Thursday 31 July 2008

Majlis Warna Warni Muslimah 2008



Terima kasih di ucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini...moga ianya menjadi kenang-kenangan kita semua.....

26 Julai dalam kenangan ;-)

-----------------------------------------------------------------------------------------
Laporan Majlis :

LAPORAN MALAM KEBUDAYAAN

‘WARNA WARNI MUSLIMAH’ WWM 2008

DI SHEFFIELD, UNITED KINGDOM

Tarikh : 26 Julai 2008 (Sabtu)

Masa : 3.00 ptg – 7 ptg

Tempat : Vestry Hall, City Centre,Sheffield


Aturcara Program :


3.00 petang Ketibaan tetamu dan VIP
3.30 petang Pembukaan majlis
3.40 petang Ucapan pembukaan
3.55 petang Persembahan wakil lokaliti City
4.00 petang Persembahan wakil lokaliti Firth Park 1
4.15 petang Cabutan Bertuah 1
4.35 petang Persembahan wakil lokaliti Darnall
4.50 petang Persembahan Sisters
5.05 petang Persembahan wakil lokaliti Tinsley
5.25 petang Cabutan Bertuah 2
5.40 petang Persembahan pentomen
6.00 petang Pertunjukan Busana Muslimah
6.15 petang Cabutan Bertuah 3
6.20 petang Penyampaian hadiah Ratu, Putera dan Puteri
6.30 petang Persembahan slide Keluarga

6.40 petang Ucapan oleh wakil Helwa
7.30 petang Makan & Bersurai

Malam warna warni Muslimah buat julung kalinya diadakan ini melibatkan semua wanita di Sheffield yang terdiri daripada para pelajar, ibu dan kanak-kanak muslimah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk saling kenal-mengenal dan mengeratkan sillaturrahim yang sedia terjalin di kalangan kaum Hawa di bumi Sheffield. Majlis ini telah dianjurkan oleh Helwa di bawah Persatuan Mahasiswa Pelajar Melayu, Sheffield dengan kerjasama Majlis Syura Muslimun (MSM). Jemputan para tetamu khas daripada sisters Sheffield dan Puan Suzana mewakili MSD serta Puan Noor Zaitun Yahaya mewakili MSM memeriahkan lagi suasana majlis pada hari tersebut. Semua AJK yang terlibat pada hari tersebut telah bersiap sedia seawal jam 2.00 petang menyiapkan persiapan teknikal di dalam dewan. Pendaftaran dibuka pada jam 3.00 petang dan kami terharu dengan kehadiran tetamu khas yang lebih awal berada di meja pendaftaran diikuti dengan para jemputan yang lain. Seramai 55 orang wanita dan 70 kanak-kanak telah hadir dalam memeriahkan majlis pada malam tersebut. Bayaran masuk adalah percuma dalam menggalakkan penyertaan seramai mungkin dalam majlis yang diharapkan dapat memberi manfaat ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh penasihat WWM, Pn Fadzlin. Ini disusuli pula dengan ucapan pembukaan oleh Puan Suzana. Diikuti pula dengan ucapan pengenalan MSM serta program-program anjuran MSM daripada Puan. Antara agenda majlis ini ialah persembahan secara langsung daripada wakil lokaliti dari empat zon kediaman pelajar Melayu iaitu Tinsley, Darnall, City Centre dan Firth Park. Peserta dari Tinsley dan Firth Park mempersembahkan tarian Joget manakala dikir barat dari zon City Centre. Cabutan bertuah sebanyak 3 kali diadakan secara berselang seli dengan persembahan yang berlangsung. Kemeriahan majlis diserikan lagi dengan acara memotong jambul dua orang bayi yang baru lahir di kawasan Darnall dengan marhaban dan selawat ke atas Nabi SAW. Selain itu acara pentomen dan busana Muslimah dipersembahkan bertujuan memberi keinsafan dan nasihat supaya saling ingat-mengingati dalam kehidupan diharapkan dapat memberi kesan di hati para hadirin.

