Monday 19 May 2008

Artikel jemputan


Membawa himmah sehingga titisan terakhir

Kita sebenarnya mempunyai potensi untuk berfikir dan membawa perkara yang cukup besar.

Sayangnya, potensi ini seringkali disekat atau dicantas oleh diri kita sendiri, atau mereka yang berada di sekeliling kita.

Semuanya, dengan niat yang baik dan ikhlas. Tidak mahu kita terlalu bercita-cita tinggi, sehingga membawa kepada kekecewaan jika kita gagal mencapainya. Ataupun, tidak mahu kita terlalu asyik dengan angan-angan sehingga tidak melakukan gerak kerja yang sepatutnya.

Sebenarnya tidak salah untuk mempunyai cita-cita setinggi langit. Malah, cukup silap jika kita cuma menghadkan potensi diri sekadar dalam ruang lingkup selesa (comfort zone), yang kadangkala diletakkan oleh diri sendiri!

Kita sangat perlu kepada individu yang mempunyai cita-cita yang tinggi. Cita-cita ini pula bukan calang-calang, bukan cita-cita picisan yang hanya membawa kepada manfaat diri sendiri. Malah, bagi seorang daie yang fikirannya tidak putus-putus berfikir tentang umat, cita-citanya adalah cita-cita yang akan memberi manfaat kepada umat ini.

" Malah kita serahkan segala tenaga, harta dan jiwa kita untuk kebaikan mereka. Kita bekerja demi kepentingan dunia dan akhirat mereka. Kita juga korbankan segala harta dan jiwa kita untuk matlamat ini. Matlamat untuk membawa kebahagian kepada ummah dan saudara-saudara kita."

Halatuju Dakwah Kita (ISHAB)


Oleh demikian, jangan sekali-kali takut untuk memasang dan berkongsi cita-cita. Rasulullah ketika dalam suasana kritikal perang Khandak, dalam keadaan penat dan lapar membina parit, masih sempat menyampaikan aspirasinya kepada sahabat-sahabat:

"Allah Maha Besar! Aku telah diberi kunci kepada Ash Sham! Aku dapat melihat istana-istananya yang merah pada saat ini!" "Allah Maha Besar! Aku telah diberi Parsi! Aku kini melihat istana putih Madain!" " Allah Maha Besar! Aku diberi kunci kepada Yaman! Demi Allah, aku dapat melihat pagar-pagar di San'a!"


Itulah antara karekteristik seorang daie. Sentiasa bertenaga, sentiasa bergeliga. Himmah tidak pernah padam walaupun dalam keadaan tertekan dan cemas sekalipun. Setiap kali diri diserang perasaan lemah, futur; cita-cita serta aspirasi yang tinggi inilah yang akan menjadi salah satu pemangkin untuk melonjakkan kita untuk terus ke depan. Bila jatuh, bangun semula. Terus bekerja. Terus berusaha. Terus mengejar cita-cita!

Semua kerana masa depan umat terletak di atas bahu kita.

Rasulullah sendiri tidak sempat bersama-sama sahabat ketika mereka berjaya menawan as Syam. Juga semasa tentera Islam akhirnya berjaya menawan Madain. Atau Yaman. Tetapi Rasulullah telah meninggalkan kita dengan himmah itu. Kitalah yang perlu meneruskan perjuangan, dan di akhir nafas kita nanti, akan ada yang lain yang akan mengambil baton itu dari kita. Lalu seterusnya, dan seterusnya…sehingga tiada lagi fitnah, dan agama ini hanya untuk Allah.

Maka teruskanlah bekerja. Di tanah mana jua, dalam keadaan apa jua. Allah bersama kita.

" Dialah Pelindung kamu. Maka Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. " [22:78]


Jazakillahu khairan kepada penulis jemputan bint Nasir...

Arkib : Komen- Komentar Lalat yg lepas


Assalamualaikum wr wbt,

Di sini, saya paste kan komen-komen zubab yang lepas-lepas di atas permintaan pengunjung setia blog ni :D

Moga ianya bermanfaat kepada sahabat-sahabat semua...

-------------------------------------------------------------------------------------------

Minggu ini : Nikmat Allah -------------------

Alhamdulillah, aku masih dapat menghirup udara yg segar, organ pernafasanku mengikut titah Iahi, berfungsi seperti mana yang di diarahkan...Alhamdulillah aku masih dapat mengecapi sisa-sia hidup ini....yang entah bila akan berakhir, tapi janjiNya, ia pasti berakhir...Alhamdulillah aku masih boleh terbang, sayap-sayapku ini begerak dalam nada yang harmoni, Alhamdulillah aku seekor lalat muslim, Tuhan masih sayang kan ku...

