-orang yang mengikuti jalan baginda dan para sahabat.

Sekiranya kau meyakini bahawa kau sedang mengikuti jalan yang dilalui oleh baginda dan para sahabat, maka usahlah bersedih duhai diri dan duhai saudara-saudaraku, kerana kau telah didoakan oleh makhluk yang paling agung di dunia…

Berdoalah…untuk dirimu dan saudara-saudaramu. Sesungguhnya doa seorang sahabat kepada sahabatnya adalah sumber kekuatan yang sangat ma’nawi apatahlagi sekiranya seorang sahabat itu tidak mengetahui bahawa sahabatnya sentiasa mendoakannya. Indahnya ukhuwwah andai semua saling doa-mendoai dalam keadaan saudaranya itu tidak mengetahuinya.

Seterusnya duhai diriku dan saudara-saudaraku, carilah kekuatan di dalam ukhuwwah. Sentiasalah gabungkan dirimu bersama para ikhwah (bagi ikhwah) dan para akhawat (bagi akhawat) yang bersifat hanif dan sentiasa ikhlas bekerja demi ghayah nan satu. Carilah mereka, walau di ceruk manapun mereka berada. Dengan itu, sudah pasti kau kan temui mereka walaupun mereka seorang yang tidak dikenali.

Dan yang terakhir duhai diriku dan saudara-saudaraku, andai langkahmu melemah dan dirimu memerlukan seteguk kedamaian, maka ciciplah kedamaian itu…moga esoknya kau kembali ceria dan selepas itu kau bisa bangkit berjuang semula bersama saudara-saudara yang sedang menantimu.

Penyair Islam, Muhammad Iqbal rahimullah pernah mengungkapkan:

Masing-masing bersatu dengan saudaranya

Laksana ikatan untaian mutiara yang tergantung

Kerana mengerti peperangan adalah hidupnya

Setiap peribadi memegang erat saudaranya

Kemudian lafazkanlah doa ini:

Ya Allah,

Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu suatu kebaikan,

pekerjaan yang baik, meninggalkan kemungkaran,

mencintai orang yang lemah, dan agar Engkau mengampuniku

serta memberi curahan rahmat kepadaku.

Bila Engkau menghendaki cubaan bagi hamba-Mu,

maka selamatkanlah aku untuk dapat kembali menghadap-Mu

dalam selamat dan tidak menjadi korban dari cubaan tersebut.

Ya Allah,

Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu

agar menumbuhkan rasa cinta kepada-Mu dalam dadaku,

kecintaan terhadap orang yang mencinta-Mu

dan kecintaan terhadap amal yang mendekatkan aku

kepada cinta-Mu.

Ya Allah,

peliharalah aku dalam keislaman ini

baik ketika berdiri, duduk atau berbaring.

Dan janganlah Kau legakan hati musuh-musuh

yang dengki itu atas bencana yang menimpa kami.

Ya Allah,

Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu

seluruh kebaikan yang ada pada kekuasaan-Mu

dan aku berlindung kepada-Mu dari seluruh kejahatan

yang ada pada kekuasaan-Mu.

Ya Allah,

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu

dari kelemahan dan kemalasan, dari sikap pengecut dan bakhil.

Aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur

dan dari fitnah waktu hidup ataupun ketika mati…

Ameen.

Doa ini susunan dari penulis buku

‘Waspada Terhadap Futur’

Kata-kata akhir beliau:

Jangan kau berjalan pada keputusasaan

Pada alam ini terdapat sejuta harapan

Jangan berlalu mengarah pada kegelapan

Pada alam ini terdapat matahari

Semoga Allah S.W.T. merahmati beliau.

Cukup sampai sini dulu, duhai diriku dan saudara-saudara yang kukasihi…

Semoga utusan kerdil ini sedikit-sebanyak dapat meniupkan kembali semangatmu untuk terus berada di dalam saf dan angkatan da’wah ini, dengan pertolongan dan bantuan daripada Allah. Jika apa yang kau cari tiada di sini, ketahuilah bahawa di luar sana masih banyak saf-saf da’wah yang mempunyai harapan besar terhadap kamu.

La tahzan, innallaha ma’ana…

Wassalam.

Bumi Bertuah, 3 Ogos 2008 (1 Sya’ban 1429H)

Ummu Ayyash


Ps : Ana sangat suka akan warkah ini..jazakillahu khair kepada ukhti Maimunah diatas warkah ini...the timing sangat tepat, mengubat hati ini... ana uhibbuki fillah ...

Tuesday 5 August 2008

RiaDah MenYeMaRaKkaN ObOr KeKuaTaN






Dalam melingkari sebuah renca kehidupan,Pola-pola ketahanan diri or kesihatan merupakkan satu komponen utama dalam menggerakkan setiap aktivit hatta aktiviti sukan,study,dakwah dan sebagainya.Sehinggalah tidak mengherankan bila Nabi s.a.w menekankan dalam sabdanya yang bermaksud "..Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai oleh allah s.w.t berbanding mukmin yang lemah...Hinggakan pepatah arab menyebut ..Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat.

Oleh itu sebagai seorang individu muslim.kita sepatutnya memberi hak ke atas diri or badan kita dengan melakukan aktiviti Riadah yakni bersukan untuk menguatkan tubuh badan agar menjadi sihat dan kuat,begitu juga diriku di bumi sheffield uk ini kekadang aktiviti riadah tu hanya sekali sebulan.Maklum lah semua bz ngan study dan kerja.

Renung-renungkan lah ......Doa yang lazim Rasulullah s.a.w tatapkan dibawah ini.......

Ya Allah,Aku memohon kepada engkau kesihatan yang baik di dunia dan di akhirat,Ya Allah,Aku memohon kepada engkau keampunan dan kesihatan yang baik dalam urusan agamamu,duniaku,ahli keluargaku dan hartaku...amen...