Acara yang dinantikan dengan penuh debar oleh setiap hadirin ialah apabila pengumuman pemenang kepada Ratu Muslimah, Putera dan Puteri muslimah yang memenuhi kriteria sebagai pakaian yang menutup aurat dan paling berseri pada malam itu. Majlis sepertimana dijadualkan telah ditutup dagn ucapan daripada Pn Fathiah selaku pengerusi WWM2008. Pengerusi mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua yang turut serta menghadiri majlis pada malam itu. Malam Warna Warni Muslimah ditutup dengan sedikit jamuan makan malam dan semua hadirin bersurai sebelum jam 8 malam.

Laporan disediakan oleh Puan Salihatun..

Wednesday 23 July 2008

Alhamdulillah, all praise to God...

Minggu ini : Alhamdulillah, all praise to God...


Kali ni, cik lalat telah berpeluang berkongsi pengalaman dengan dua couple yang pergi berziarah ke bumi Allah dimana suatu hari dulu, setiap ruang inci tanah telah mendapat rahmah dengan berkumandang nye nama-nama Allah yang Hebat lagi Maha Suci....

Suatu ketika dimana tanah, air, pokok, bebatuan berzikir dan menyanyi gembira dengan manusia2 yang tahu apa ertinya hidup di bumi Allah ini..

Suatu ketika dimana Islam di jiwai, di fahami dengan hati dan diolah oleh akal menjadikan manusia itu benar-benar khalifah di muka bumi...

Mungkin pembaca tertanya2 dimanakah bumi Allah ini?

Disini lah yang di namakan bumi
Al- Andalus... atau di kenali juga dengan Andalusia, di selatan spain skrg ni... ( ye spain yg baru menang piala eropah tu :P )

Banyak betul yg nak diceritakan... inshaAllah akan di tulis bit by bit...

Perasaan? Gembira pun ada, sedih pun ada, marah pun ada....

Oh ye, ada jumpa makcik spanish yg masuk islam , pertemuan kami di kedai kabab...nanti kan ceritanya... ;-)

“Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang sebelum mereka. Mereka itu adalah lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan (lebih banyak) bekas-bekas mereka di muka bumi, maka Allah mengazab mereka di sebabkan dosa-dosa mereka. Dan sekali-kali mereka tidak mempunyai seorang pelindung dari azab Allah” (40:21)

Ya Allah ya Rabb.... ampuni lah kami semua... ameen...

~Aku zubab hina~

Tuesday 22 July 2008

Istighfar dan Taubat Adalah Kunci Rizki Barokah

saya suka artikel ni... jadi nak share dengan para pembaca sekalian... may it benefit all of us...

Di antara hal yang menyibukkan hati kaum muslimin adalah mencari rizki. Dan menurut pengamatan, sebagian besar kaum muslimin memandang bahwa berpegang dengan Islam akan mengurangi rizki mereka. Kemudian tidak hanya sebatas itu, bahkan lebih parah dan menyedihkan bahwa ada sejumlah orang yang masih mau menjaga sebagian kewajiban syari’at Islam tetapi mengira bahwa jika ingin mendapatkan kemudahan di bidang materi dan kemapanan ekonomi hendaknya menutup mata dari hukum-hukum Islam, terutama yang berkenaan dengan hukum halal dan haram.

Mereka itu lupa atau berpura-pura lupa bahwa Allah men-syari’atkan agamaNya hanya sebagai petunjuk bagi ummat manusia dalam perkara-perkara kebahagiaan di akhirat saja. Padahal Allah mensyari’atkan agama ini juga untuk menunjuki manusia dalam urusan kehidupan dan kebahagiaan mereka di dunia.
Sebagaimana Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Anas Radhiallaahu anhu , ia berkata:

“Sesungguhnya do’a yang sering diucapkan Nabi adalah, “Wahai Tuhan Kami’ karuniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan jagalah kami dari siksa api Neraka”. (Shahihul Al-Bukhari, Kitabud Da’awat, Bab Qaulun Nabi Rabbana Aatina fid Dunya Hasanah, no. Hadist 6389, II/191).