Cerita minggu ini bermula ketika aku menumpang di rumah seorang muslimah isnin lepas , menumpang teduh dari sejuk frost diluar, manalah tahu ada rezeki aku di situ...Di rumah itu, ada seorang wanita yang membuatkan aku terus merenung kearahnya..wanita itu terbatuk-batuk...aduh kasihannya...disisinya ada seorang lelaki, suaminya barangkali...sesekali aku nampak lelaki itu mengurut-urut perempuan itu..sambil beristirehat aku tanpa sengaja mendengar perbualan mereka berdua...

"Ayang baru je kene demam ari tu, kene lagi...kene hati-hati lain kali, jangan pegi dekat sgt org yg demam2"ujar suaminya...aku lihat wanita itu mengangguk2 tanda setuju.."Aduh susahnya nak bernafas...tercungap-cungap..nak berjalan ke sekolah pun bagaikan mendaki gunung, nak tidur pun tak boleh"mengadu si isteri..."Sabarlah sayang, kaffarah dosa-dosa yang lepas, inshaAllah"pujuk lelaki yang disampingnya itu...

"Peliknya, Allah baru bagi kesusahan sedikit, tapi rasanya tak mampu buat semua benda..perkara biasa pun seakan2 benda yang sgt berat...manusia itu lupa jika sentiasa sihat, sentiasa mendapat apa yang diinginkan...sesekali kesusahan menunjukkan kasihnya Rabbul Jalil yang masih ingat pada hambaNya, moga-moga hambaNya akan ingat kepadaNya lantas dekat di hati..."

Sangat pantas hadith daripada kekasih Allah, dikala kesihatan diri tidak 100%, otak dan akal ligat berbicara...indahnya Islam itu, ada sahaja ingatan dan nasihat pada semua segi, setiap saat, setiap waktu, Allah itu dihati...

Ingatlah 5 sebelum 5..


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda dalam hadis: Maksudnya:
"Rebutlah olehmu akan lima perkara sebelum datang lima perkara; hidup kamu sebelum mati, sihat kamu sebelum sakit, masa lapang kamu sebelum masa kesibukan kamu, muda kamu sebelum tua, dan kaya kamu sebelum miskin".
(HR Hakim dan Baihaqi)

Sihatmu sebelum sakit....


~aku zubab~ 18 feb 08

-----------------------------------------------------------------------------------------

Minggu ini : Terbang ke Algeria jap -------------------

Kali ni aku nak bercerita tentang sahabatku yg berada nun jauh di algeria...ingin sekali aku terbang ke sana dan melihat sendiri bumi Tuhan yang luas itu...namun mungkin 1/40 jalan aku dah semput nak mengibaskan sayap2 ku ni... oleh itu, aku di dunia teknologi skrg, aku sempat berdiskusi di alam maya...

Aku sentiasa ingin bertanya algerian sendiri apakah yang terjadi pada tahun 1990 di mana islamic party telah memenangi pilihanraya dan kenapa endingnya tragis sekali...Di bawah ni adalah apa yang diceritakannya padaku....

"In June 1990, the Islamic Salvation Front won the municipal elections by more than 50% of the votes..And in December 1991, they won the legislative elections...

One of their key policies was the establishment of shariah in ruling the country...Therefore, after winning the legislative elections, the army got alarmed and froze the electoral process, declaring the state of emergency and seizing power..

The first reaction of the party was a civilian disobedience, demonstrations, etc.

Aku pulak bertanya.." Are you sure they did that?"

Balas kawan tu....

Yes, I was 10 years old and remember what was happening..."Speeches by Ali Belhadj, demonstrations all around the country, etc...Uhuh, but soon after, the conflict escalated to an armed one with the proclamation of djihad by the party leaders and the appearance of the Islamic Salvation Army...

First, they targetted only the government, but things eventually turned worse as they started proclaiming all kinds of people as apostates.. You would be declared an apostate just for saying assalam alaikum to a policeman ...

Crazy... balasku..

So they started "executing" civilians, killing young people who were in military service..Then other branches started to appear, more radical branches that declared all the Algerian people as apostates besides their direct allies... Which led to a blind violence...

Meanwhile, the people were trapped between the two...The government that was distrust with them because it was the people that sustained the islamic movement..And the terrorists that declared them as apostates...

That led to major slaughters like that of Bentalha where more than 400 people were slaughtered in one night...

subhanallah... what can we learn from this? "aku bertanya kepadanya...