Allah dan RasulNya tidak meninggalkan umat Islam tanpa petunjuk dalam kegelapan dan keraguan dalam usaha mencari penghidupan. Tapi sebaliknya, sebab-sebab mendapat rizki telah diatur dan dijelaskan. Sekiranya ummat ini mau memahami dan menyadarinya, niscaya Allah akan memudahkan mencapai jalan-jalan untuk mendapatkan rizki dari setiap arah, serta akan dibukakan untuknya keberkahan dari langit dan bumi. Oleh karena itu pada kesempatan kali ini kami ingin menjelaskan tentang berbagai sebab di atas & meluruskan pemahaman yang salah dalam usaha mencari rizki.

Di antara sebab terpenting diturunkannya rizki adalah istighfar (memohon ampun) dan taubat kepada Allah. Sebagaimana firman Allah tentang Nuh yang berkata kepada kaumnya:

“Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohon ampunlah kepada Tuhanmu’, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Nuh: 10-12)

Yang dimaksud istighfar dan taubat di sini bukan hanya sekedar diucap di lisan saja, tidak membekas di dalam hati sama sekali, bahkan tidak berpengaruh dalam perbuatan anggota badan. Tetapi yang dimaksud dengan istighfar di sini adalah sebagaimana dijelaskan oleh Imam Ar-Raghib Al-Asfahani adalah “Meminta (ampun) dengan disertai ucapan dan perbuatan dan bukan sekedar lisan semata.”
Sedangkan makna taubat sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Ar-Raghib Al-Asfahani adalah meninggalkan dosa karena keburukannya, menyesali dosa yang telah dilakukan, berkeinginan kuat untuk tidak mengulanginya dan berusaha melakukan apa yang lebih baik (sebagai ganti). Jika keempat hal itu telah dipenuhi berarti syarat taubatnya telah sempurna.

Begitu pula Imam An-Nawawi menjelaskan: “Para ulama berkata. ‘Bertaubat dari setiap dosa hukumnya adalah wajib. Jika maksiat (dosa) itu antara hamba dengan Allah, yang tidak ada sangkut pautnya dengan hak manusia maka syaratnya ada tiga:

1. Hendaknya ia harus menjauhi maksiat tersebut.
2. Ia harus menyesali perbuatan (maksiat) nya.
3. Ia harus berkeinginan untuk tidak mengulanginya lagi.

Jika salah satu syarat hilang, maka taubatnya tidak sah. Jika taubatnya berkaitan dengan hak manusia maka syaratnya ada empat, yaitu ketiga syarat di atas ditambah satu, yaitu hendaknya ia membebaskan diri (memenuhi) hak orang lain. Jika berupa harta benda maka ia harus mengembalikan, jika berupa had (hukuman) maka ia harus memberinya kesempatan untuk membalas atau meminta maaf kepadanya dan jika berupa qhibah (menggunjing), maka ia harus meminta maaf.

Al-Hafizh Ibnu Katsir dalam tafsirnya (surat Nuh: 10-12) berkata:

“Maknanya, jika kalian bertaubat kepada Allah, meminta ampun kepadaNya, niscaya Ia akan memperbanyak rizki kalian, Ia akan menurunkan air hujan serta keberkahan dari langit, mengeluarkan untuk kalian berkah dari bumi, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, melimpahkan air susu, memperbanyak harta dan anak-anak untuk kalian, menjadikan kebun-kebun yang di dalamnya terdapat macam-macam buah-buahan untuk kalian serta mengalirkan sungai-sungai di antara kebun-kebun untuk kalian”.

Imam Al-Qurtubi menyebutkan dari Ibnu Shabih, bahwasannya ia berkata:

“Ada seorang laki-laki mengadu kepada Al-Hasan Al-Bashri tentang kegersangan (bumi) maka beliau berkata kepadanya, Beristighfarlah kepada Allah! Yang lain mengadu kepadanya tentang kemiskinan, maka beliau berkata kepadanya, Beristighfarlah kepada Allah! Yang lain lagi berkata kepadanya, ’Do’akanlah (aku) kepada Allah, agar ia memberiku anak!!’ maka beliau mengatakan kepadanya, ‘Beristighfar kepada Allah! Dan yang lainnya lagi mengadu kepadanya tentang kekeringan kebunnya maka beliau mengatakan (pula),’Beristighfarlah kepada Allah!”.