One thing: We are not Muslim enough to build Islamic states or an Islamic nation..We need to educate individuals instead of focusing on countries..It is the sum of all those individuals that makes the country or people...

I remember once Sheikh Abdul Qahar, who has now a doctorate in Aqidah, was asked this question:

Why don't we apply Shariah in our country?

"If every individual applied Shariah within themselves, we wouldn't be asking this question"


Mari kita fikir-fikirkan...moga kita semua dapat pengajaran dan berusaha merubah kearah yang lebih baik....


~aku zubab~ 27 feb 09

---------------------------------------------------------------------------------------------

Minggu ini : White Girl-------------------

Aku baru sudah menonton tv tadi...jarang-jarang sekali aku membuka tv tu...terlalu sibuk...terbang ke sana kemari...meneruskan hidup dan perjuangan yang belum selesai..inshaAllah akan ku berjuang selagi dizinkan..

Oh ya, ingin sekali aku berkongsi mengenai drama yg aku saksikan sebentar tadi di BBC two... salah satu dari series yang di tayangkan utk mengenal ethnicity di UK ini....


Drama itu bertajuk white girl, mengisahkan seorang gadis inggeris berumur 11 tahun, Leah, bersama ibunya, dan 2 org adiknya yang terpaksa pindah ke Bradford...Bradford adalah salah satu bandar di UK ni yang majoriti penduduknya adalah muslim, pakistani muslim..di sana digambarkan masjid dibenarkan melaungkan azan di luar perkarangan masjid....sungguh syahdu rasanya...rindu menggamit diri utk selalu bertandang ke rumah Allah..rindu.....

Di dalam drama ini, Leah dan adik2nya terpaksa pergi ke sekolah yang berdekatan di mana tiada seorang pun 'white' person di sana...Dia selaku paling tua di kalangan adik2nya memberontak kerana berasa tidak senang dengan persekitaran disitu, cikgu lelaki yang berjanggut, kanak2 perempuan bertudung....kelas 'story telling' dimana kisah nabi2 di utarakan..."aku katholik katanya...aku tidak mahu bercampur dan mendengar nonsense ini"..Leah memberontak..

Namun dipendekkan cerita, akhirnya dia sedikit demi sedikit berminat tentang islam..dia mencuri2 membaca buku2 mengenai rasul2 dalam islam dan juga perkara2 asas dalam islam....Dia bertanya soalan2 kepada ustaz disitu...dan dia mula mencintai Islam...

Leah belajar solat, mengambil wudu' dan bertudung, semua di lakukannya dengan rela hati...di rumahnya, hidup keluarga amat kocar kacir..boyfriend ibunya selalu datang dan membuat onar, membelasah ibunya dan mencuri barangan di rumah...Boyfriend ibunya turut menjahanamkan adik lelakinya yang sgt muda, 5 tahun umur Adam itu gamaknya...di ajarnya dia menghisap rokok..Ibunya tak dapat mengawal keadaan...hanyut dengan arus kemiskinan material, spiritual dan juga emosi...hidup bagaikan tiada erti...

Leah mencari-cari ketenangan...dia yakin ketenangan itu dengan islam...dia mengucapkan dua kalimah syahadah...tergambar kepuasan di wajahnya jika dapat menunaikan solat...sungguh ajaib melihat gadis 11 tahun mempunyai kepercayaan yang amat kuat...walaupun di tentang oleh ibunya dan boyfriend ibunya itu...

Akhir drama ini dengan ibunya Leah mendapat kekuatan diri utk meninggalkan boyfriend keparat itu...Leah mendapat ibunya kembali dan juga Islam sebagai sebagai peneguh dihati...

--------------------------------------

Aku amat tertarik dengan drama ini...kerna satunya ia menggambarkan islam dengan neraca yg adil...Islam agama yang mengajak kearah ketenteraman jiwa, solidarity....Islam membantu menyelesaikan masalah umat manusia..terutama mrk di barat ini...hancur sehancur-hancurnya hidup mereka...tidak bermakna...Islam lah yang memberi makna kepada hidup kita...tanpa Islam, entah dimana aku berada, tanpa Islam, aku ibarat robot-robot tak berjiwa...tanpa Islam, tiada makna kehidupan ini...

Aku yakin 'mereka' disana juga memerlukan Islam...Amat bacullah aku jika aku tidak berbuat sesuatu utk menolong 'mereka' ini...

Ya Allah, jangan sesaat pun Kau tinggalkan aku...
Ya Allah, jangan kau biarkan oborku selain Islam..
Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku untuk menongkah arus..
Ya ALlah, hidupkanlah aku, matikanlah aku dalam nikmat Iman Mu ...

Aku lalat hina,
~Zubab~
24 march 2008

--------------------------------------------------------------------------------------------

Minggu ini : Pandangan hati --------

Minggu ni aku nak berkongsi apa aku dapat semasa sengaja aku singgah di rumah seorang akak postgrad ni...sambil tu dapat la aku testing makanan2 sedap..alhamdulillah rezki dari Allah..

Soalan : Bagaimanakah kita mengenal sifat Allah?

Betui gak, dah dekat 30 tahun hidup, kengkawan yg umo ni dah dua tiga anak mrk....tapi benarkah kita mengenal dan erikata benar2 mengenal sifat Allah yg telah menciptakan kita, yang sepatutnya kita cintai dan sayangi lebih daripada nyawa kita?

erm... bak kata org melayu '
Tak kenal Maka tak Cinta'

Dalam buku Tauhid Azzindani mengupas persoalan ni dgn cantek, di tambahi dgn ceramah seorang ustaz yg aku curi2 tgk di youtube...

Kata ustaz tu....

Kalau kita masuk hutan, pastu kita jumpa sungai... plannya kita nak pasang khemah dan memancing di situ, tetiba kita nampak tapak kaki harimau..

Adakah kita tetap nk duk situ atau pun terus pecut 100 meter?

Sangat bodo dan bahlul la kalau kita masih nak duk situ n buat dunno je.. Tak payah harimau datang, tapak harimau tu dah cukup nak buat kita seme gerun n cabut...

So, menjawap persoalan camner nk kenal sifat Allah...tak payah jumpa Allah didunia ni, dengan lihat segala ciptaan Tuhan itu, kita boleh refleks sifat yang mencipta..oleh itu, jawapannya ialah melalui
pandangan hati... ewahhh..

kalau dgn tapak harimau, kita tahu dah harimau tu ada, begitu juga kalau kita melihat alam ciptaan Allah ni, adanya semua makhluk menandakan adanya pencipta...

Bukit bukau, gunung ganang yg gagah berdiri - menceritakan kisah sang Pencipta yang Al Qawiyy ( yg Maha Perkasa)

Pohon2 yg botak ketika winter, kemudian penuh dgn daun2 dan bunga sebagai penyeri - mengisahkan yang mencipta itu Maha menghidupkan (Al Hayyu)

Sayapku yang delicate mengibar2 membawa ku kemana2 - menggambarkan yang mengciptakan aku ni, yang Maha Halus (Al Haleem)

Makanan yg lazat yg telah dihadangkan oleh akak postgrad tadi jelas menunjukkan sifat Ar rahman dan Arrazaq Tuhanku...

Setiap rezeki yang di beriNya kepada ku dan kepada kalian semua berupa oksigen yg dihirup, berupa jantung yang masih berdegup, berupa kudrat utk berfikir dan pelbagai lagi TANPA mengharapkan apa2 balasan daripada kita - sungguh jelas membuktikan betapa Mulianya , Rabb ini...

Case study :
kalau Encik Ahmad (landlord umah kita) memberikan duit saku £700 sebulan, free rent pulak tuh, bawa kita jalan tour europe.. all FOC tanpa minta sebarang balasan, mesti kita kata alangkah mulianya Encik Ahmad tu, sayang Encik Ahmad!

tapi kita sering terlupa bahwa Allah telah bagi berjuta2 kemudahan dan keperluan kepada kita FOC, tapi masih kita x jelas malah samar2 bahwa Dialah yg sebenar benarnya Maha Mulia (AL Kareem)...

Oleh itu, aku nak mengajak kawan2 semua, melihat dunia dengan pandangan berbeza, melihat dunia dengan pandangan hati, melihat dunia dengan penuh keajaiban dan rendah diri kepada sang Pencipta, Rabb yang Berkuasa, Ilah yang hanya padaNya disembah dan tempat meminta pertolongan...

Sungguh...

"Verily in the heavens and the earth, are Signs for those who believe." (Al-jathiyyah : 3)

~Aku zubab hina~

8 april

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Minggu ini : Siapa yang berkuasa? --------

Minggu ni aku nak berkongsi tentang pengalaman aku terbang mengikuti usrah Kak Sal...riuh rendah usrah dengan jeritan dan tawa si kecik maisarah...namun kosentrasi ahli-ahli usrah amat mengagumkan, menenggelamkan suasana bingit itu, walau ribut badai melanda, kan tetap jua setia, begitulah gamaknye :)

Aku memerhati dengan penuh minat, mereka bersembang dari satu topik ke satu topik....tibalah ke topik paling hangat..isu jin syaitan, isu sihir menyihir, saka menyaka, bomoh membomoh...