Kemudian di ayat yang lain Allah yang menceritakan tentang seruan Hud kepada kaumnya agar beristighfar.

“Dan (Hud berkata),’Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepadaNya, niscaya Dia kan menurunkan hujan yang sangat lebat atasmu dan Dia akan membawa kekuatan kepada kekuatanmu dan juga janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” (Hud: 52)

Al-Hafizh Ibnu Katsir dalam menafsirkan ayat yang mulia di atas menyatakan:

“Kemudian Hud memerintahkan kaumnya untuk beristighfar sehingga dosa-dosa yang lalu dapat dihapuskan, kemudian memerintah-kan bertaubat untuk waktu yang mereka hadapi. Barangsiapa memiliki sifat seperti ini, niscaya Allah akan memudahkan rizkinya, melancarkan urusannya dan menjaga keadaanya”.

dan pada surat Hud di ayat yang lain Allah juga berfirman:

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya (jika kamu mengerjakan yang demikian (niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai pada waktu yang telah ditentukan, dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut akan ditimpa siksa hari kiamat.” (Hud: 3).

Imam Al-Qurthubi mengatakan:”Inilah buah istighfar dan taubat. Yakni Allah akan memberikan kenikmatan kepada kalian dengan berbagai manfaat berupa kelapangan rizki dan kemakmuran hidup serta Allah tidak akan menyiksa kalian sebagaimana yang dilakukanNya terhadap orang-orang yang dibinasakan sebelum kalian.”

Dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, An-Nasa’i Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas ia berkata, Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), niscaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan dan Allah akan memberikan rizki (yang halal) dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Dishahihkan oleh Imam Al-Hakim (AlMustadrak, 4/262) dan Syaikh Ahmad Muhammad Syaikh (Hamisy Al-Musnad, 4/55)

Dalam hadist yang mulia ini, Nabi menggambarkan tentang tiga hasil yang dapat dipetik oleh orang yang memperbanyak istighfar. Salah satunya yaitu, bahwa Allah Yang Maha Esa, Yang memiliki kekuatan akan memberi rizki dari arah yang tidak disangka-sangka dan tidak pernah diharapkan serta tidak pernah terbersit dalam hati.
Karena itu, kepada orang yang mengharapkan rizki hendaklah ia bersegera untuk memperbanyak istighfar, baik dengan ucapan maupun dengan perbuatan. Dan hendaklah kita selalu waspada! dari melakukan istighfar hanya sebatas dengan lisan tanpa perbuatan. Sebab ia adalah pekerjaan para pendusta.

Dari penjelasan di atas, dapat kita tarik kesimpulan sebagai berikut:

1. Bahwasannya telah disyari’atkan oleh Allah kepada kita untuk senantiasa ber-istighfar dan taubat dengan lisan yang disertai perbuatan. Karena istighfar dan taubat dengan lisan semata tanpa disertai dengan perbuatan adalah pekerjaan para pendusta.

2. Bahwasannya dengan istighfar dan taubat, Allah akan mengampuni dosa-dosa hambaNya, Allah akan menurunkan hujan yang lebat, Allah akan memperbanyak harta dan anak-anak, Allah akan menjadikan untuknya kebun yang di dalamnya mengalir sungai-sungai. Jadi dengan istighfar dan taubat, Allah akan membukakan pintu-pintu rizki dan keberkahan baik dari langit maupun dari bumi.

oleh: Anton Zamroni


Keseluruhan artikel di ambil dari blog http://caksub.com/istighfar-dan-taubat-adalah-kunci-rizki-barokah.html

Friday 18 July 2008

Spain 5 : Qurtuba' (Cordoba) Medina Azzahra


Bergambar depan bas ke Medina Azzahra .. Medina Azzahra ni macam Putrajaya la... sbb di sini dibina palace of the caliph and also all the administration offices... Naik bas dalam 30minit dari city centre cordoba...