Aduh, sedih benar rasanya...masyarakat melayu memang suka bab-bab magic-magic sebegini...

mengenakan org lantas menyiksa ibu yg tua....
ingin mati pun bukan dengan selesa...
menzalimi seluruh keluarganya..
dasyat sungguh akibat perbuatan rakus manusia...

Ketahuilah wahai saudara-saudara islam ku semua,
Berdosa besar lah perbuatan seumpamanya,
Berjumpa dukun bomoh semua ada,
Demi mendapat kedudukan di bumi sementara..

Jual beli mu dengan agama,
Takkan membawa dirimu ke mana,
Akhirnya merempat di neraka sana,
Aduh sedarlah wahai manusia....

Di akhirnya, muncullah si dia,
membongkar rahsia berkurun lamanya,
didalam bag tersimpan kurnia,
selembar kain kuning dijaga beriya,
Jangan sesekali di langkah di pesannya...


Seperti semua cerita2 hikayat, arakian si puteri lantas mengarahkan kain kuning berisi sekeping duit syiling itu di hancurkan oleh hulubalang istana...tamatlah riwayat tangkal dan khurafat di dalam istana, yang pastinya Allah akan menggantikkan dengan berkatnya..ameen!

Jadi, siapakah yang berkuasa?

Allah sahajalah yang berkuasa, tiada kuasa melainkan Dia...minta lah kepada Nya, terus dan telus, usah berpegang dan menyimpan tipu daya semata, hakikat itu jelas.... buanglah jahiliyyah dan sama-sama kita bersihkan pegangan kita!

~Aku zubab hina~
-Hasbiyallahu wa ni'mal wakeel-

22.april.2008

Khurafat Di Kalangan Masyarakat Melayu


----------------------------------------------------------------------------------------------

Minggu ini : Amanah? --------

Alhamdulillah aku masih hidup :)
Alhamdulillah aku masih dalam nikmat iman...
Alhamdulillah aku masih dikelilingi sahabat2 yang baik2,
Alhamdulillah aku masih sedar siapa diriku ini..

Kali ini ingin sekali aku berkongsi tentang amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita semua....aku ditakdirkan Allah berada didalam majlis ilmu oleh ustaz M dan berbesar hati share dengan kalian...

Tuhan kita, Tuhan sekalian alam ini, Tuhan yang tiada tandingnya, Tuhan yang Maha Mengetahui telah berfirman :

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. [Al-Anfal 8:27]

Apakah amanah2 itu?

1- Amanah hidayah

Anugerah hidayah perlu dijaga, jika sekiranya kita tahu ada kelas-kelas agama, ceramah-ceramah ataupun usrah-usrah, maka perlulah kita menunaikan amanah hidayah ini dengan mengambil peluang-peluang tersebut...

2- Amanah tarbiyyah

Amanah utk mempelajari deen Allah yang syumul ni...amanah utk memperbaiki diri menjadi hamba yang soleh...amanah utk membentuk roh , akal, fizikal supaya semuanya selari dengan kehendak Pencipta..

3- Amanah dakwah

Yang ni kebanyakan daripada kita lupa, amanah dakwah bukan atas ustaz-ustaz saja, bukan atas cikgu cikgi semata, tetapi ke atas setiap yg bernyawa yg mengaku dianya beriman...

Menyeru , memanggil jua mengajak...

Mengajak manusia supaya balik ke jalan Allah
Mengajak manusia beriman dengan sepenuh kepercayaan
Mengajak manusia membersihkan hati
Mengajak manusia menegakkan Islam dalam diri
Mengajak manusia menegakkan Islam di muka bumi..

Semata-mata mencari keredhaan Allah , tidak mengharapkan sesuatu apapun daripada makhlukNya..

Mahukah kita menjadi si pengkhianat?!

Wahai sahabat2 semua,

Jangan lah kita menjadi seperti dlm ayat diatas mengkhianati amanah2 tersebut, sama-samalah kita menjaganya dengan seluruh daya yang ada, selagi ada kudrat selagi itulah kita berusaha, sementara nafas ini masih mengalir di jiwa!


~Aku zubab hina~

30.april.2008

---------------------------------------------------------------------------------------------

Minggu ini : Peduli Jasmani --------

Excited utk share apa berlaku minggu lepas..