Info sket: It had been built by Abd ar-Rahman III the Caliph of Córdoba starting between 936 and 940. After Abd ar-Rahman III proclaimed himself Caliph in 929, establishing the independent Umayyad Caliphate in the west, he decided to show his subjects and the world his power by building a palace-city 5 miles from Cordoba.

Ni masa nak beli tiket sebelum ke Medina Azzahra, it costs 6.50 euro for each person. Lady kat info point ni tak friendly sangat...

Ni pintu gerbang masuk Medina Azzahra suatu masa dulu... panjang ceritanya tentang cerdiknye org zaman tu... nanti ada masa akan diceritakan inshaAllah...

Ni masjid di perkarangan Medina Azzahra ni... masjid ni dibina di bahagian paling bawah 'putrajaya' ini... sebabnye paling dekat dengan penduduk tempatan, maka bila azan di laungkan boleh la rakyat2 seme datang solat sekali...

Ni kat dewan singgahsana.... ada cerita menarik gak, nanti ada masa akan di update dengan ceritanya, inshaAllah, buat masa ni tgk gamba dulu je k? :)

Ni gamba2 ruins yang masih tinggal setelah kejatuhan Kerajaan Islam di sini...


Setibanya kami di taman di medina azzahra ni, tetiba bau wangi...ohh rupanya2 bau bunga melur..teringat kat Tok di kampung, suka letak bunga melur kat sanggul dia :)

Gamba berlatarbelakangkan gunung disitu... medina azzahra ni di bina di kawasan berbukit

Muka dah penat sbb panas dan dahaga

Minum kejap sebelum pulang ke Cordoba city centre...

Spain 4 : Masih di Granada - Soukk


Second day : awal-awal lagi kami keluar utk cari Souk - satu jalan dimana banyak barang2 dari Morocco (Maghribi) yang di jual... and alhamdulillah we managed to find after dah lenguh kaki mencari!


Ni kedai pertama yang kami singgah.. jangan tak caya, puan linda kita borong 2 jubah di sini..hehehe


Cantek-cantek tikar yang dijual, tapinya besar sangat utk dibeli... cuci mata je la?



Yang ni ada seornag org arab yg amik upah tulis nama or jual tulisan2 khat... mintak permission nak amik gamba dia, tapi dia tak kasi....


Ni lak gerai yg tepi2 jalan tu jual gelang2... yang interestingnya, pakcik arab tu tengah baca Quran sambil menunggu customer, i wonder kat Malaysia ada ke camtu??


Bergambar dengan org yang jual beg kat kami... ustaz ada tanyakan nama dia, tapi dah lupa.. oh ye, ways of communication kami kat Souk ni ialah lughatal arabiyyah.... alhamdulillah ya Rabb!

Spain 3 : Granada Mosque


Di Albaicin - ni gambar Alhambra di ambil di sebelah sana bukit tepi Granada mosque yang meraikan tahun ke 5 di bina pada tahun ini

Sempena 5 tahun ditubuhkan masjid ni, kami langkah kanan kerana ada special program yg diadakan utk menyambut hari ulangtahun ini... Pada petang hari pertama kami di Granada, kami dipersembahkan dengan persembahan ala-ala marhaban yang mempamerkan hiburan zaman2 Alhambra satu ketika dahulu berdiri megah..


Maka kami sempat amik sedikit video sebelum bateri kamera habis... aik..tetiba ada pulak org block view...aiseyyy ;-)


Ni antara audience yang datang di petang itu untuk melihat persembahan di atas... just note, kadang2 org kat sini pakai seksi tapi bila sebut nama nabi muhammad s.a.w , kami realise yang mereka terus selawat ke atas nabi.... so, most probably mrk2 ni muslim... tak mengapa, Islam sedikit demi sedikit menapak kembali di bumi Spain ni, inshaAllah... note juga, menarik bagaimana masjid disini berdakwah nak menarik rakyat jelata utk dtg ke masjid :)

Ni pulak ada ucapan2 daripada remaja2 di Spain - ALL IN SPANISH- so kami duk le situ menatap langit yang membiru sebab tak faham sepatah pun apa adik2 tu cakap... tapi mengikut rasa hati , mrk sedang share apakah ISLAM yang difahami dan dirasai oleh mereka..
oh ye btw, perasan tak the way lady yang sedang berdiri tu pakai tudung? Majority, 80% wanita disini yang pakai tudung, pakai tudung ala2 camtu... just like Malaysia 20 years back?

Oh ye, sebelum kami menikmati alunan selawat yang merdu diatas, kami mengisi perut dengan ruzz, nasi ala morocco... habis 40 euro utk 4 org, sangat mahal!

Amik gamba ngan tuan punya kedai - tak sure dia ni org morocco ke spanish..

Habis la, first day kami di Al-Andalus...

Wednesday 16 July 2008

Spain 2 : Granada - Alhambra


Sampai la kami di Alhambra - Yusof dan Musreen

The Alhambra (Arabic: الحمراء = Al-Ħamrā; literally "the red one"; the complete name is "Qal'at al-Hambra", which means "The red fortress") is a palace and fortress complex of the Moorish monarchs of Granada in southern Spain (known as Al-Andalus when the fortress was constructed), occupying a hilly terrace on the southeastern border of the city of Granada.

The Palacio de Generalife (Arabic: Jannat al-'Arif - Architect's Garden) was the summer palace and country estate of the Nasrid sultans of Granada.


Suasana didalam jannah al-arif :)



Antara ukiran hiasan di dinding2


Di siling- bentuk kubah berbalam2 adalah antara trademark Alhambra ini..
Bergambar di Generalife - Architect's garden

Ni pulak dalam Court of the Lions - tapi lions nye kene angkut sbb refurbished..

Antara ciri yang tak dapat dipisahkan dengan Alhambra ialah khat yang memenuhi istana tersebut : motto oleh Muhammad Ibn al-Ahmar’s dimana di ukir "Wa la ghalib illa Allah!" bermaksud"There is no conqueror but Allah"

Banyak lagi gamba2 dan kisah2 yang akan dikongsi inshaAllah...

Tuesday 15 July 2008

Spain 1 : Granada (di hotel)


Hari pertama kami sampai di Granada... Gambar di atas diambil dari pemandangan daripada hotel kami, hotel Arabeluj... jauh saujana mata memandang..

Hotel ini ada tiga tingkat, tengok dari luar cam tak best je tetapi didalam nye sangat cantek...


Lepas tu kami pergi terus ke Alhambra - yang terkenal itu.... Linda dah beli awal2 tiket kat internet, jadi kami pergi sana dan terus print... alhamdulillah saved us from the queue...

Nantikan selanjutnye...

Monday 14 July 2008

Muhasabah, Dugaan


Minggu ini : Muhasabah--

Sibuk sungguh rasanya, sudah dua minggu cik lalat tak menulis, berkejar-kejaran ke sana ke sini..

sejenak renungan..

Kengkadang itu,
Malas menghantui,
Semangat terus menerus merudum,
Pura-pura sahaja semuanya...

Hanyut dan membiarkan hanyut,
Tiada usaha menyelamatkan diri,
Tertipu dan menipu diri sahaja,
Dunia masih berjalan seperti biasa..

Alangkah teruknya manusia itu,
Mengatakan bukan salahnya,
Padahal jelas dan sungguh angkara sendiri,
Tiada usaha, tiada kesungguhan disisi,
Masakan Ilahi mahu memberi?

Kau katakan kau pembela ummah ini,
Muslim sejati yang mencari keredhaan Ilahi,
Yang terpilih menyeru alam ke jalan Ilahi..

Wahai saudaraku,
Bangkitlah dari tidur lenamu,
Carilah sisa-sisa kekuatan yang masih tinggal,
Berenanglah ketepian sebelum lemas di samudera sana..

Kuatkan lah azam di dadamu,
Tetapkanlah langkah mu,
Berjihad, bertahan malah menyerang bisikan musuhmu,
Jangan biarkan syaitan laknatullah itu menguasai dirimu!