Di takdirkan Allah aku tumpang sekaki melihat sekumpulan manusia berhijab menangkis bola umpama jaguhan semua nya..

Aku tidaklah dapat bermain bersama-sama, firstly, siapa la nak ajak seekor lalat utk bermain bersama, and secondly, hehe, nak pegang reket pun tak dapet den :D

Jadi aku hanya memerhati jauh di sudut korner dewan Goodwin tu...Kebanyakan yang datang adalah ibu-ibu semuanya...

Mata aku terpaku melihat seorang ibu yang sarat mengandung, jalannya perlahan-lahan, ayu-ayu begitu...namun semangatnya mengalahkan rakan-rakan disekelilingnya....waduh -waduh siap smash lawan nampaknye...hehe, katanya Rashid Sidek tu ex dia...e bior benor ..hehe

Semua yang hadir menunjukkan semangat yg berkobar-kobar, di selangi dengan gelak ketawa bila ada yang terkena smash... lawak sungguh bila asyik ada yang terkena... sabar dong, lain masa tiba giliran kalian pula .. ;-)

Ingin ku kaitkan badminton dan tarbiyyah...

Hasan al-Banna adalah tokoh besar dalam sejarah dakwah. Beliau pernah menggariskan 10 ciri-ciri penting dalam usaha pembentukan peribadi Muslim.

Ciri yang keempat untuk membentuk peribadi muslim ialah
Qowiyyul Jismi.


"Kekuatan jasmani (qowiyyul jismi) merupakan salah satu sisi peribadi muslim yang harus ada. Kekuatan jasmani bererti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan fizikalnya yang kuat. Shalat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fizikal yang sihat atau kuat, apalagi perang di jalan Allah dan bentuk- bentuk perjuangan lainnya.

taken from http://ragamremaja.blogspot.com/2008/02/10-ciri-ciri-peribadi-muslim-hasan-al.html

Wah, so sahabat-sahabat is one step closer to mencapai ciri-ciri good muslim... kesihatan jasmani tu penting utk membantu kita membuat amal ibadah...

So, Mari kita semua PEDULI JASMANI!

Mu'min yang kuat lebih aku cintai daripada mu'min yang lemah' (HR. Muslim).

~Aku zubab hina~

07.05.08

----------------------------------------------------------------------------------------------

Minggu ini : Selamat berangkat Moga selamat kembali --------

Minggu ini, cik lalat ingin dedicate kan entry ni kepada seorang jiran, seorang sahabat dan juga seorang teman yang akan pulang ke tanahair minggu ni..

Khas buat Puan S :

Kami ahli- ahli usrah sekalian mengucapkan selamat berangkat dan semoga saudari kembali semula fully recharge inshaAllah... ameen

Kepada puan G yang akan menggantikan puan S didalam amanah meneruskan majlis ' ijlis bina nu'minu sa'ah' - semoga tabah dan berusaha bersungguh-sungguh, indeed we are all grateful for your effort...

Kepada kawan-kawan, sahabat-sahabat seusrah sekalian, jangan sedey2 ye, inshaAllah nanti tiba giliran kita pula pulang ke tanahair...rindu pada tanah tumpah darah akan sentiasa berlingkar di jiwa...tapi sabar lah, sesungguhnya janji Allah pasti tiba, inna mal 'usri yusra ..

Tiada kata dapat ku ucapkan,
Menggambarkan rasa di jiwa,
Tiada juga dapat ku baca isi hatimu,

Tidak mengapa,

Sabarlah jiwa-jiwa tenang,
Rasul junjungan jua pernah merasa,
Rindu pada tanah air tercinta,
Rindu pada hembusan udara dipipi,
Rindu kehangatan mesra sanak saudara,

Tidak mengapa,
Dia mendengar rintihan hatimu,
Mengadu dan rintih lah kepadaNya,
Sesungguhnya kebahagiaan abadi adalah janji,
Pasti bagi hamba-hambaNya yg tulus,
Bagi hamba-hambaNya yang benar pada janjinya..


Salam sayang,
~Aku zubab hina ~

13 may 08

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Nakba Day in London

2008 marks the 60th anniversary of the Nakba (cataclysm).

Nakba (Arabic: النكبة), meaning the "disaster", "catastrophe" or "cataclysm.

In human terms, that year saw the mass deportation of a million Palestinians from their cities and villages, massacres of civilians, and the razing to the ground of hundreds of Palestinian villages.


Saturday 17 May 2008

Summer Camp 08


Berminat?? Sila klik di sini untuk makluman lanjut.

Tuesday 13 May 2008

Selamat Hari Ibu

Buat emak ku tersayang,

Terima kasih diatas segala kasih sayang mu...

Moga Allah merahmati mu selalu,
Moga Allah menjaga mu di setiap saat,
Moga Allah mengganjari mu dengan setinggi-tinggi balasan..

Emak,
Maafkan segala salah dan silapku...

A man came to the Prophet and said, ‘O Messenger of God! Who among the people is the most worthy of my good companionship? The Prophet said: Your mother. The man said, ‘Then who?' The Prophet said: Then your mother. The man further asked, ‘Then who?' The Prophet said: Then your mother. The man asked again, ‘Then who?' The Prophet said: Then your father. (Bukhari, Muslim).

Lafaz Yang Tersimpan
Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com

Emak : kami sayang mak lillahi taala, doa kami sentiasa mengiringi mak...

Wednesday 7 May 2008

NasiHaT YanG SemPurNa


Dalam Usia dunia yang semakin tua ini,tidak disangsikan lagi bahawa syaitan-syaitan sentiasa bergerak dan menghasut serta menyesat manusia untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah s.w.t.Apatah lagi zaman hari ini,zaman yang berteknologi dan zaman kecanggihan info maklumat tanpa sempadan disamping alam persekitaran yang menerjah kebebasan hubungan antara lelaki dan perempuan di Uk ini.Oleh itu Saya ingin paparkan dan iklankan satu cerita dan sebuah nasihat yang sungguh menarik sebagai Renungan kita bersama .

Pada suatu hari Ibrahim bin Adham didatangi oleh seorang lelaki yang gemar melakukan maksiat. Lelaki tersebut bernama Jahdar bin Rabi'ah. Ia meminta nasehat kepada Ibrahim agar ia dapat menghentikan perbuatan maksiatnya.Ia berkata, "Ya Aba Ishak, aku ini seorang yang suka melakukan perbuatan maksiat. Tolong berikan aku nasihat dan cara yang terbaik untuk menghentikannya!"

Setelah merenung sejenak, Ibrahim berkata, "Jika kau mampu melaksanakan lima syarat yang ku berikan, Maka kau boleh melakukan maksiat."Tentu saja dengan penuh rasa keinginan nak tahu . Jahdar kembali bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, ya Aba Ishak?"

SYARAT PERTAMA:

Jika engkau melaksanakan atau melakukan perbuatan maksiat, janganlah kau memakan Rezeki Allah," ucap Ibrahim.Mendengar ituJahdar mengernyitkan dahinya lalu berkata, "Lalu dari mana Aku Mahu makan? Bukankah segala sesuatu yang berada di bumi ini adalah rezeki Allah?"

"Benar," jawab Ibrahim dengan tegas. "Bila engkau telah mengetahuinya, masih pantaskah engkau memakan rezeki-Nya, sementara Kau terus-menerus melakukan maksiat dan melanggar perintah-perintahnya?""Baiklah," jawab Jahdar tampak menyerah. "

SYARAT KEDUA:

Kemudian apa syarat yang kedua?""Kalau kau bermaksiat kepada Allah, janganlah kau tinggal di bumi-Nya," kata Ibrahim lebih tegas lagi.Syarat kedua membuat Jahdar lagi terkejut. ".Syarat ini lebih hebat lagi. Lalu aku harus tinggal di mana? Bukankah bumi dengan segala isinya ini milik Allah?"

"Benar wahai hamba Allah. Karena itu, pikirkanlah baik-baik, apakah kau masih pantas memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sementara kau terus berbuat maksiat?" tanya Ibrahim."Kau benar Aba Ishak," ucap Jahdar kemudian. "Lalu apa syarat ketiga?" tanya Jahdar.

SYARAT KETIGA:

"Kalau kau masih bermaksiat kepada Allah, tetapi masih ingin memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, maka carilah tempat tersembunyi yang tak terlihat olehNya."Syarat ini membuat lelaki itu terperanjat. "Ya Aba Ishak, nasihat macam mana ini? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Bagus! Kalau kau yakin Allah selalu melihat kita, tetapi kau masih terus memakan rezeki-Nya, tinggal di bumi-Nya, dan terus melakukan maksiat kepada-Nya, pantaskah kau melakukan semua itu?" tanya Ibrahin kepada Jahdar yang masih tampak bingung dan terperanjat. Semua ucapan itu membuat Jahdar bin Rabi'ah tidak terkata dan membenarkannya."Baiklah, ya Aba Ishak, lalu katakan sekarang apa syarat keempat?"