Wahai saudaraku,
Berjanjilah kepada ku,
Berjanjilah kepada Tuhan yang Maha Esa itu,
Kau kan terus berjuang dan akan terus berjuang,
Hinggakan nafas terakhir meninggalkan badan,
Sehingga terkota benar janjimu didepan Yang Maha Berkuasa...

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:”Robb kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap beristiqomah, maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita, mereka itulah penghuni-penghuni surga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan (di dunia)”
(QS. Al Ahqaaf: 13-14)

~Aku zubab hina~

26 June 2008

------------------------------------------------------------------------------------------

Minggu ini : Dugaan...

Tetiba mendapat YM daripada adik di Malaysia:

sarah : salam kak lin.......
ana: wsalam
sarah : idaa baru dapat news dr mak
sarah : umi masuk wad
sarah : kena stroke
sarah : 2 hari doh
ana : innalillahi wainna ilaihi rajiunnnn
ana : umi ok ke?
ana : alamakk

Terus terkedu, terkejut, berdebar, sedih, semuanya datang serentak...

Lantas terus angkat fon dan menelefon mak di Malaysia...rupanya2 mak di hospital bersama ummi, tok dan adik beradik mak semua ada di situ...

Aku bercakap dengan mak, katanya ummi kene mild stroke, lantas mak kata, cakap la dgn ummi... ummi mengangkat telefon, sebak tetiba rasanya, ummi yang aku sayangi yang selalu ketawa, selalu berada memberi sokongan moral di sampingku dari kecil hingga dewasa, yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kewangan kepadaku...

Ummi ok ke?

"Ummi ok, ni seme orang ada kat sini..."

sebak

Kak lin doakan ummi cepat sihat, kene jaga makan tu ummi...

"Tu la, lepas ni akan beringat sangat n jaga makanan..."

Ok la ummi, kem salam kat seme kat sana, kaklin dan abng yusof doakan ummi cepat sihat...

"Kirim salam kat Yusof .."

InshaAllah ummi, assalamualaikum.


Lain benar rasanya bila orang yg dekat dengan kita dilanda ujian kesihatan... namun, yang pasti Allah menjadikan dunia ni hanya tempat persinggahan, akhirat lah yang abadi dan pasti..

Air mata berlinangan, hati penuh harap Rabb yang Maha Esa menyembuhkan emak saudara yang paling dekat dengan ku itu... O Allah, please give her and all of us strength, O Allah please bless my ummi...always...

Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (Albaqarah: 153)

Hujan renyai-renyai di bumi Sheffield seakan-akan memahami perasaanku..

~Aku zubab hina~

14July08

Wednesday 2 July 2008

COST OF LIVING IN UK 2008

Family typeWeekly budgetBreakdown of expenditure
Single working age£157.84
Couple working age£240.61
Lone parent, one child£210.31
Lone parent, two children£282.66
Lone parent, three children£378.90
Couple, one child£286.45
Couple, two children£370.05
Couple, three children£465.71
Couple, four children£508.18
Single pensioner£136.60
Couple pensioner£201.49

Food and drink

Fuel (heating etc)

Personal goods and services

Other

Clothing

Travel

Household goods, services, council tax etc

*Note: Weekly budget does not include housing or childcare costs.

Taken from news in http://news.bbc.co.uk/2/hi/business/7481927.stm#costofliving

So, erm cukup ke apa yang goverment bagi?

In a way, bagus gak, kalau ramai2 keje cleaner kat uk ni akan timbul perasaan humbleness didalam diri..

teringat lagi masa balik mesia hari tu lepas buat undergrad kat Cardiff, UK.. masa kat cardiff pernah keje cleaner utk tolong2 mak dan cari duit extra... bila balik UIA, tengok makcik2 indonesia menyapu, terasa aku dulu pernah cam tu gak.. and develop a bond with the cleaners there...

Jadi ada la pro and kontra nye... Allah dah bagi rezeki cukup untuk kita semua, inshaAllah..

Allah azza wa jalla berfirman (2: 212):
“And Allah provides ‘Rizq’ to whom he wishes without any account.”