SYARAT KEEMPAT:

"Jika malaikat maut hendak mencabut nyawamu, katakanlah kepadanya bahwa engkau belum mahu mati sebelum bertaubat dan melakukan amal saleh." Jahdar termenung. Tampaknya ia mulai menyedari semua perbuatan yang dilakukannya selama ini. Ia kemudian berkata, "Tidak mungkin... tidak mungkin semua itu aku lakukan."

"Wahai hamba Allah, bila kau tidak sanggup mengundurkan hari kematianmu, lalu dengan cara apa kau dapat menghindari kemurkaan Allah?" Tanpa banyak komentar lagi, ia bertanya syarat yang kelima, yang merupakan syarat terakhir. Ibrahim bin Adham untuk kesekian kalinya memberi nasihat kepada lelaki itu.

SYARAT KELIMA:

"Yang terakhir, bila malaikat Zabaniyah hendak menggiringmu ke neraka di hari kiamat nanti, janganlah kau ikut bersama dengannya dan menjauhinya!"

Lelaki itu nampaknya tidak sanggup lagi mendengar nasihatnya. Ia menangis penuh penyesalan dan keinsafan. dia berkata sudah pasti malaikat tidak akan membiarkan aku emnolak keputusannya.Dengan wajah penuh sesal ia berkata, "Cukup…cukup ya Aba Ishak! Jangan kau teruskan lagi. Aku tidak sanggup lagi mendengarnya. Aku berjanji, mulai saat ini aku akan beristighfar dan bertaubat nasuha kepada Allah."

Jahdar memang menepati janjinya. Sejak pertemuannya dengan Ibrahim bin Adham, ia benar-benar berubah. Ia mulai menjalankan ibadah dan semua perintah-perintah Allah dengan baik dan khusyu'.



Monday 5 May 2008

Amar Ma'ruf Nahi Mungkar

Assalamualaikum wr wbt,

Sekadar tazkirah buat diri sendiri dan juga sahabat-sahabat sekalian...

Allah s.w.t telah berfirman :

Allah the Most High said: Let there be among you a community who enjoin good and forbid evil; it is they that shall be successful, [3:104]

and:

You are the best community that has ever been brought forth for mankind: you enjoin good and forbid evil, and you believe in God, [3:110]

Those who repent, those who worship, those who praise, those who persevere, those who bow down, those who prostrate, and those who enjoin good and forbid evil, [9:112]

Islam is a beautiful religion where it encompassing everything...not a single aspect of Islam should be neglected...and part of Islam is also amar ma'ruf and nahi mungkar.. Sangat berat sebelah lah kita ni jika kita just amar ma'ruf...ajak sahabat2 buat benda baik tapi ignoring nahi mungkar... which translate to mencegah perkara mungkar...

Tambahan dalam hadith sahih riwayat muslim,

On the authority of Abu Sa'id al-Khudri, radiyallahu 'anhu, who said: I heard the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, say:
"When any one of you sees anything that is disapproved (of by Allah), let him change it with his hand. If he is not able to do so, then let him change it with his tongue. And if he is not able to do so, then let him change it with his heart, though that is the weakest (kind of) faith."

Jika ada kemungkaran yang berlaku and kita mendiamkan diri sesama kita...berharap utk ignore the problem...sama lah seolah-olah kita bersubahat sekali...

Just nak share my father's experience...


It was when I was doing my undergrad in Cardiff University and ayah saya masa tu, tengah buat phD adalah penghulu Cardiff, (dia paling berumur ketika tu)... ada sekumpulan undergrad report kepada ayah saya tentang adanya satu kumpulan melayu undergrad yg baru tiba utk buat diploma, jadi culture shock and pergi ke disko minum arak dan sebagainya... selaku orang tua dn juga penghulu disitu, ayah saya dan exco-exconya pun bersyura lah (mesyuarat) nak buat apa..then they decided to approach the students and give nasihah (advice).. Kalau tak silap it took him many meetings with the students until in the end, adik2 tu seme sedar akan kesilapan mereka dan balik ke pangkal jalan...Alhamdulillah, all praise to Allah...

Harapnye kita di Sheffield juga boleh memainkan peranan kita as a society yang invite to good and forbid evil... pahalanya Allah sahaja yang dapat membalas...plus its our responsibility... Postgraduate memantau pergerakan adik2 undergrad and vice versa...

May Allah bless us all and menjauhkan balanya kepada kita semua...ameen..

Wasalam...